Directions: Naik subway (Line 1 - Navy Blue) ke Bupyeong Station. Ikut signboard ke Bupyeong Underground Market. Dalam kawasan tu juga. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 50 minit dari Myeondong sebab kena tukar Line.




Tak ada apa yang special di sini kecuali kedai-kedai yang berderet-deret panjang yang bersimpang siur. Memang layak dengan gelaran "the largest underground market in South Korea". Harga pakaian lebih kurang sama dengan kedai-kedai di Seoul. Sempat juga beli baju dan kasut.

Recommendations: Kalau nak pergi boleh, tak pergi pun boleh. Terpulang. Kalau bawa budak-budak rasanya leceh sikit sebab tak ada tempat nak rehat sekejap. Kalau ada pun tempat-tempat duduk dimonopoli oleh warga emas.

Bagi sesiapa yang menginap di Singapore dan ingin ke Universal Studios Singapore di Sentosa Island via MRT, ini caranya. Untuk makluman, Station Harbour  Front terletak bersebelahan dengan HarbourFront Centre and VivoCity.  Jadi tak perlu gelabah.  Gerenti tak sesat punya.

Directions:  Naik MRT sampai ke Stesen Harbour Front.  Dari situ ikut arahan ke Sentosa Express Terminal di Tingkat 3 VivoCity.  Beli tiket monorail ke Sentosa Island.  Harga tiket  $3.00 pergi balik.  Turun di stop pertama.
 
 HarbourFront Bus Interchange

Bagi yang nak naik bas dari HarbourFront  ke Sentosa pun boleh.  Ambil aje bas dekat HarbourFront Bus Interchange kat sebelah stesen.  Yang ini kena keluar dari bangunan.




Inside Universal Studios
 
Tak sempat nak masuk. Masa ni kena beratur 50 minit.
Tak sanggup.


Another roller coaster inside. As waiting time for the rides is nearly one hour,
we decided not to go.
Note: Handbags / bags are not allowed inside and to be kept
in the locker allocated nearby.

Met with some Korean boys at the Madagascar rides.
Very friendly and supporting



Dare to be on this ride? Not me. Well, my daughters did.

Transformers, The Ride.
Although we have to wait for more than 2 hours, it was worth waiting for


Air (Sprite or Coke) ni pulak boleh refill. Harga refill $2.00.Boleh refill berkali-kali. Silalah minum sampai kembung. Hahahah.

Makanan halal. Makan macam ni kena $72.00 dalam RM176.00.
Punyalah mahal!!!

Souvenirs from Universal Studio Singapore.



Directions: Naik subway Line 1 – Navy Blue ke SUWON STATION. EXIT #1 dan turun tangga. Jalan menghala ke kiri sampai jumpa stesen bas. Sebelum tu akan jumpa Tourist Information Centre. Naik bas nombor 39 atau 11 ke Paldalmun Gate (antara banyak-banyak gate yang kita orang naik) yang terletak kira-kira 5.7km dari SUWON STATION. Tak perlu risau. Ada direction untuk ke sana. Senang saja.

Note: Perjalanan dari Seoul ambil masa lebih dari 1 jam. Letih jugak bergayut dalam train.


Suwon Tourist Information Centre




Pintu Masuk Hwaseong Fortress dari Paldalmun Gate. Sangat tidak digalakkan untuk makcik, pakcik dan budak

kecil ke tempat ni melalui Gate ini. Boleh pitam dibuatnya kalau naik sampai ke atas.  Sila guna Gate lain.  Kalau ikut direction gambar kat atas ni, ada simpang ke kanan.  Masuk simpang tu dan jalan terus aje.  Korang nanti lalu kedai kiri kanan.  Terus lagi.  Sampai kat hujung nanti nampak banyak bas persiaran parking sebelah kiri.  Situlah Gate satu lagi.  Kat situ, kalau tak larat jalan boleh naik Hwaseong Fortress Trolley.  Merata-rata dia bawa pusing.  Kena bayar 1500 won.  


Hwaseong Fortress Trolley. 
Apasal dia panggil trolley aku pun tak tau.
Tak ada rupa macam trolley pun.










Yang ini pulak kat luar Fortress.  On the way balik. 

Ps.  Boleh korang bayangkan macamana aku sekeluarga boleh sampai kat atas melalui Paldamun Gate?  Hahahaha... Nak termuntah ada, semput ada, nak pitam pun ada.  Sepanjang ikut jalan ni, entah berapa kali aku stop.  Itu belum masuk segala mak pak peluh keluar.  Dalam musim sejuk pulak tu.  Tulah, nak lagi pi Suwon.  Rasakan.  Tapi kalau tak pergi tak tahu.  Kesimpulannya, lain kalau  nak pergi check dulu berapa Gate yang dia ada.  Kalau ada jalan alternatif yang mudah ikut jalan tu.  Jangan main terjah aje macam aku ni.  Hahahaha...

Macamanapun, pengalaman yang best buat aku sekeluarga.

Ambil subway ke National Assembly Station. Keluar Exit #4 dan jalan terus hingga jumpa persimpangan. Belok ke kanan dan jalan terus. Anda akan jumpa bangunan KBS di hadapan dan Cafe Hendel and Gretel di sebelah kiri deretan kedai2 makan.

Station National Assembly. Keluar Exit #4 untuk ke KBS

Bangunan KBS

Cafe Handel & Gretel
Setting Luar Cafe. Menarik

Caramel Machiato


Kalau nak tahu Cafe Hendel & Gretel ni kepunyaan family Yesung dari kumpulan Super Junior. Banyak juga gambar ambil kat Cafe ni. Cuma yang dapat tepek ini satu saja sebab yang lain-lain tu ber"tuan". Cuma yang ini saja tak ber"tuan".

Frust tak dapat jumpa Yesung tapi dapat jumpa mak dia pun ok jugak. Apa pun, seronok dapat bergambar dengan mak dia. Comel dan supporting sangat-sangat. Siap dapat poster Super Junior sorang satu lagi.

Kalau ke sini jangan lupa cuba Caramel Machiato dia. Sedap.






Dongmen Pedestrian Walk. Behind Days Inn Hotel, where we are staying.
Very Convenience









Windows of The World

Bas dari Shenzhen Airport ke Hong Kong melalui Shenzhen Bay Port


Train dari Hung Hom, Hong Kong to Lo Wu, Shenzhen

Shenzhen Metro

Penginapan di Days Inn, Dongmen. Bilik sangat-sangat selesa.
Hotel bersebelahan dengan Stesen Metro Lao Jie.


Restoran Halal di kawasan Louhu Commercial Centre

Asparagus Goreng

Kawasan Louhu Commercial Centre

Dongmen Pedestrian Walk

Windows of the World