Untuk hari terakhir, kami jalan-jalan dalam bandar Surabaya sahaja.
MASJID CHENG HO
Terletak di dalam kawasan perumahan banglo. Cantik seni bina masjidnya.
MUSEUM SEMPOERNA
Antara tempat wajib yang boleh dikunjungi. Tapi kalau tak nak masuk pun ok jugak. Masuk percuma. Menarik untuk mengetahui sejarah rokok atau kretek Indonesia brand Sampoerna yang diusahakan oleh Liem Seeng Tee and pewarisnya.
Bangunan kolonial Belanda yang masih utuh hingga kini. Pillar dia besar gedabak kau. Cantik..
Cantik lampu ni. Nak cari satu seakan-akan dengannya.
PLAZA JAMBATAN MERAH
Last minute shopping before our flight tomorrow. Shopping lite-lite saja.
Kami banyak beli kemeja batik di kedai ni. Nak kata murah, tak jugak.
Fabrik yang dibeli di Toko Haidar Ali, Lantai 1. Boleh tahan mahal jugak harga kain kat sini ya kalau dibandingkan dengan shopping di Bandung. Dah alang-alang sampai sini, beli sajalah. Kami ada juga bargain tapi bila convert duit kita seciput aje diskaun dia bagi walaupun ribu-ribu.
Batik Pekalongan.
Selesai shopping, kami lunch di KFC yang terletak di tingkat bawah. Masing-masing dah lapar. Malas nak cari makan kat tempat lain. On the way balik ke hotel, brader supir bawa kami ke tempat beli ole-ole. Tak sure di mana tapi memang kawasan ni jual ole-ole untuk dibawa pulang. Tak beli banyak pun, beli pun untuk makan sendiri.
Lengang aje jalan. Maklumlah, cuti umum.
Antara keropok buah belinjau yang wajib korang beli. Harga mahal sikit tapi berbaloi. Ada 5 pek. Antara my favourite yang susah nak dapat kat Kuala Lumpur.
Ada satu kedai tu, siap boleh hantar ke rumah, hotel, pejabat dan lain-lain lagi.
Malam tu di hotel, masing-masing dah malas nak keluar. So kami pesan Grab Food saje. Kami pesan Nasi Penyet Wong Solo. Sedap nasi dia. Berbaloi tunggu tepi jalan kat depan hotel sebab budak Grab takut nak masuk hotel. Takut kena halau.
Akak bagi 5 šš ššš
Ayam Bakar
Ayam Penyet
Berakhir sudah percutian kita orang untuk tahun 2018. Bagi tahun 2019, belum pasti destinasi ke mana untuk bercuti. Bagi yang nak bercuti di bandar Surabaya sahaja, akak sarankan tak payah guna khidmat driver. Cukup sekadar gunakan perkhidmatan Grab. Sangat berbaloi dan murah kerana hari terakhir sebelum ke airport kami gunakan perkhidmatan Grab untuk membuat last minute shopping sebelum brader supir angkut kami pi Airport. Mana-mana ceruk di bandar Surabaya Grab boleh hantar. Sekian, dari saya.