Sedapnya dapat tidur 2 jam. Maklumlah bulan puasa ni tak cukup tidur sebab bangun sahur awal dan terus pergi kerja. Memandangkan hari ini hari Jumaat, dan waktu rehat dipendekkan kepada 2 jam dari 2 jam setengah, maka tepat 12.30 tengahari tadi saya pun hampar shawl dan bantal kecil yang saya bawa dari rumah dan apa lagi. TIDURRRR.... Saya bangun jam 2.25 petang. Segar bugar rasanya. Alhamdulillah.
Hari pertama puasa saya dah terlambat 6 minit masuk pejabat. Sepatutnya masuk pukul 7.30 pagi. Ini semua gara-gara Pak Mat (driver bas) yang sakit perut tiba-tiba dan hari ini juga saya mula naik bas pergi balik Wangsa Maju-Putrajaya sepanjang bulan puasa. Nak tengok pukul berapa boleh sampai kat Stesen LRT Wangsa Maju. Harap-harap tidaklah lewat sangat sebab sepanjang bulan puasa ni saya kena balik memasak untuk family. Kalau beli lauk kat luar pun belum tentu sedap selain dari harganya yang mahal.
Ramadan Wishes to All Muslims,



As You Fast & Pray In This Holy Month
& Feast with Family & Loved Ones...
May Your Faith In Allah Lead You
To Happiness & May HIS Choices Blessings Be Showered Upon You...

Wishing You A Blessed Ramadan....