Showing posts with label Ebay Shopping. Show all posts
Showing posts with label Ebay Shopping. Show all posts
Nak update pasal bag Coach Laura yang beli kat Ebay hari tu. Rasanya baru hari Khamis lepas beli bag ni.  Tahu-tahu hari ni dah sampai.  Cepat betul penghantaran dia. Tucson, Arizona bukannya dekat tau.  Mengalahkan pos biasa dalam Malaysia.  Packaging pun cantik. Memang salute betul kat seller ni.  Jaime ape tah nama dia.  Thank you very much Jaime dear.  Nice to do business with you. :).  Hahaah.... bukan dia baca pun aku punya post.




Patutlah cepat delivery dia.  Tak sampai seminggu dah dapat. Rupanya guna USPS Priority Mail.  Murah pun murah.  Tapi harga tak tentu juga.  Depends on seller.  Kalau dia charge murah macam ni kira nasib baiklah.  Dapatlah cepat.  Kalau yang biasa dalam 10 - 14 hari dapatlah.

Nah gambar Coach Laura aku ni.  Besar gabak.  Memang cantik. Pada mata aku lah. Mata korang tak tahu pulak.  Macam-macam boleh masuk. Suka sangat.



Yang ni pulak packaging handbag Banana Republic direct  from California.  Packaging dia idaklah cantik manapun.  Tak kisahlah asal tak memudaratkan beg aku.  Cepat pulak sampai kali ni.  Kalau tidak berhari-hari.  




Tak menyesal bid beg ni.  Memang cantik in real life.  Leather and yang paling penting BESAUUUU. Lagi BESAUUU lagi bagus.  Thank you Richard.  Pleasure doing business with you.  Kalau nak tahu aku dah berkali-kali beli handbag dengan si Richard ni. Dah tujuh kali rasanya. One of the top rated sellers in Ebay.  Memang professional dia ni.  Raya sakanlah aku tahun ni dengan bag. 


Tengah layan Ebay tiba-tiba berkenan pulak tengok bag Coach Laura kat atas ni.  Nak beli ke tak nak, nak beli ke tak nak.  Lagipun seller ni antara yang termurah jual beg ni.    Kena pulak dah lama aim beg ni. Entah macamana tergatal pulak tangan aku click Buy It Now.  Huhuhu....Rasa macam menyesal pun ada.  Tapi lebih kepada tak menyesal.  Hahaha... Adussss.... kopak aku bulan ni.  Semalam baru aje menang bid bag Banana Republic kat bawah ni.  







Sejak tahun 2009, aku ni peminat tegar Ebay.  Asal ada barang yang berkenan mesti Ebaylah sasaran aku.  Sebelum Ebay ni, selalu juga beli online.  Faham-fahamlah kalau beli online, of courselah barang mahal.  Biasalah orang nak meniaga, mesti nak untung punya.  Aku pula kalau nak membeli nak yang murah aje melainkan kalau laki aku yang bayar.  Hahahaha... Betul apa.... Jadi bila dah selalu beli rasa macam tak berbaloi beli mahal-mahal sedangkan boleh dapat murah lagi kat Ebay ni.   


Lama juga aku study pasal Ebay ni.  Adalah dekat 6 bulan.  Dah confident sikit barulah aku berani beli kat Ebay ni.  After first buy dah jadi macam addicted pula.  Sampailah sekarang.  Kalau nak beli apa-apa, aku akan beli kat Ebay aje.   Cakap aje apa benda semua aku beli kat Ebay. Handbag Coach (favourite aku), jam, cd korea, kasut, kain dalam, suaq dalam, semua aku beli kat Ebay...Hahaha...  So far, belum kena tipu lagi, alhamdulillah.  Minta-minta tak adalah kena tipu ek...