Wishing Each New Day Brings Us
Happiness, Prosperity, J
oy & Continued Success




Beratur untuk menaiki tram ke The Peak

Permandangan yang diambil dari dalam tram menuju ke The Peak

Dari stesen MRT ke The Peak amat senang sekali. Ikut saja signboard untuk arahan ke The Peak. Di sini anda boleh memilih samada untuk berjalan kaki atau menaiki bas 2 tingkat untuk ke stesen tram The Peak. Kami sekeluarga memilih untuk berjalan sambil menikmati keindahan bangunan-bangunan canggih yang ada di sekeliling kawasan ini. Untuk pengetahuan, bangunan ini pada malam hari diterangi dengan cahaya lampu berwarna warni bagi pertunjukan Symphony of Lights yang boleh dilihat oleh pengunjung di kawasan Avenue of Stars di Tsim Sha Tsui.

Makanan yang dipesan


Naik MRT dan berhenti di station Causeway Bay. Keluar Exit Time Square. Sebaik keluar dari escalator terus belok ke kanan (exit entrance Time Square) dan terus menghala ke kiri. Jalan terus sehingga jumpa flyover cum jambatan kecik. Sebelum jumpa flyover kecil ni kena lalu shoplot. Seberang ikut bawah flyover dan jumpa pasar jual seafood. Redah pasar ni jalan terus lagi lebih kurang 200 - 300 meter sampai nampak traffic light (kat sini boleh tengok banyak bas 2 tingkat lalu). Kat traffic light seberang jalan dan menghala terus. Jalan ni bercerun. Jalan terus sikit sebelah kiri boleh nampak hotel Charterhouse kat seberang jalan. Pergi kat Charterhouse hotel tu dan boleh nampak tempat parking dia kat sebelah. Masuk ke dalam kawasan parking dan tembus ke belakang hotel. Masjid ni betul-betul belakang hotel sebelah kanan.

Nampak macam complicated sikit tapi sebenarnya senang aje. Even saya sekeluarga pun dekat setengah jam mencari masjid ni mula-mula sebab direction yang diberi kurang tepat . Mujur jumpa pak Arab ni kat kawasan pasar seafood tu.


Sekiranya pada bulan Jun lepas saya sekeluarga bercuti ke Hong Kong dan Shenzhen, China, kali ini kami ke Seoul, South Korea. Sememangnya percutian ini memang dinantikan oleh kami sekeluarga memandangkan kami sudah lama memasang niat bercuti di negara yang mempunyai 4 musim. Kami memilih Korea Selatan kerana ianya paling dekat dengan Malaysia (6 jam perjalanan dengan kapal terbang) dan paling murah sekiranya dibandingkan dengan negara2 4 musim yang lain. Dan kebetulan pula, tarikh pemergian kami selama seminggu jatuh pada musim sejuk. Kalau bernasib baik boleh jumpa salji.

Seperti percutian yang lalu, percutian kali ini juga tidak menggunakan khidmat Travel Agency. Jadi segala-galanya perlu diatur terlebih dahulu dari A hingga ke Z. Alhamdulillah, semua berjalan lancar.

Bertemu kembali setelah sekian lama menghilang. Terlampau banyak kerja rutin yang perlu diselesaikan seperti biasa; weekdays sibuk dengan kerja, pejabat weekend pula sibuk dengan kerja rumah.

Maklumlah, bukan ada helper or maid yang boleh membantu dengan kerja-kerja rumah. At the end of the day, badan pun letih and flat habis. Bila ada masa nak berblog, mood pula tak ada. So beginilah jadinya.


Tak apa, sementara mood masih ada ni, saya akan cuba isikan blog ini dengan cerita yang padat isi dan berfaedah untuk tatapan semua. Kalau tak pun buat cuci mata aje.