Nak kongsi tempat makan di sekitar tempat kita orang stay di Larkin. Kebanyakan tempat makan yang kita orang pergi dicadangkan oleh blogger-blogger.  Nak pergi jauh- jauh takut sesat pulak. Ada yang menepati selera dan ada yang tidak. Ikut selera masing- masing.


Sudah 3 hari saya sekeluarga serta ahli keluarga yang lain berada di Johor Bahru bercuti.  Kalau ikutkan, trip kali ini adalah first time bagi kami ke Johor.  Kami stay di Hotel Seri Malaysia.  Sebab kami stay di sini ialah berdekatan dengan Terminal Bas Larkin bagi memudahkan kami ambil bas ke Singapura. Tahun ni  stay di Johor instead of Singapore macam tahun sebelumnya sebab ramai yang nak mengikut. Kena save budget.

Alhamdulillah 2 hari berturut-turut masuk Singapore dengan senang sekali. Bagi sesiapa yang tak pasti nak ke Singapore naik bas nanti aku tunjuk caranya in details.  Cuma nasihat akulah, kalau bawa warga emas dan budak kecil kena fikir 2 kali sebab nanti kesian kena naik turun bas banyak kali.




Sepanjang berada di Ho Chi Minh, restoran-restoran inilah tempat kita orang makan.  Makanan halal di sini boleh tahan mahal harganya.  Selalunya kalau berjalan kat luar Malaysia, kita orang makan sekali sahaja makanan berat di restoran.  Yang lain-lain tu makan aje apa (maggi, roti, buah) yang ada kat bilik hotel.  

RESTORAN VN HALAL










Siap ada plaque JJCM TV3


RESTORAN HALAL SAIGON


Kedudukan Restoran Halal Saigon ni jauh sikit dari Pasar Ben Thanh.  Dalam 1km atau lebih sikit.  Nasib baik cuaca tak berapa panas so tak adalah terasa penat berjalan.  Tapi kalau bagi makcik dan pakcik yang sakit lutut atau sakit kaki, kurang digalakkan.


Restoran ni satu jalan dengan Hotel Shangri - La. Jumpa Shangri-La dulu lepas tu jumpa masjid.  Betul-betul depan   masjid.  Kat kawasan ni ada dua lagi restoran halal, D'Nyonya & Bombay.


 Nasi Goreng.  Ok, sedap

Yang ni namanya Vietnam Pancake.  Tak berapa nak sedap.  Tak payah order. Nasib baik ada kuah cili tu.  

Air tebu dihidang masa ambil order.  Ingatkan air apa.  Pakat tak nak minum.  Bila tau air tebu masing-masing minta refill lagi.




Kopi Vietnam.  Tak sah kalau tak minum kopi ni kat sini.  Memang sedap.

 Spring Rolls
 Yang ni pun sedap tapi cicah dengan kuah cili spring rolls kat atas lagi sedap.  

 Chicken Chop

Mexican Chicken Grill


RESTORAN KAMPUNG MELAYU

Lupa pula amik gambar restoran Kampung Melayu ni.  Restoran ni senang cari sebab satu deret dengan kedai Hajah Basiroh.  






Dah selamat sampai Malaysia pun. Tak dapat nak update secara live sebab demam dan batuk pada hari ke 3 dan 4 sepanjang berada di Ho Chi Minh.  Malang betul. Tahun lepas kena keracunan makanan masa pergi Bandung.  Selang 3 4 hari lepas tu demam dan diarrhea masa pi Singapore time X'mas.  Pergi Universal Studios pun  tak seronok.    Kali ini pun sama.   Nasib baik sorang saja yang kena.  Kalau tak naya jugaklah.

Alhamdulillah, sekarang dah sihat.  Itu pun ambil masa 3 minggu baru sihat sepenuhnya.  

Korang layan ajelah gambar-gambar ni.











 Geram tengok pokok ni.  Macam nak angkut bawa balik



Barang-barang yang sempat diborong

Ada ke laki aku beli helmet ni untuk sepupu aku pakai pi kerja.  Dia tak tahu yang tak boleh pakai helmet ni kat Malaysia.  Itulah, main beli aje.  Bukan nak tanya.  

 Beg Crumpler - Brown Noser


Backpack Deuter.  Beli 2. Satu lagi warna biru



Nike ni bukan original rasanya.  Made in Vietnam

Kasut Converse

Anak dara aku yang sorang lagi ni pantang nampak kedai Converse. Mesti nak masuk.  Kalau tengok-tengok takpe.  Ini terus nak beli. 2 hari pujuk laki aku baru dapat beli.  Katanya tak ada model ni kat Malaysia. Sanggup menapak jauh semata-mata nak beli kasut Converse. Compared dengan harga di KL, Ho Chi Minh murah lagi.

Kalau ikutkan banyak juga kita orang belanja especially last minute shopping macam t-shirt, kain cotton viscose, baju kurung, jubah, kasut, selipar dan last but not least, beg & purse jenama Kipling yang dibeli kat Saigon Square.