Pagi ni ada acara farewell di pejabat bagi meraikan kawan yang akan bersara wajib minggu depan.  Kepada kakak tu, I'm gonna miss your smile and celoteh all these years.  It's now time to enjoy and relax dan dekatkan diri kepada Allah SWT.  


Jemput makan ya......









Penggemar perfume?  Kalau nak tahu, akak ni memang penggemar perfume.  Tak kisahlah bau lelaki ke perempuan ke. Asal sedap dihidu dan murah, confirm akak beli.  Seingat akaklah, dari akak belajar lagi akak memang minat perfume ni.  Masa lepas habis sekolah dulu manalah ada duit nak beli perfume. Mampu beli Impulse aje.  Bila dah masuk U beli  yang mahal sikit.  Itupun, makcik cleaner kat kampus yang jual.  Itupun beli 2 kali bayar.  Hahahah.. Anak dia keje pramugari ke hape. Ingat lagi perfume tu jenama Maxim's.   Memang kebaboom bau dia.  Tak boleh lupa zaman tu.  



Kali ini akak nak share website yang akak selalu beli perfume pada harga yang jauh lebih rendah.  Nama website StrawberryNET.com. Akak percaya mesti ramai yang tahu pasal Strawberry ni.  Dah banyak tahun juga akak beli dengan Strawberry ni dan masih lagi membeli.  Last purchase 3 hari sudah.  Perfume juga. Memang murah.  Tak perlu risau takut imitation ke apa sebab yang ini original.  Setakat membeli kat sini, tak pernah pula kena tipu. Dulu selalu aje beli kat kaunter kat SOGO atau Metrojaya, Tapi sejak stumble upon Strawberry ni, dah tak pandang tempat lain dah, melainkan kalau ada sale kat mana-mana ada juga akak beli.  

Selain dari perfume, barang penjagaan diri dan make up pun ada jual. Jarang akak beli barang-barang ni kecuali perfume.  Ini antara perfume-perfume yang akak beli dengan Strawberry.  Yang ulang banyak kali pun ada. 


Sori presentation tak cantik sebab malas nak susun. Main tindan-tindan aje. Kalau jual barang confirm orang tak beli punya sebab presentation fail. Hahaha...

Kebanyakan perfume yang akak beli semua harga kurang dari RM100 sebab beli masa Daily Specials yang dibuat tiap-tiap hari bermula jam 8.00 pagi waktu Malaysia.  Kadang-kadang tak tentu juga.  Jam 6.00 petang pun ada.  Ikut mood dia gamaknya.  Tiap-tiap hari perfume bertukar jenama. Bagi akak kat Daily Specials inilah yang akak boleh beli dengan harga yang sangat murah, provided kalau perfume yang dia tawarkan tu akak dah tahu macamana baunya. Tapi peruntukan perfume tak banyak.  Kira siapa cepat dia dapat.  Kadang-kadang baru aje mula dah habis.  Akak rasa dia let go kurang dari 5 botol untuk Daily Specials ni.  Kalau tak percaya cubalah.


Ini antara contoh Daily Specials.  Masuk website StrawberryNET.com, click di bahagian Gifts & Specials, click lagi di Daily Specials.  Kalau dia paparkan harga USD, click kat atas sebelah kanan yang ada currency tu dan tukar kepada MYR.  Nanti keluarkan harga dalam RM.

Ni pulak Loyalty Programme yang dicilok dari website dia.  Macam akak, layak dapat potongan 10% dari harga normal.  Baca juga kat bawah ni:-

You can obtain frequest customer benefits without all the hassle of membership
Special Loyalty Discounts
Automatically calculated from your second order onwards
2nd order extra 1% off
3rd order 2% off
4th order extra 3% off
5th order extra 4% off
Extra 5% off your 6th order (6th until 9th order)
Extra 7.5% off your 10th order (10th until 19th order)
Extra 10% off your 20th order (and all future orders)

You don't have to fill any forms, create a password, or do any registration. You're automatically added once your first order is placed and recorder under your e-mail address

The discount is automatically calculated at the checkout page (not in the shopping cart) after entry of your email address

Plus, you'll receive an extra 1-5% off when you order 2 or more products

Plus FREE Shipping Worldwide on qualified orders for skincare, makeup and haircare

Jadi, kalau beli perfume saja akan dicaj RM35.00 sebagai penghantaran.  Kebanyakan barang yang akak beli dipos dari Singapore.  Ada juga yang diterima dari Sweden dan Hong Kong bergantung kepada stock availability.  Nak jimat, beli bersama sebarang barangan yang bukan berasaskan perfume seperti losyen yang murah-murah, lipliner ke, automatic shipping free.  Dan satu lagi, pembayaran menggunakan PayPal. Senang kan?

Ps. Akak bukan duta Strawberry.  Apa salahnya share information sebegini.  Boleh jimat.


Hari ini nak post pasal makan lagi.  Kali ni ke Restoran yang menyajikan makan Arab dan Syria di Jalan Tuanku Abdul Rahman. Husband akak dah pernah ke sini. Tak pernah pun tahu ada kedai Nasi Arab kat kawasan ni. Iyalah, akak bukannya kaklong kawasan ni.  Tempat ni senang aje nak cari.  Betul-betul satu deret dengan Sendayu Tinggi yang kat Chow Kit tu.  Betul-betul kat traffic light nak masuk ke Bake With Yen tu. Kalau tak tahu juga, selang dua kedai dengan Wholesale barang-barang makanan dari Arab tu. Nama pun Suria juga.  Rasanya satu tokey ni. 

Makanan kat sini lebih murah berbanding dengan restoran-restoran Arab yang lain kat Kuala Lumpur ni.  Entah bila masa buka pun kurang pasti. Yang pasti, ramai jer pengunjung kat restoran ni.  Baik makan situ, mahupun yang tapau bawa balik.  


Interior restoran ni, boleh tahan cantik.  Yang tak boleh tahan, gambar YDP Agong yang dah outdated.  Entah mana dia orang kutip pun tak tahu. Dah cakap dengan cashier suruh tukar gambar YDP Agong.  Main angguk-angguk aje.  Entah faham entah tidak.

Masa ni tak ramai orang sebab baru jam 11.40 pagi.  Adalah 3, 4, 5 orang.  Masa nak bayar baru meriah sikit.

Chicken Mandy (Quarter) RM6.00.  Nak half chicken pun boleh, RM9.00. Tak boleh nak komen sedap ke tidak sebab belum betul-betul lapar masa makan.  Anak-anak cakap sedap.  

Lamb Mandy RM12.00.  Hubby akak cukup suka dengan menu ni. Memang favourite dia.  Portion lamb dia pun besar.  

Dessert nampak mengancam tapi tak sesedap mana.  Melayang RM20.00.  Susah nak cari yang betul-betul sedap macam saudara Caleb buat dari Salam Bakery, Itaewon. 
 Roti fresh from oven.  RM1.50 satu.  Boleh beli.

Dessert yang betul-betul menggugat keimanan. Yang ini kena timbang dulu.  Tang kacang aje sedap.  
Tengok ayam golek ni dah kecur lidah.  

Ps. Jangan expect layanan istimewa sebab rata-rata pelayan berbangsa Timur Tengah. Ada yang faham dan ada yang tak berapa fasih cakap Bahasa Melayu dan Inggeris.  Dan ada yang kasar juga. 




Tak tahu apa nak buat ada satu hari tu, saja jalan-jalan ke Quill Mall City. Lagi pun anak akak semua ada kat rumah. Jadi moh lah kami pergi. Maklumlah shopping complex baru.  Nak juga tahu apa yang ada kat dalam tu. Dah round dari tingkat ke tingkat rasa laparlah pula. So ke Food Junctionlah kita orang yang terletak di tingkat berapa pun tak ingat tapi tau kat atas-atas sana nun.  Di Food Court tak banyak kedai dibuka. Samada belum buka ataupun dah tutup. Maklumlah, tak ramai pengunjung kat Mall ni. Tempat kurang strategik rasanya. 

Oklah, berbalik pada perut lapar ya.  Dalam 2, 3, 4, 5 kedai yang ada kat situ, satu kedai aje yang macam menarik bagi akak sekeluarga. Nama kedai Mishaltit, Syrian Food. Akak ni kalau bab manisan dari Syria memang suka habis.  Nak-nak baklava kalau orang Syria buat. Sedapppp... Tapi tak boleh makan banyak. Boleh dipam-pam badan nanti.

Kita orang decided untuk makan kat sini.  Nah layan gambar dulu.  Nanti akak cerita sedap ke tidak.




Akak kalau boleh macam nak tukar jer nama kedai ni... kalau korang faham maksud akak. Hahahaha...


Nasi Mandy with Lamb (RM16.00)
Lamb dia ada dua ketul dalam aluminium foil. Macam tak puas makan sebab portion lamb dia kecik bebenor.





Shawarma With Rice (RM14.70).
Ayam dia memang sedap. Terasa rempah.


Nasi Mandy with Grilled Chicken (RM15.70)  

Mishaltit Cream with Chocola (RM8.30)
Yang ini paling direcommended kalau makan kat kedai ni atau datang ke Quill Mall ni. Sebijik macam roti canai ceklat. Hahaha.. Kita orang order sampai 4 (2 makan situ, 2 tapau). Betul-betul buruk lantak.




Yang ini pula lupa nama dia tapi sama dengan atas.  Cuma letak honey. Harga lebih kurang aje macam kat atas tu. Rugi kalau order ni. Sedap lagi yang kat atas tu.




Drinks - Strawberry with Mango, Banana Chocolate with Milk, Kiwi & Green Apples, Lemon & Orange. Akak suka Strawberry & Mango. Paling sedap sekali, Lemon & Orange.Harga minuman dalam RM6.00 ke atas ikut pilihan masing-masing.

Kesimpulan akak, memang akan datang lagi sebab makanan semua sedap-sedap belaka. Nak kata mahal tu rasanya tidaklah mahal sangat. Sebulan 2 kali tu bolehlah. Tapi kalau nak makan tiap-tiap minggu, baik akak suruh anak akak kahwin saja dengan tukang masak kedai ni... 

p.s - Dah 2 kali akak ke kedai ni.  Dah macam addicted dengan dia punya roti canai ceklat ni...

Alhamdulillah, masuk hari keempat semua suka sebab dah nak balik.  Dah siap packing malam sebelumnya. Book teksi pukul 1.00 tengahari.  Pagi tu sempat jalan-jalan, makan di Restoran Hajah Basiroh.  Sementera itu
Dah lama rasanya tak pos pasal makan. Kalau ikutkan, banyak juga tempat makan yang sudah dicuba.  Cuma tak pos.  Ada juga tempat yang dah 3 4 kali singgah.  Jadi, kali ini nak pos pasal makan. 

Suka Roti Nan tak? Ada satu restoran kat Medan Tuanku yang memang famous dengan menu Roti Nan dia. Restoran ni senang saja nak cari. Bersebelahan dengan Restoran Hanifa.

Layan gambar kat bawah ni ya. Nak tulis lebih-lebih nanti melalut pula.  



Nan Cheese (RM6.00 sekeping)
Bagi penggemar cheese boleh order yang ni. Dalam ada mozzarella cheese. Portion dia pun banyak.  Memang chewy habis. Yang penting sedap. Sorry tak ambil gambar tengah koyak slices nan tu dengan mozzarella cheese terjurai-jurai. Hubbby akak bising. Dia kata macam tak pernah makan. Hahaha. Memang tak pernah makan pun nan yang ada mozzarella cheese. Ini first time try.


Nan Chicken (RM8.00 sekeping)
Yang ini pula ada inti di dalam.  Diletaknya chicken ham.  Bolehlah.  



Nan Butter (harga tak ingat)
Yang ini ok-ok saja.  Prefer lagi plain nan.


Lupa pula nak bagitahu, kalau order roti nan jangan lupa order kuah dhal sekali sebab roti dan kuah dijual berasingan. Kuah dhal RM2.00 satu mangkuk kecil. Bolehlah tu.


Chicken Tandori (RM10.00)
Portion banyak.  Boleh share 2 orang. Boleh tahanlah juga.

Kalau tak suka roti nan, nasi biryani pun ada jual.