Nak kata sedap in the world tu tidaklah tapi bolehlah
buat hidang kat sedara mara dan sahabat handai



Bahan-bahan

Butter 250gm (Cairkan)
Carrot 2 Batang (Sederhana Besar dan Parut)
Kacang Walnut Segenggam (dicincang)
Tepung Naik Sendiri 2 Cawan*
Secubit Serbuk Kayu Manis
Secubit Serbuk buah pala (optional - nak letak boleh taknak pun boleh)
Vanilla Essence 2 sudu besar
Gula 1 Cawan*
Telur Ayam 2 Biji
Garam sikit


Satukan tepung, serbuk kayu manis, serbuk buah pala dan garam dalam satu bekas. Nak ayak boleh tak nak ayak pun boleh.

Telur dan gula pukul hingga sebati. Masukkan butter yang telah dicairkan dan kacau hingga sebati.

Masukkan pulak campuran tepung, serbuk kayu manis dan lain-lain bahan tadi sedikit demi sedikit ke dalam adunan butter. Kacau hingga sebati.

Masukkan carrot, walnut dan vanilla essence. Kacau dan tuang adunan dalam loyang. Ikut suka nak pakai loyang bentuk apa. Bakar selama 40 minit atau sehingga masak. Agak-agaklah ya.

*Saya guna mug biasa
Baked Caramel Pudding

Bahan - Bahan


Susu Cair 1 Tin
Susu Rendah Lemak 1 Cawan
Vanilla Essence 1 Sudu Besar
Tepung Kastad 2 Sudu Besar
Telur 4 Biji
Gula Pasir 6 Sudu

Cara - Cara

1. Gula Pasir dimasukkan ke dalam periuk dan masak hingga cair keperang-perangan.
2. Masukkan dalam loyang dan biarkan*.
3. Susu Cair, Susu Rendah Lemak, Vanilla Essence, Tepung Kastad dan Telur dimasukkan ke dalam blender dan blend hingga sebati.
4. Tuang dalam loyang dan sedia untuk dibakar. Masukkan loyang dalam loyang yang lebih besar (berisi air) dan bakar selamat 35 minit atau hingga masak pada kepanasan 170 darjah celcius.

* Boleh tabur kismis ke dalam campuran puding sekiranya mahu.



Mee Goreng Mamak Style


Bahan - Bahan


Mee Kuning Sebungkus (dibasuh dan ditoskan)
Cili Boh (cili kering, bawang merah, belacan, bawang putih dikisar) - Agak-agak
Udang, Sotong, Daging atau Ayam untuk buat perencah (ikut suka nak banyak mana)
Kicap Pekat
Kicap Tiram
Telur Ayam 2 Biji
Taugeh
Sawi

Cara-caranya

Cili Boh ditumis hingga pecah minyak.
Tuang air 2 gelas dan biarkan hingga mendidih dan pekat sedikit. Jangan sampai kering
Masukkan perencah (udang, sotong, daging atau ayam) dan biar sampai masak.
Masukkan kicap pekat dan sos tiram.
Masukkan mee dan kacau hingga rata dan biar sebentar.
Masukkan taugeh dan sawi dan telur. Biarkan sebentar. Kemudian gaul hingga rata.
Boleh hidang.
Dapat free injection H1N1 sebelum pukul 12.00 tengahari tadi. Alhamdulillah, tak payah bayar dan tak payah nak buat appointment doctor pun. Macamana pun, terima kasih banyak-banyak pada Tabung Haji pasal extend invitation ni pada tenant Menara TH Perdana.

Masa kena injection tu sikit pun tak sakit. Bila dah petang baru terasa lenguhnya. Jangan demam sudahlah sebab baru aje baik demam.

Bila dah kena injection free ni teringat pulak kat anak-anak. Dia orang belum dapat lagi injection H1N1 nih. Ni kena arrange ngan doctor dia orang pulak.
Cucur Udang Caca Marba



Bahan-Bahan

Tepung Gandum

Isi Udang

Ubi Kentang (Dihiris kecil-kecil)

Dua genggam taugeh
Telur 2 Biji
Garam
Lada Sulah (Optional) kalau tak nak letakpun takpe
Serbuk Kunyit
Air (agak-agak)

1. Gaul sekali Tepung Gandum, Garam, Serbuk Kunyit dan Lada Sulah
2. Kemudian tuang air dan pecahkan telur. Gaul Sebati
3. Masuk pulak
ubi kentang, isi udang dan taugeh.
4. Sekali lagi kacau sebati.
5. Panaskan minyak dan sedia untuk dimasak.

Senang ajer....

Tak sempat nak buat kuah cili. Boleh guna cili sos kalau mau.