Showing posts with label Family Vacation. Show all posts
Showing posts with label Family Vacation. Show all posts
Nak cerita sikit pasal holiday trip kami ke Malang dan Surabaya, Indonesia baru-baru ini.  Kalau ikut plan, nak ke Jepun.  Tapi oleh kerana anak sulung baru mula kerja dan dapat cuti 2 hari terpaksa divert ke Malang dan Surabaya.  2 malam di Malang dan 2 malam di Surabaya. Oleh kerana waktu yang kami pergi jatuh pada cuti umum  di sana, maka malanglah nasib kami kerana jalan sesak kerana semua pun nak bercuti. Konsep cuti kami seperti cuti-cuti yang lepas ialah SANTAI.  So tak adalah nak terkejar sana terkejar sini.  Rasa nak pergi, kita orang pergi.  Rasa nak lepak, kita orang lepak.  



Lawa sangat permandangan dari atas... terpana sekejap

HARI PERTAMA


Untuk makluman, kami menggunakan khidmat brader supir.  Brader supir ni sebenarnya kawan akak punya suami punya uni classmate yang ada company travel agency kat Surabaya. Si abang tak dapat nak entertain sebab menunaikan umrah.  Jadi dihantarnya si adik jadi supir kami.  Bolehlah.    

Kami sampai di airport jam 9.20 pagi ikut pesawat Malaysia Airlines.  Sampai di airport, kami minta brader supir ni hantar kami ke restoran dulu sebelum memulakan perjalanan ke Malang. Lapaq babe. Ingatkan restoran biasa-biasa sekali dia bawa ke restoran ini.  Restoran ni dekat dengan airport.  Tepi jalan aje. Harga pun faham-faham je lah. Lantaklah, janji kenyang.  


Kedai baru nak mula bisnes for the day. Service very the slow.  Pelayan perempuan openly tengah bersiap depan customer.  Selamba aje. Lantaklah. 

Minta soto ayam. Ingatkan datang dengan nasi himpit. Namun haram. Kena order asing.  Nasi himpit tak ada. Order nasi kosong.



 Anak akak ni kalau tak ada hidangan ayam tak sah. Boleh stress depa ni


Permandangan on the way ke Malang.  Malang sungguh. Jam teruk.  4 jam lebih baru sampai.  Oh no... Nasib baik dah makan.


Epal di mana-mana.  Tak payah beli.  Tak sedap.  Sedap lagi buah bidara. 

HOTEL PENGINAPAN - 


Untuk penginapan, kami memilih Hotel Swiss-Belinn Malang untuk 2 malam.  Sebab apa kami memilih hotel ni? Sebab dekat dengan shopping mall.  Tak ingat mall apa.  Tak pergi pun sebab kesuntukan masa.  Hotel cantik, bilik agak kecil tapi yang penting; comfortable. Ruang solat dalam bilik pun cukup-cukup.  Hotel kami booking dengan Agoda aje.

Disebabkan kepenatan kali ni macamana boleh termiss ambil gambar bilik hotel. Sorang pun tak teringat nak ambil gambar bilik. Aiseymen, tepuk dahi.... 


 Gambar hotel semua courtesy of Mokcik Google
Bagus hotel ni.  Masa check-in, siap bagi kami juice sorang satu.  Memang macam tu ke?  Tempat lain tak ada pulak. 

Bilik ni exactly yang kita orang dapat.  Kecik kan? Tapi ok aje.  Janji tidur lena.  Room service pun bagus. Kami ada order late night dinner.  Sedap.

 Jamban pun cantik tapi dapat kat anak teruna akak lecah jadinya.

Coffee house ni bersebelahan dengan swimming pool.  You can choose to eat outside or inside.  Kita orang makan kat dalam aje. Malas nak makan kat luar sebab kat luar tu dah macam chimney pot gayanya.  Asap rokok penuh.  Great buffet breakfast.  Wide variety of food selection.  Puas hati.  Akak bagi 5 bintang.



MUSEUM ANGKUT




Sebaik aje sampai di sini, hujan turun dengan lebat sekali.  Untuk makluman, kami dapat diskaun kerana kami tourist.  So kami diminta terus ke ofis, tunjuk passport.  Staff sana akan photocopy muka dengan passport kita, then bayar kat dia orang.  Tak ingat berapa kena bayar.

Nak cerita lebih lanjut pasal museum ni tak pandai sangat.  Tapi antara tempat yang wajib korang pergi kalau berkunjung ke Malang.  Segala jenis pengangkutan semua ada di sini. Bapa lori pun ada.  3 jam kami kat museum ni.  Hujan bukan main lebat.  Lama pulak tu.  Nah, layan gambar.











 Macam nak naik.. tapi kang takut jatuh pulak.. Tak ke nanya.. Tak pasal-pasal kena bayar gantirugi...










Favourite akak ni..



Macam Paddington Bear.. Iya lah kot..

 Mr. Bean pun ada ko... 


Balik ke hotel pun seksa juga. Dekat 2 jam lebih.  Nak dekat jam 10 sampai hotel. Minta berhenti kat kedai makan pun seksa.  Kedai makan kehabisan makanan. Oh mai god sekali lagi.  Kesudahannya sampai hotel order room service. Nasib baik sedap.

 Nasi Goreng Seafood

 Nasi Ayam Penyet









Weekend lepas kami ke Rantau Panjang, Kelantan.  Saja-saja jalan.  Memang tak pernah jejak Kelantan sebelum ni.  Paling jauh pun, Terengganu lebih 20 tahun dulu.  Teruk kan? Negara lain dah pergi tapi negeri dalam Malaysia pun ada yang tak jejak lagi. 

Seawal 6.20 pagi dah bertolak dari rumah.  Kali ni tak guna Waze, sebab Waze ni dalam Kuala Lumpur pun mengarut. Segala ceruk dia bawa.  Tak mustahil lalu belakang jamban orang.  Sabar jer lah. Jadi kami guna Google Map aje.  Kalo ikut destinasi akan sampai dalam 5 jam setengah.  Musykil juga sebab cepat benar sampai ke destinas.  Kalau ikut Waze dalam 6 jam lebih.  Pada firasat kami, mungkin jalan kurang sesak. Itu yang boleh sampai cepat. 

Memang benar kami sampai dalam 5 jam setengah lebih sikit  (+- isi minyak, pi toilet). Rupa-rupanya jalan yang dibawa oleh Google Map ni lagi dashyat dari Waze.  Dah hampir sampai Gua Musang, disuruh belok ke kiri.  Kesudahannya kami lalu kat jalan yang agak sunyi, jalan sempit, jalan tanah merah dan paling win, kena seberang jambatan kayu.  Kalau tahu nak kena seberang jambatan ni, memang tak guna jalan yang Google Map suruh ikut.  Menurut mokcik google, jambatan ni dipanggil Jambatan Sungai Nenggiri. Tiap kali musim hujan sure tenggelam jambatan ni.  Seram babe. Satu lane pulak tu. Mujur tak hujan walaupun hari agak mendung.  Mujur time balik kami ikut Machang - Kuala Krai - Gua Musang.

Layan ya gambar-gambar di bawah..


Tiba-tiba boleh pulak sampai ke Sg. Kolok.

Lain macam nama kedai ni.. tapi hakikatnya begitulah ejaan dan sebutannya....




Sebelum check in hotel kami singgah makan kat medan selera ni.  Makan besar kami petang tu.  Nak bagitahu kat mana pun kami tak sure.  Banyak sangat lorong.

Yang ni pulak, tengah berjalan balik ke hotel terjumpa pulak gerai ni.. sempat beli bungkus pulut mangga untuk di makan di hotel.



 Green View Boutique Hotel, Sg. Kolok. Terletak agak tersorok dari main road.  Di kelilingi rumah persendirian, bangunan tinggal, kedai dan restoran.  Balcony bilik kami betul-betul mengadap bangunan tinggal.  OMG, scary I tell you.  Sebiji macam sekolah dalam citer hantu Make Me Shudder.  Lupa pulak nak snap gambar.  Kang snap keluar pulak benda yang tak sepatutnya.  Akak katup aje langsir tu all the time. Hahahaha..






Bilik yang agak luas. Kami ambil 2 bilik.  RM120 satu malam untuk 1 bilik.  Berbaloi.  


Bilik mandi yang luas

  

Disebabkan kami keluar mencari makan malam agak lewat, Gerai brader ni aje yang kami jumpa.  Nak kata lewat tak jugak.  Dalam jam 8 lebih gitu. tapi time kita dalam 9 lebih.  Jarak antara hotel dengan gerai ni dalam 400 meter gitu. Sebelah jalan keretapi. Jenuh menapak sampai hotel.  Hujan pulak tu.. 

Special dari Sg. Kolok.  Daging Burger salut Roti Canai. Recommmended gitu.  Brader nih siap tanya "Kak, KL ada jual macam ni ke?".  Memang tak adalah jawab akak.


Yang ini pun special jugak.  Lupa tah apa kat dalam dia..


 Berhadapan hotel ada restoran halal tapi tutup pulak..



Tak tahu nak panggil apa.. macam nasi biryani pun ada.. macam nasi minyak pun ada.. macam nasi ayam pun ada...


Sarapan pagi di salah sebuah restoran halal berdekatan hotel.  Bersebelahan dengan sekolah. Nak cakap sedap, tak adalah sedap mana tapi bolehlah.. Nak alas perut.

Kami check-out dari hotel dalam jam 11.30 pagi waktu Siam dan sampai ke Rantau Panjang dalam jam 1.00 tengahari.  Sekejap aje dah sampai.  Naik motor aje.  Kami 5 beranak.  5 motor kami naik.  Padahal ada aje shuttle bas dari hotel sampai imigresen.  Lepas shopping sikit di Rantau Panjang, kami bertolak ke KL dalam jam 4.00 gitu dan sampai di rumah dalam jam 11.00 lepas singgah di Restoran Lemang To'ki untuk makan malam. 








Pun tak sedap mana makanan di restoran ini. Mungkin tak kena dengan selera.