Untuk hari terakhir, kami jalan-jalan dalam bandar Surabaya sahaja. 

MASJID CHENG HO

Terletak di dalam kawasan perumahan banglo.  Cantik seni bina masjidnya.  




MUSEUM SEMPOERNA

Antara tempat wajib yang boleh dikunjungi.  Tapi kalau tak nak masuk pun ok jugak. Masuk percuma. Menarik untuk mengetahui sejarah rokok atau kretek Indonesia brand Sampoerna yang diusahakan oleh Liem Seeng Tee and pewarisnya. 


Bangunan kolonial Belanda yang masih utuh hingga kini.  Pillar dia besar gedabak kau. Cantik..



Cantik lampu ni. Nak cari satu seakan-akan dengannya.



PLAZA JAMBATAN MERAH

Last minute shopping before our flight tomorrow. Shopping lite-lite saja.




Kami banyak beli kemeja batik di kedai ni. Nak kata murah, tak jugak. 





Fabrik yang dibeli di Toko Haidar Ali, Lantai 1.  Boleh tahan mahal jugak harga kain kat sini ya kalau dibandingkan dengan shopping di Bandung. Dah alang-alang sampai sini, beli sajalah.  Kami ada juga bargain tapi bila convert duit kita seciput aje diskaun dia bagi walaupun ribu-ribu.  

Batik Pekalongan.  

Selesai shopping, kami lunch di KFC yang terletak di tingkat bawah.  Masing-masing dah lapar. Malas nak cari makan kat tempat lain.  On the way balik ke hotel, brader supir bawa kami ke tempat beli ole-ole.  Tak sure di mana tapi memang kawasan ni jual ole-ole untuk dibawa pulang. Tak beli banyak pun, beli pun untuk makan sendiri.

Lengang aje jalan.  Maklumlah, cuti umum.  


Antara keropok buah belinjau yang wajib korang beli.  Harga mahal sikit tapi berbaloi.  Ada 5 pek.  Antara my favourite yang susah nak dapat kat Kuala Lumpur.


 Ada satu kedai tu, siap boleh hantar ke rumah, hotel, pejabat dan lain-lain lagi.

Malam tu di hotel, masing-masing dah malas nak keluar.  So kami pesan Grab Food saje.  Kami pesan Nasi Penyet Wong Solo.  Sedap nasi dia. Berbaloi tunggu tepi jalan kat depan hotel sebab budak Grab takut nak masuk hotel. Takut kena halau.  
 Akak bagi 5 šŸŒŸšŸŒŸ šŸŒŸšŸŒŸšŸŒŸ

 Ayam Bakar

Ayam Penyet

Berakhir sudah percutian kita orang untuk tahun 2018.  Bagi tahun 2019, belum pasti destinasi ke mana untuk bercuti.  Bagi yang nak bercuti di bandar Surabaya sahaja, akak sarankan tak payah guna khidmat driver.  Cukup sekadar gunakan perkhidmatan Grab.  Sangat berbaloi dan murah kerana hari terakhir sebelum ke airport kami gunakan perkhidmatan Grab untuk membuat last minute shopping sebelum brader supir angkut kami pi Airport. Mana-mana ceruk di bandar Surabaya Grab boleh hantar.  Sekian, dari saya.


Ok, hari ke 3 ni rasa seronok pula sebab nak ke Surabaya.  Sebelum bertolak ke Surabaya, kami akan singgah dulu di Kampung Warna Warni, Masjid Tiban Turen, Pusat Kulit Tanggulangin dan terus ke hotel penginapan di Hotel Crown Prince Surabaya.

Cantik wei tempat ni.  Wajib pergi untuk ambil gambar.  Tak payah stay lama-lama.  Korang luangkan masa 20 ke 30 minit pun dah cukup.

KAMPUNG WARNA WARNI JODIPAN







  








MASJID TIBAN TUREN





Perjalanan ke Masjid Tiban Turen.  Permandangan yang sangat menarik sepanjang perjalanan ke sana.  Ikut shortcut kata brader supir.  Kebun orang, sawah padi, kebun jati semua kita tempuh. 

Yang bawa buggy ni according to brader supir, ialah petani.. caya lah...mesti kayo petani ni.. macam best aje.







Interior dan exterior masjid ni memang cantik.  Kami memang tak cover semua level sebab nak ke Tanggulangin sebelum check in di hotel Crown Prince.  Oleh kerana jalan ke Surabaya sesak teruk, kami ambil keputusan untuk terus ke hotel saja.  Sampai di hotel pun dah lewat petang.  Perjalanan mengambil masa dalam jam 5 gitu.  Kematu woiii... Lepas turunkan beg kat hotel, kami suruh brader supir balik rumah.  Kami nak jalan sendiri. 

Ini hotel penginapan kami untuk 2 malam, Crown Prince Hotel.  Bila check-in dapat lagi minum fruit juice. Eh, memang macam gitulah kot.  Kat Malaysia ni boleh dapat ke fruit juice kalau check-in  Hahahah... Hotel ni, within walking distance to food court, restoran dan Tunjungan Plaza jaraknya 1 kilometer. Tapi kalau nak dekat dengan Tunjungan Plaza, ada banyak lagi hotel yang korang boleh stay.  

Corridor ke bilik agak seram sikit sebab gelap.  Kami punya bilik 2nd last kat hujung nun ha..

Bilik hotel lebih spacious dari Swiss Bellin Malang Puas hati.  Boleh bagi 4 bintang.




Breakfast di coffee housenya, akak bagi 2 setengah šŸŒŸ saja.  Tak berapa nak sedap.  Yang sedap omelette dan sosejnya saja. Berkali-kali ulang makan ni.  Akak dah tengok beg plastik sosejnya. Halal.  

DINNER DI RUMAH MAKAN SEDERHANA

Lepas check-in kami terus cari makan.  Laparlah wei!! Kami guna google map untuk cari Restoran Nasi Padang.  Jalan kaki sikit dah jumpa.  


Masing-masing dah lapar.  Tak toleh kiri kanan dah..


 Eh! Takdelah kami makan semua lauk ni.  Kami pilih yang kami suka aje.  Janji ada lauk ayam.  


Keenakannya tak boleh lawan dengan Restoran Sederhana kat Jalan Tuanku Abdul Rahman tu.  Di Surabaya ni 10 kali ganda lebih sedap dari yang kat KL.  Padahal tukang masak orang sana. Why? Why? Why? ☹

Punyalah susah nak cari emping belinjau udang bercili ni kat Malaysia.  Pernah makan emping yang sama macam ni lebih 20 tahun dulu di Sabah.  Kalau emping belinjau yang kosong banyak aje. Tapi versi yang Restoran Sederhana ni jual tak berapa sedap.  Nasib baik kami beli 2 paket.  Kalau tidak jenuh nak habiskan.



Plaza Tunjungan.  Sebiji macam shopping complex kat tempat kita.  Akak tuju kat J.Co aje.  Susah nak cari kat KL.  Kalau ada pun kat MyTown. Kebetulan J.Co ada buat sale.  Hahaha.. kedai donut pun ada buat sale.  Beli 2 dozen (2 kotak) tak sampai RM45.00.  Siap share dengan orang depan. Banyak jimat. No wonder queue panjang.