Masuk hari ke tiga dah boring habis.  Hari-hari hujan.  Tak boleh nak pergi mana. Teringin nak makan nasi lemak. Turun pergi tapau kat Restoran Basiroh. 2 nasi lemak, 4 karipap, 3 minuman kena 235,000 dong. Murahlah tu.

Lepas makan, singgah Saigon Square.  Beli benda-benda merapu anak aku. Pluggerlah, handphone casinglah, blouselah, entah apa-apa lagi.  Kat sini lagi murah dari KL.  Dari situ terus ke Ben Thanh untuk shopping kain.  Hahahaha... Acara paling berprestij buat aku.  Suka sangat-sangat.  Muka laki dengan anak aku toya aje part beli kain cotton.  Apa taknya, panas kat dalam pasar ni.  Beli kat tempat biasa. Kat makcik DAM. Anak aku panggil dia makcik Incredible.  Hahahaha.. Mungkin sebab saiz dia orang adik beradik ni kecik aje. Tak macam aku, gedabak... Hahahah.. Kenal lagi dengan kita orang. Harga kain masih sama.  Beli 9 helai cotton, 4 viscose USD100.00. Murahlah bagi aku.  Bukan aku nak meniaga pun.  Beli untuk pakai anak beranak.  Nak datang lagi entah bila.   Balik aje hotel hujan lagi.  Sangkut lagi. Dah nasib, tak boleh keluar mana-mana. Bancuh maggi aje.


Cotton dan Viscose yang beli kat kedai Makcik DAM


Dapat Free

Pukul 7.30 mlm baru keluar cari makan. Time ni hujan baru stop.  Singgah Restoran Basiroh tapi penuh. Kali ni ramai orang kita kat sini.  Baru sampai gamaknya.  Sebab siang tadi tak nampak pun. Lagipun dah masuk hujung minggu.  Haruslah ramai orang kita menyopping kat sini. Konon nak makan kat VN Halal. Cari kedai tak jumpa. Burger King jumpalah. Rupanya dah tutup.  Tak tahulah tutup terus ke? Renovate ke? Terus ke Serai Restaurant kat belakang pasar Ben Thanh.  Order Nasi Goreng tom yam, nasi Goreng special, nasi Goreng cina dan 2 nasi Goreng kangkung beserta minuman kena 682,000 dong. Lagi murah dari Restoran Kampung Melayu. Nasi Goreng kampung sedap. Yang lain biasa2 saja. 





Restoran Serai

 Sup Tulang.  Customer lain punya.  Tersalah hantar.  
Kita orang order juga tapi dah habis.

 Bingka Ubi.  Sedap juga.  Bagi free sebab makanan lambat sampai.  
Ramai sangat customer malam tu.  Siap order untuk tapau makan dalam flight

 Nasi Goreng Special.  Sambal pedas giler

 Nasi Goreng Cina.  Bolehlah...

 Nasi Goreng Tomyam.  Bolehlah...Rasa kiub tomyam semata-mata

 Nasi Goreng Kampung.  Sedap. Recommended


On the way balik, singgah beli kasut kat tempat biasa. 


Kalau nak beli kasut, aku recommend kedai ni.  Memang harga terbaik dia bagi.  Dah dua kali aku beli kat sini. 


Sebahagian dari kasut yang dibeli.  Semuanya 7 pasang.  Yang leather sandal tu dari jenama Clarks.  Rasanya bukan ori but still worth buying sebab tahan lama.  Yang beli last year pun still in good condition.  Dalam RM60.00 sepasang.   Beli hari kedua dapat RM45.00 sepasang. Yang NIKE tu off course bukan ORI tapi of good quality. Buat basahan untuk anak-anak aku jer. Yang beli last year pun still in tip top condition. Dalam RM90.00 sepasang.


Sempat lagi singgah pasar malam beli seluar jeans Levi's kat Lyna.  Kali ni beli untuk anak lelaki aku.  Laki aku pun nak tambah collection.  Katanya sedap pakai.  Dah rasmi dah pun. Dapatlah RM150.00 untuk 3 pasang.  Keseluruhan harga jeans RM810.00. Gila betul....





Fridge Magnet.  
Kalau dulu susah nak cari Fridge Magnet.  
Sekarang merata-rata jual.  Cuma kena pandai tawar harga. 


Bagi yang nak beli backpack Deuter, Crumpler dan jenama-jenama terkenal lain, aku recommend kedai ni.  Kualiti bagus.  Borong beg sekolah, belajar anak-anak aku kat sini. Lokasi tepi Pasar Ben Thanh menghala ke Saigon Square

Tak tahu mana nak pergi hari ini.  Bangun pagi, breakfast di bilik saja.  Maklumlah nak jimat.  Target kita orang, makan heavy satu hari sekali. Siap bawa stok makanan dari rumah; maggi, milo, biskut, coklat, nescafe, keropok, semua complete.  Penuh satu beg dengan makanan saja.  

Lepas breakfast, ke Post office dan Notre Dame Cathedral yang terletak entah mana pun tak tahu. Yang aku tahu dekat aje.  Main redah aje. Jalan ikut mat saleh/minah saleh yang ramai kat sini.  Dia orang pun mesti nak ke sana jugak.  Dalam 12 - 15 minit dah sampai.  Beca / teksi aku tak main.  Takut kena pau.  Tak pasal-pasal nanya je. Sempat lagi singgah entah mana ambil gambar.  Gambar ayam katik pun aku ambil. Macam tak ada ayam kat Malaysia.  Hahahah... Sampai kat sana, ambil gambar sana sini, beli Fridge Magnet, lepak kat kerusi panjang sekejap lepas tu gerak ke Parkson Saigon.






Korang tahu tak? Food Court kat  dalam Parkson Saigon ada jual makanan halal. Makanan India.  Nasi Beriani ada, nasi goreng ada, mee mamak pun ada.  Harga bermula dari 89.000 dong ke atas.  Murah sikit dari Kampung Melayu Restoran. Tukang masak India Muslim.  Aku siap tanya lagi.  Iyalah, manalah tahu nak makan ke. Sembang punya sembang dengan cashier tu, lupa pulak nak ambil gambar. Kita orang tak makan pun sebab anak aku sibuk nak pergi supermarket kat dalam tu.

Time ni dah hujan kat luar.  Berlari ke Taka Plaza.  Tak sempat sampai, hujan lagi lebat. Sangkut kat Starbucks.  Baru buka gamaknya.  Banyak benar congratulatory notes dengan bunga.  Korang layan gambar kat bawah ni. 






Disebabkan hujan lebat sangat, kita orang berlari balik hotel.  Sebelum tu sempat singgah Taka Plaza dalam keadaan basah lencun.  Kat sana beli barang sikit-sikit, terus ke balik hotel.  Sudahnya hujan sampai ke malam.   Buka tv, tengok berita, banjir kat Ho Chi Minh.  District mana entah.  Aku bukannya faham apa dia orang cakap. Dalam pukul 8.00 malam hujan dah reda, baru keluar pergi makan.  Perut dah lapar sangat-sangat.  Singgah kedai Hajah Basiroh.  Makanan banyak dah habis. Dapat order 2 nasi goreng (last kopek) dan 2 pho.  Bolehlah, untuk alas perut.  




Selamat Hari Raya Aidiladha. Sekarang berada di Ho Chi Minh, Vietnam sejak petang tadi bercuti.  Kali ke 2 sampai sini. Beli tiket untuk last flight.  Tetiba AirAsia retime pergi dan balik pulak.  Sudahnya, tak dapatlah beraya dulu dengan mak.  Masak rendang pun tidak.  Sempat minum air kosong dan makan biskut kering aje.    Tak kisalahlah, janji jangan cancel hari sudah.  Flight tadi tak smooth lansung.  Banyak turbulences due to bad weather.  Nasib baik aku tak kena heart attack.  Kalau tak kejung kat seat tu.  Orang Vietnam sebelah aku siap doa kuat-kuat macam sami dok chanting tu.   Tergelak pulak aku nengok.  Tak kisahlah. Itu agama dia, hak dia.  Nasib baik smooth landing.    Alhamdulillah. Seperti tahun lepas, kita orang stay di Red Ruby Hotel (bila masa tambah "RED" tu pun aku tak tahu) yang berdekatan dengan Pasar Ben Thanh. Selesa.  Hotel baru lepas renovate.  Ambil bilik family room untuk kami berlima. Lepaslah tidur 3 malam.

Lepas check-in terus keluar untuk cari makan.  Pergi area kedai Hajah Basiroh.  Tutup pulak.  Satu kedai aje yang buka.  Restoran Kampung Melayu.  Orang Malaysia pun tak ramai.  Pergi time budak sekolah confirmlah tak ramai.  Makanan mahal tapi oklah. Bil 889.000 dong. Recommend char key teow. Sedap. Makanan lain biasa-biasa aje. 

Lepas makan singgah pasar malam.  Terjebak pulak beli seluar jeans.  Dari nak beli sehelai seorang terbeli 9 helai terus.  6 seluar jeans, 3 Dockers kena RM680.00. Terduduk sekejap. Aku macam biasa, duduk memanjang. Hehehe... Laki akulah.  Nak sangat seluar.  Ambik ko... Hahahaha... Kalau aku mau nangis.  Bayangkan berapa puluh helai kain cotton aku boleh beli dengan duit sebanyak tu.  Sabaq abang... sabaq... 

Gambaq belum masuk lagi... Sabaq ya...