Malang, Indonesia - Day 1

Nak cerita sikit pasal holiday trip kami ke Malang dan Surabaya, Indonesia baru-baru ini.  Kalau ikut plan, nak ke Jepun.  Tapi oleh kerana anak sulung baru mula kerja dan dapat cuti 2 hari terpaksa divert ke Malang dan Surabaya.  2 malam di Malang dan 2 malam di Surabaya. Oleh kerana waktu yang kami pergi jatuh pada cuti umum  di sana, maka malanglah nasib kami kerana jalan sesak kerana semua pun nak bercuti. Konsep cuti kami seperti cuti-cuti yang lepas ialah SANTAI.  So tak adalah nak terkejar sana terkejar sini.  Rasa nak pergi, kita orang pergi.  Rasa nak lepak, kita orang lepak.  



Lawa sangat permandangan dari atas... terpana sekejap

HARI PERTAMA


Untuk makluman, kami menggunakan khidmat brader supir.  Brader supir ni sebenarnya kawan akak punya suami punya uni classmate yang ada company travel agency kat Surabaya. Si abang tak dapat nak entertain sebab menunaikan umrah.  Jadi dihantarnya si adik jadi supir kami.  Bolehlah.    

Kami sampai di airport jam 9.20 pagi ikut pesawat Malaysia Airlines.  Sampai di airport, kami minta brader supir ni hantar kami ke restoran dulu sebelum memulakan perjalanan ke Malang. Lapaq babe. Ingatkan restoran biasa-biasa sekali dia bawa ke restoran ini.  Restoran ni dekat dengan airport.  Tepi jalan aje. Harga pun faham-faham je lah. Lantaklah, janji kenyang.  


Kedai baru nak mula bisnes for the day. Service very the slow.  Pelayan perempuan openly tengah bersiap depan customer.  Selamba aje. Lantaklah. 

Minta soto ayam. Ingatkan datang dengan nasi himpit. Namun haram. Kena order asing.  Nasi himpit tak ada. Order nasi kosong.



 Anak akak ni kalau tak ada hidangan ayam tak sah. Boleh stress depa ni


Permandangan on the way ke Malang.  Malang sungguh. Jam teruk.  4 jam lebih baru sampai.  Oh no... Nasib baik dah makan.


Epal di mana-mana.  Tak payah beli.  Tak sedap.  Sedap lagi buah bidara. 

HOTEL PENGINAPAN - 


Untuk penginapan, kami memilih Hotel Swiss-Belinn Malang untuk 2 malam.  Sebab apa kami memilih hotel ni? Sebab dekat dengan shopping mall.  Tak ingat mall apa.  Tak pergi pun sebab kesuntukan masa.  Hotel cantik, bilik agak kecil tapi yang penting; comfortable. Ruang solat dalam bilik pun cukup-cukup.  Hotel kami booking dengan Agoda aje.

Disebabkan kepenatan kali ni macamana boleh termiss ambil gambar bilik hotel. Sorang pun tak teringat nak ambil gambar bilik. Aiseymen, tepuk dahi.... 


 Gambar hotel semua courtesy of Mokcik Google
Bagus hotel ni.  Masa check-in, siap bagi kami juice sorang satu.  Memang macam tu ke?  Tempat lain tak ada pulak. 

Bilik ni exactly yang kita orang dapat.  Kecik kan? Tapi ok aje.  Janji tidur lena.  Room service pun bagus. Kami ada order late night dinner.  Sedap.

 Jamban pun cantik tapi dapat kat anak teruna akak lecah jadinya.

Coffee house ni bersebelahan dengan swimming pool.  You can choose to eat outside or inside.  Kita orang makan kat dalam aje. Malas nak makan kat luar sebab kat luar tu dah macam chimney pot gayanya.  Asap rokok penuh.  Great buffet breakfast.  Wide variety of food selection.  Puas hati.  Akak bagi 5 bintang.



MUSEUM ANGKUT




Sebaik aje sampai di sini, hujan turun dengan lebat sekali.  Untuk makluman, kami dapat diskaun kerana kami tourist.  So kami diminta terus ke ofis, tunjuk passport.  Staff sana akan photocopy muka dengan passport kita, then bayar kat dia orang.  Tak ingat berapa kena bayar.

Nak cerita lebih lanjut pasal museum ni tak pandai sangat.  Tapi antara tempat yang wajib korang pergi kalau berkunjung ke Malang.  Segala jenis pengangkutan semua ada di sini. Bapa lori pun ada.  3 jam kami kat museum ni.  Hujan bukan main lebat.  Lama pulak tu.  Nah, layan gambar.











 Macam nak naik.. tapi kang takut jatuh pulak.. Tak ke nanya.. Tak pasal-pasal kena bayar gantirugi...










Favourite akak ni..



Macam Paddington Bear.. Iya lah kot..

 Mr. Bean pun ada ko... 


Balik ke hotel pun seksa juga. Dekat 2 jam lebih.  Nak dekat jam 10 sampai hotel. Minta berhenti kat kedai makan pun seksa.  Kedai makan kehabisan makanan. Oh mai god sekali lagi.  Kesudahannya sampai hotel order room service. Nasib baik sedap.

 Nasi Goreng Seafood

 Nasi Ayam Penyet









0 comments:

Post a Comment