Ayam Bakar
Empal Bakar
Ayam Penyet


Sedap makanan kat sini.  Harga reasonable.  Paling suka sambal yang dihidangkan dengan nasi.  Tapi awas, kalau tak tahan pedas, colek sikit aje.  Nanti tercungap-cungap menahan pedas. 


Recommendations:  Ayam Bakar, Empal (Daging) Bakar & Gado-Gado



Ombak Rindu

Yang ini tak ada nama.  Lupa dah.

Burger KLCC.   Tak ada rupapun.

Hari tu ada post kat blog pasal burger bakar kan.  Jadi satu hari tu adalah pergi kedai Burger Bakar kat Seksyen 2, Wangsa Maju.  Sampai aje kat sana, mak aiiii punyalah ramai yang mengorder.  Beratur panjang pulak tu.   Since memang xnak tunggu berjam-jam, kita orang pun pergi pulak Rawang Burger Bakar kat Seksyen 5 Wangsa Maju.  Rawang Burger Bakar ni letaknya dalam Arena cafe satu deret dengan Toyota showroom. Nampak macam tak ramai orang.  Bila order dia kata 1 jam lagi siap.  Kalau setakat 1 jam takde hal sebab kita orang balik mandi dulu, pastu cukup time pergi ambil.  Lagipun rumah dekat.  3 burger RM45.00 share 5 orang.  Nak kata sedap bolehlah.  Sama aje rasa antara satu sama lain.  





 Dah lama tak pekena sup.  Hari Jumaat lepas singgah kat Restoran Husin, Taman Setapak kat belakang masjid baru dekat Jalan Pahang.  Boleh tahan sedap dan lebih sedap lagi dari sup kat Dorai tu.  Kat Dorai tu mahal dan cekik darah.  Sup ni kalau cicah dengan roti, perghhhhh....



Sup Daging

Sup Tunjang

Sup Ayam & Telur

Popiah

Selalunya yang popular kat sini; sup dan popiah.  Segala jenis sup ada, aku lebih suka sup telur ayam tak jadi  (kira telur ayam yang belum menetas dalam perut mak ayam) dan sup daging.  Kedai ni dulu asalnya kat tepi jambatan kat Taman Setapak ni, lepas tu kena roboh sebab bagi laluan pembinaan Duke Highway dan berpindah kat shoplot kat Taman Setapak ni.  Kalau yang teringin  nak pergi, dari Jalan Pahang ke Jalan Genting Kelang.   Lalu aje depan masjid ni terus bagi signal kiri.  Belok kiri, alan terus sikit belok kiri lagi betul-betul kat masjid baru (yang kat belakang tu).  Nampaklah restoran tu.

Lalu depan ni pastu belok kiri.  
Kedai sup ni kat belakang masjid baru
 
 

Semalam sempatlah singgah Jalan TAR sekejap untuk beli barang anak and cuci-cuci mata, makan kt kedai mamak belakang SSF dan lain-lain lagilah.  Jalan punyalah sesak.  Maklumlah cuti sekolah dah mula.  

Jalan punya jalan sampailah ke Maju Junction.  Nampak pulak Starbucks Coffee.  Anak-anak aku ni memang pantang tengok Starbucks, mesti nak membeli. Belanja kat sini aje dah dekat RM80.00 untuk minuman aje.  Mak aiii... Kalau hari-hari mau rabak poket.  Our favourites, Caramel Macchiato dan Java Chip Frapuccino.






Masa kat Seoul dulu, hari-hari minum kopi yang instant beli kat Family GMart yang macam gambar atas ni. Baru 2,000 won. Murah tu. Beli hari-hari pun takpe.  Kat sini tak ada pulak dijual.  Kelibat pun tak nampak.

Balik pada cerita Starbucks tu. Masa beli barista tu pun bagilah Starbucks Card (bagi pembelian melebihi RM50.00). Starbucks Card ni lebih kurang macam top up card.  Boleh reload kat any Starbucks outlet.   Kira ada balance dah dalam akaun kita (sebelum tu kenalah register card yang kita dapat ini kat website Starbucks).  So next time beli kita nak beli minuman, kalau balance kita banyak then tak payahlah bayar.  Dia just tolak dari kad Starbucks kita ni.  Bagi kad tu kat cashier tu nanti.
Inilah rupa kad Starbucks.  Kecik aje. Senang hilang ni...

Dengan kad ni juga, every time kita beli minuman (handcrafted beverages) akan dapat satu point.  Kumpul 10 points (kira 10 kali beli minuman) dapatlah 1 minuman free.  Kalau beli tumbler Starbuck atau 1 biji kek (bukan slices) dapatlah 1 free handcrafted beverages.   Berbaloi ke? Pada aku tak berbaloi pun, sebab still kena beli dengan normal price.  10 kali beli minum baru dapat free satu.  Tapi dah dia bagi aku card tu aku ambil aje lah since aku pun selalu minum Starbucks ni.  Tapi make sure reload dulu kad ini.  Sia-sia aje korang tunjuk kad ni kalau xde balance dalam kad.


Ps.  Kalau kerja dengan Berjaya lagi best, hari-hari boleh minum Starbucks at a discounted rate tapi harganya tak adalah murah sangat but still boleh belilah.  Just show your staff card. Btw, I'm not a Berjaya staff ya.


Special thanks to Mr. Kim Young Chul for taking your time to take picture with us even though we are aware that you might miss your flight to the Philippines.   Once again, thank you and good luck with your new book.  Hope it sells well.  YOU ROCK!!!

Also thank you  to the lead singer of Supernova, Mr. Yoon Sungmo for letting us taking pictures of you  at Talent Comestic, Myeondong.  As promised, you won’t be seeing your pictures with us in the internet because we value your privacy.  By the way, we like Supernova's Stupid Love song :)

(gambar cilok dari internet) 

Ps.  Nak kata x hensem masa tu, hensem gilerlah pulak... tinggi pulak tu... hmmm... entahlah...