It's Baybee's birthday today. Here's a special wish for you.......


What ever you wish for on your special day
(haaa... ibu tahu apa baybee nak...),
May each of your wishes come true.
Happy Birthday Baybee!
Luv U Always...






  • Plan asal untuk ke Yangji Pine Resort terpaksa ditukar kepada jalan-jalan sekitar Namdaemun dan Myeondong kerana tak cukup kuorum. Anak-anak letih dan tidak mahu ke sana.

1/3 souvenir yang dibeli. Tunjuk sikit aje. Kalau tunjuk
banyak-banyak nanti orang ingat kita orang nak meniaga
pulak
  • Di Namdaemun dan kawasan sekitarnya kami membeli souvenir dan barang-barang lain untuk saudara mara dan kawan-kawan ofis. Banyak juga barang yang kami borong; T-shirt Korea, brooch, bookmark, nail clipper logo Korea, bantal Korea, fridge magnet dan sebagainya. Kalau nak list down banyak sangat. Paling ralat beli brooch 6 set kena RM300 lebih. Tapi sebab beli untuk mak, mak mertua, makcik kira tak kisahlah. Lagipun orang kata brooch korea ni kualiti bagus. Sibuk beli untuk depa, untuk diri sendiri lupa beli. Sedih betul. Isk..isk..

Nampak tak salji turun?

  • Tengah sibuk memborong salji pulak turun. Apa lagi, jadi jakunlah sekejap. Siap ambil gambar lagi. Punyalah seronok bila tengok salji turun. Maklumlah, first time tengok salji. Selalu kat tv aje. Walaupun salji tak lebat turun, kira memadailah tu. Salji turun sekejap saja. Tak sampai 15 minit.


  • Habis memborong di Namdaemun kami ke Lotte Daparment Store yang terletak di Namdaemun sebab nak pergi ke Star Avenue. Kalau ikutkan nak pegi Lotte World yang terletak di Jamsil. Star Avenue di sana lagi gempak. Tapi tak larat punya pasal terima kasih sahajalah. Mungkin lain kali kita orang pergi. Masa ini cuaca mendung macam nak hujan. Kira hujan saljilah ni. Tunggu juga manalah tahu kot-kot salji turun lagi. Tak pulak turun.



  • Sampai di Star Avenue ramai tengah ambil gambar. Excited semacam aje tengok dia orang ni. Anak-anak saya pun tak terkecuali. Gila mengambil gambar sana sini. Artis dia sorang dua kenallah. Yang lain haram tak kenal.

Star Avenue - Namdaemun



Myeondong

  • Sebelum balik kami ke Myeondong untuk cuci mata. Sempat singgah beli kebab di Namdaemun untuk dibawa balik ke bilik.


  • Memang hapenning betul area Myeondong ini. Kalau dibandingkan dengan Kuala Lumpur kawasan dia lebih kurang macam kat Pavillion Lot 10, Sungei Wang, Bukit Bintang dan Berjaya Times Square. Penuh sesak dengan manusia. Kedai-kedai pakaian mahupun kedai kasut, kedai bag semua yang up-to-date dan trendy.




Bus 5002 from Gangnam to Everland

Masa kita orang balik bas berhenti kat sini


Public Transport (By Bus) To Everland

 

  • Naik subway (Line 2) ke Gangnam Stesen. Keluar Exit 6 dan jalan terus. Anda akan lalu kedai-kedai seperti Etude House, Giordano. Jalan sikit lagi sampai kat depan Krispy Kreme. Tak payah lintas jalan. Tunggu bas 5002 datang. Kalau bas tu tak berhenti depan Krispy Kreme korang pandai-pandailah kejar ya. Nanti kena tinggal pulak. Jarak dari Exit 6 Gangnam Stesen ke tempat menunggu bas ni lebih kurang 300 ++ meter. Mengah jugak berjalan.

  • Tambang lebih kurang 1,800kwn dalam RM5.00 sehala. Cakap aje kat driver bas tu nak pergi Everland, pastu masukkan duit 2,000kwn dalam peti duit (macam naik bas Rapid). Nanti driver tu pulangkan baki. Tak macam bas Rapid kat sini, confirm sedekah ajelah duit tu. Perjalanan kalau jalan tak sesak dalam 45 minit dah sampai. Kalau sesak lebih sejam baru sampai. Sampai sajadi Everland, bas akan berhenti di stesen bas Everland. Waktu balik nanti ambil bas kat sini juga. Jangan lupa nombor bas 5002 tau.

  • Bagi yang Muslim tu jangan lupa bawa bekal ya. Confirm memang tak ada kedai/gerai makanan halal kat sini. Setakat minum kopi, teh tu bolehlah. Yang lain-lain even roti pun kita orang tak berani beli. Iyalah, kalau dah hati was-was janganlah makan ya. Seperti biasa, kita orang bawa bekal biskut, coklat, energy bar dan lain-lain kudapan. Takut juga barang makanan tak boleh bawa masuk macam kat Disneyland Hong Kong dan Sunway Lagoon. Nasib baik tak periksapun beg.
Hari Ketiga

Lets Twist

Rock n Roll



Kat background tu steepest roller coaster in the world. Anda berani?


First time tengok burung hantu warna putih

Fox ini pun tak pernah tengok. Kat Zoo Negara tak ada

Snow Tiger ni lagilah tak ada




  • Perjalanan ke Everland mengambil masa hampir 1 jam kerana lokasinya yang terletak di luar kota Seoul, Terlebih dahulu kami menaiki subway (Line 2) ke Gangnam sebelum menaiki bas awam bernombor 5002 ke Everland. Dalam bas ada juga pelancong dari Thailand, Singapore dan Malaysia. Perjalanan berjalan lancar. Ketika sampai suhu di Everland -6. Sejuk tak terhingga.

  • Harga tiket selepas 10% discount 149,000kwn lebih kurang RM424++ . Boleh tahan jugak mahal tapi berbaloi. Mainlah apa pun, redahlah manapun, semua dah include; European Adventure, Magic Land, Zoo-Topia, American Adventure dan Global Fair.

  • Memang menakjubkan theme park ini. Apa yang boleh saya katakan ialah WOW. Lebih gah dari Sunway Lagoon. Maksud saya theme park, bukan water park ya. Kalau dah sampai sini main semua sekali. Rugi kalau tak main. Theme rides paling laris sekali, Lets Twist (paling lama menunggu. lebih kurang 1 jam jam) dan Rock n Roll. Kalau terlebih berani boleh naik the steepest roller coaster in the world. ANDA BERANI??? Kalau saya, minta maaflah.... bagi RM1,000 pun belum tentu naik. Takut kena heart attack pulak kat atas. Dengar orang yang terjerit-jerit naik coaster ini pun dah cukup gerun. Hahahah...

  • Selepas hampir 7 jam berada di sini, kami pun pulang. Sayang sekali tak semua tempat sempat kami cover sebab kawasannya yang terlampau besar. Kalau luangkan masa dari awal pagi hingga ke malam mungkin boleh cover. Lagipun hari dah gelap. Takut sesat pulak nanti. Kami bertolak lebih kurang pukul 5.30 petang. Nasib baik sempat kejar bas 5002 yang dah nak jalan. Kalau tak terpaksa tunggu bas yang seterusnya. Apa pun jangan risau. Bas 5002 ke Gangnam berlepas setiap 15 - 20 minit.

  • Tiba di Gangnam lebih kurang pukul 6.45 petang. Waktu ini jalan sesak sebab waktu puncak (time orang balik kerja). Sempat singgah memborong di Etude House, Gangnam sebelum ke Namdaemun untuk beli makan malam.
  • Untuk makan malam kami singgah di kedai kebab ini di Namdaemun untuk take-away. Terjumpa kedai ni masa balik dari Nami Island. Berhenti di Hoehyeon Stesen sebab nak singgah Namdaemun Market. Apa lagi punyalah happy dapat jumpa kedai halal kat kawasan ini. Lagipun kira dekatlah juga dengan Myeondong kalau nak dibandingkan dengan Itaewon. Jalan kaki aje.







Keluar dari Cheongyangni subway terus nampak Stesen Keretapi Cheongyangni sebelah kanan. Naik escalator untuk terus ke kaunter tiket

Kaunter tiket ke Gapyeong Stesen di hujung sebelah kiri

Dalam keretapi KORAIL ke Stesen Gapyeong


Stesen Keretapi Gapyeong

Perhentian teksi di depan Stesen Gapyeong. Ambil teksi di sini untuk ke Jeti Nami

  • Naik subway Line 1 ke Stesen Cheongyangni. Keluar dari stesen dan ikut signboard ke Stesen Keretapi Cheongnangyi. Masuk ke dalam stesen. Kaunter tiket terletak di hujung sekali sebelah kiri. Beli tiket untuk ke Stesen Gapyeong. Tiket berharga 3,800kwn sehala.

  • Setiba di Stesen Gapyeong keluar dan jalan ke depan sikit. Boleh nampak banyak teksi di perhentian teksi. Naik teksi untuk ke Jeti Nami. Pemandu teksi akan berhenti di stesen teksi berdekatan dengan Jeti Nami. Jalan kaki sikit aje dan boleh nampak kaunter tiket ke Nami Island. Masa balik pun ambil teksi di sini. Cakap nak pergi Gapyeong Train Station. Fahamlah driver tu.

  • Tiket ke Nami Island berharga 8,000kwn untuk pergi dan balik menaiki feri. Makan kat sana kena bayar ya. Kalau tak silap ada kedai makanan halal tapi masa kita orang pergi haram tak jumpa sebab tak larat nak jalan. Cuaca terlampau sejuk sampai naik kejang badan. Lagipun kita orang bawa bekal; roti cream, biskut, potato Pringles, air mineral dan coklat.

  • Waktu nak balik jangan lupa beli tiket keretapi kat Stesen Keretapi Gapyeong. Perkhidmatan dia tak ada jual tiket pergi dan balik ke Seoul. Time tu nak pegi time tu kena beli. Sama juga time balik.
Nami Island





Buchon Hanok Village, Changdeok Palace, Itaewon, Namsan Tower
  • Pagi - Sarapan disediakan di Namsan 2 Guesthouse; roti buku, noodles, kopi, teh, butter, peanut butter. Kami bawa sendiri makanan seperti roti, energy bar, nutella, milo dan nescafe 3 in 1, coklat, potato chips, biskut dan macam-macam jenis makan. Penuh satu beg. Macam inilah scenario kami bila keluar negara . Makanan halal mesti diutamakan dulu. Lepas tu ubat-ubatan. dan seterusnya.
  • Selesai sarapan kami terus ke stesen Myeondong untuk ke destinasi pelancongan pertama dalam itinerari, Buchon Hanok Village. Mujur stesen Myeondong berdekatan dengan tempat penginapan kami. Kira-kira 3 minit berjalan kaki. Ketika ini cuaca amat sejuk. Masing2 menggigil kesejukan. Iyalah, di Malaysia mana ada 4 musim. Kena pulak musim sejuk. Mau tak gigil.
  • Pertama kali beli tiket keretapi terpaksa minta bantuan pegawai yang bertugas di Stesen Myeondong. Lepas diajar cara-cara membeli tiket sekejap saja anak-anak dah boleh pick-up. Senang saja. Kira lulus ujian pertama. Ada banyak lagi ujian yang nak kena tempoh.
  • Perjalanan mengambil masa kira-kira 15 minit. Sekejap saja. Keluar dari exit 3 terus ke tempat yang hendak dituju. Oleh kerana banyak simpang, maka kami berpusing-pusing di kawasan yang sama selama 30 minit. Pening juga mencari Buchon Hanok Village ni. Rupa-rupanya tempat yang kami pusing itulah Buchon Hanok Village. Cuma berlainan simpang aje. Di sini banyak rumah-rumah tradisional lama yang masih lagi didiami oleh penduduk setempat. Memang cantik rumah-rumah lama di sini. Masih terjaga dan dipulihara.

Buchon Hanok Village


Changgyeonggung Palace

  • Destinasi kami seterusnya, Changgyeonggung Palace yang terletak berdekatan dengan Buchon Hanok Village. Kami berjalan kaki sahaja ke sana. Ada juga terserempak dengan famili dan pelajar dari Malaysia. Masing-masing bagi salam dan senyuman.
  • Kagum dengan keindahan Changgyeonggung Palace ni. Memang cantik. Kami berada sini tak lama lebih kurang 30 minit dah keluar sebab masing-masing sudah lapar. Sempat juga ambil gambar sini sana.

Itaewon


  • Itaewon; syurga makanan halal di kota Seoul bagi kami sekeluarga. Sebaik keluar dari stesen Itaewon, kiri kanan semua ada kedai makanan halal. Untuk hari pertama, kami memilih untuk makan di Foreign Restaurant. Memandangkan hari ini hari Ahad restoran ini turut menyediakan sajian buffet selain Ala Carte. Kami memilih buffet. Makanan boleh tahan ala-ala Pakistan. Nak kata sedap, biasa-biasa saja. Janji perut tak lapar. Harga agak mahal sedikit tetapi memang dijangkakan. Kena dalam 80,000kwn lebih kurang RM200++ untuk 5 orang.

Namsan Tower






  • Pada sebelah malam kami berjalan kaki ke Namsan Tower dari Namsan Guesthouse, tempat kami tinggal. Kalau ikut jam baru pukul 6.30 petang, (waktu Malaysia 5.30 petang) tapi di sini jam 4.30 dah mula gelap. Jarak perjalanan ke Namsan Tower dari guesthouse lebih kurang 10 hingga 15 minit berjalan. Termengah-mengah juga ke Namsan Tower sebab jalannya bercerun, seakan-akan mendaki.

  • Kami membeli tiket cable car one way untuk ke Namsan Tower dan turun sendiri. Pada ketika ini stesen cable car penuh dengan pengunjung walaupun pada hari Ahad. Permandangan dari kaki bukit Namsan Tower begitu cantik sekali.


  • Perjalanan turun dari Namsan Tower mengambil masa sedikit kerana ingin menikmati permandangan kota Seoul yang mengasyikkan. Terasa macam tak mahu turun tetapi sebab tak tahan sejuk, turun jugaklah. Seperti biasa, ambil gambar sana sini.


  • Sampai guesthouse, prepare makan malam; maggi dan nescafe panas, tengok tv walaupun tak faham dan tidur.