Showing posts with label Others. Show all posts
Showing posts with label Others. Show all posts
Ke Ijok dua minggu lepas jumpa kawan.  Dah terlanjur ke sana terus ke Kuala Selangor sebab dah dekat.  Seingat akak last ke sana 15 tahun lepas untuk ke Pulau Pangkor. Ikut jalan lama. Anak bongsu akak pun belum ada waktu tu. Kalau dulu berjam-jam nak sampai (exaggerate betul akak ni... hahaha) Tak sangka sekarang kalau ke Kuala Selangor ikut PLUS exit Rawang Selatan, dan LATAR exit Puncak Alam, sekejap aje dah sampai.  Dalam satu jam gitu. Town Kuala Selangor ni banyak betul berubah. Dah rupa macam bandar. Ada Giant, TESCO, McDonalds dan lain-lainlah.  Yang paling famous, mestilah Rumah Api dan kelip-kelip.  Sekarang ni kalau kat KL memang tak jumpalah kelip-kelip waktu malam.  Nak jumpa pun kat Kuala Selangor ni aje (mungkin kampung-kampung lain kat dalam Malaysia ni ada kot... cuma tak publicised macam kat Kuala Selangor ni). Masa akak kecil-kecil dulu selalu main kejar kelip-kelip waktu malam. Seronok. Nostalgia sungguh.

Jalan punya jalan terlanjur hingga ke Pasar Pasir Penambang. Seronok tengok orang shopping ketam, ikan, udang dan macam-macam lagi.  Kita orang pun tak terkecuali.  Siap beli kotak polisterin, terus shopping ikan bawal, tenggiri, gerut, ketam, udang bemban, scallop dan pepahat. Murah sangat-sangat. 

Masuk aje pasar Pasir Penambang, hujan turun selebat-lebatnya.
Scallop atau Kekapis.  Dah bertahun tak makan

Udang Bemban.  Beli sekilo. Selalunya udang ni masak apa ya?


On the way balik, terjumpa pulak gerai Cendol Bakar yang famous tu.  Dalam hujang lebat, singgah pula kat sini.  Nak jamu selera.  Kot-kot sedap boleh singgah lagi.  Banyak gerai makanan kat sini. Macam-macam jenis makanan dijual.  Yang kita orang makan, 
Rojak Cucur Udang - yang ini sedap.  Kena dengan tekak akak.

Otak-Otak pun sedap.  Satar ok tapi terlebih masin.

Cendol Bakar biasa-biasa aje
Food Of The Day. Akak bagi 5 Bintang kat Lempeng Pisang ni. Marvellous. Siap beli 3 tapau bawa balik.  Bagi peminat pisang, rugi tak cuba kalau dah sampai ke sini.

Sempat juga beli karipap gergasi tapi tak sempat ambil gambar. Hujan lebat sangat.  Penjual pula datang ketuk pintu tanya nak berapa.  Jadi urusan jual beli dalam kereta aje.






Pagi ni ada acara farewell di pejabat bagi meraikan kawan yang akan bersara wajib minggu depan.  Kepada kakak tu, I'm gonna miss your smile and celoteh all these years.  It's now time to enjoy and relax dan dekatkan diri kepada Allah SWT.  


Jemput makan ya......








Minta maaflah lama sungguh tak bersiaran kat sini.  Almaklumlah, sibuk sangat kekdahnya. Sejak dari bulan puasa sampailah ke hari ini.  Memang tak ada masa langsung nak update blog ni dan belum lagi rasanya nak kuburkan blog ni.  Sayanggggg wehhhhhh....  

Sejak pertengahan bulan puasa hari tu, aku kena transfer ke department lain kat dalam ofis ni.  Itu yang tak boleh nak santai macam selalu.  Aku kena transfer juga bukan sebab masalah disiplin ke apa ya.  Pandai-pandailah korang fikir yang positif ya. Walaupun sedih kena transfer namun aku bersyukur juga sebab ini untuk kebaikan kerjaya aku.  


Insyaallah, kalau ada masa terluang aku update lagi blog ni.   Updates baru memang banyak cuma tak ada masa nak masukkan aje.

By the way, Air Asia ada buat free seats start hari ini kalau tak silap aku.  Ketinggalan sungguh aku.  Ini pun dapat tahu dari kawan. Selamat rembat merembatlah ya. Aku tak join kali ni sebab dulu-dulu selalu juga try rembat merembat ni tapi haram tak pernah dapat satu pun.  

Sejak mula puasa ni malas sungguh nak update blog.  Penat dan tak ada mood langsung.  Mood mengantuk memanjang.  Asal masuk ofis aje mesti tersengguk-sengguk kepala ni.  Hahahaha, biasalah tu kannnn...


Actually nak bagi tahu yang Air Asia sekarang ni ada buat Year-End Holiday Sale. Aku rasa korang pun tahu.  Aku pun tahu dah lambat. Itulah, malas lagi buka email.  By the time nak rembat, semua destination dah mahal.  Melepas...sob..sob..sob... Apa boleh buat....



Tapi tak kisahlah,  Tak adalah mahal mana pun, kira still murah lagi weiiiii kalau compare dengan MAS.  Offer sampai 5 Ogos aje.  Kalau ikut hari ni ada lagi 3 hari aje kalau  nak merembat tiket. Aku pun dapat juga rembat tiket untuk perjalanan hujung tahun nanti.  Mana destinasinya nanti dah nak dekat nak pergi aku bagitahu.  Tak thrill kalau bagitahu awal-awal. 

Kiranya plan asal aku dulu nak pergi Singapore time Christmas kena tunda dulu.  Pergi Langkawi dan Penang still on lagi.

Macam biasa, tempat-tempat baru yang nak terjah ni kenalah buat homework dulu.  Pening lagilah kepala aku  nak  buat itinerary.  Tapi aku rasa tempat yang aku nak pergi ni tak payahlah buat itinerary macam pergi South Korea dulu.  Yang ni pun banyak menapak tapi tak adalah naik lrt, subway bagai....  Menapak aje lebih...

Sabtu lepas ke Kuantan jenguk anak kat Bukit Sekilau. Since sampai sana pun dah malam, kita orang buat keputusan bermalam aje kat sana.  Jadi carilah hotel yang murah sebab rasanya tak berbaloi booking hotel mahal lewat malam macam ni.  Lagipun untuk tidur aje. Dapatlah satu hotel murah dekat dengan East Coast Mall.  RM80.00 semalam.  Macam cap ayam pun ada.  Tapi tak bolehlah nak komplen sebab nak yang murah.   


Bolehlah untuk lelapkan mata aje

Pagi-pagi pukul 9.00 dah check-out.  Konon nak balik KL terus. Sangkut pulak kat Pasar Tani Putra Square. Boleh tahan juga pasar tani kat sini. Macam-macam ada jual.  Sempat beli jersey bola kat situ.  Walaupun tak ori tapi bolehlah.  Untuk anak. Maklumlah sekarang ni kan Euro 2012.  Semua pun nak pakai jersey bola.  Siap lekat nama dan nombor. 














PASAR TANI @ PUTRA SQUARE









  
 Beg Longchamp ko... belambak jual kat sini..ko ada??    
 Pilih aje satay apa nak... Semua ada..
Are you a CHOCOHOLIC?  Pernah tak korang ditanya soalan begini?  Bagi aku dan family dah biasa sangat dengan soalan begini dan jawapannya ialah Yes, we are chocoholic.  Satu family hantu coklat.  


Nah, layan gambar coklat..............





  


Sejak berpindah ke ofis baru ni macam-macam penjimatan dilakukan kat ofis aku ni especially tang elektrik dan air.  Kira oklah tu ofis aku buat macam ni. Ofis korang pulak macamana? 

Pagi tadi datang ofis terkujat tengok banyak sangat signages yang ditampal kat ofis ni.  Yang tak boleh blah signage besar gedabak kat dalam lif yang suruh kita orang naik tangga instead of naik lif.  Pada aku xde hal tapi aku prefer naik lif lagi.  Sudahlah kat rumah pun naik turun tangga.  Kaki sakit maaaa.  Apa-apapun layannnn...


Macam nilah signage yg kat dalam lif.  Ini versi kecil





Walaupun pakai air hujan, kena berjimat juga



Special thanks to Mr. Kim Young Chul for taking your time to take picture with us even though we are aware that you might miss your flight to the Philippines.   Once again, thank you and good luck with your new book.  Hope it sells well.  YOU ROCK!!!

Also thank you  to the lead singer of Supernova, Mr. Yoon Sungmo for letting us taking pictures of you  at Talent Comestic, Myeondong.  As promised, you won’t be seeing your pictures with us in the internet because we value your privacy.  By the way, we like Supernova's Stupid Love song :)

(gambar cilok dari internet) 

Ps.  Nak kata x hensem masa tu, hensem gilerlah pulak... tinggi pulak tu... hmmm... entahlah...  


KARNIVAL PENGAJIAN TINGGI


MALAYSIAN SHOE FESTIVAL 2012


Minggu lepas, kita orang berkampung di PWTC sebab teman anak ke Kempen Pengajian Tinggi. Maklumlah baru keluar result SPM. Dah terlanjur sampai kat sana singgah pula ke Malaysian International Shoe Festival (MISF) kat Exhibition Hall nun sebalik sungai sana. Nasib baik masuk free, kalau kena bayar tak masuk kot.

Ingatkan Shoe Festival hanya display kasut untuk pembekal atau pemborong, rupanya jual kasut juga. Rupa pun dah macam Warehouse Sale. Kita orang apa lagi, seronoklah. Ada kasut yang mahal dan ada juga kasut yang murah dijual. Bagi saya, harga mahal ke, murah ke itu belakang kira. Yang penting kasut tu mestilah comfortable habis. Ada juga kasut yang berkenan tapi tak ada saiz. Anyway, sempat juga beli 3 pasang kasut kat booth LANBAHARIN. Cantik-cantik design kasut LANBAHARIN ini.



Saiz 45 untuk suami. Besar gila

Warna nampak kusam. Bila pakai cantik. Kasut anak punya.
Nasib baik kaki sama saiz. Boleh kongsi