Malas nak cerita panjang, layan ajelah kucing-kucing kat rumah ni.  Ini kira ahli baru dalam keluarga kami. Total sekarang 9 ekor; 3 adults, 7 kittens.  Jenuh nak jaga.


Muka punya innocent tapi panjat sana, panjat sini

Ini pun sama

Yang ini lagilah, kejap-kejap melompat.  Mujur tak lompat dari tingkat 2 rumah. Kes naya. 
 Jangan percaya dengan muka kesian ni.     Yang ni pula, pantang kena pegang.  Menjerit sokmo.





Pembaca yang dihormati,


Selamat Menunaikan Ibadah Puasa
Semoga Amal Ibadah Kita Diterima dan Mendapat Manfaat
Mohon Maaf Zahir dan Batin






Nak update pasal Bandung pula sebelum lupa. Ke Bandung satu family minggu lepas. Memang tak plan. Tiba-tiba rasa nak pergi ke Bandung. Bincang dengan suami.  Dia kata ok.  Beli tiket last minute. Bila dah beli anak akak pula cakap dia ada oral Arab 4.00 petang di universiti.  Flight pula jam 7.45 malam.  Haru biru dibuatnya.  Suami cakap tak apa, kita try our best kalau tak sempat naik flight redha jer lah.  Nasib baik semua berjalan lancar sebab suami akak awal lagi dah tunggu anak di luar pagar universiti di Seremban 3. Sampai  airport ngam-ngam untuk luggage drop.  Alhamdulillah.  Akak pula kerja hari tu. Jadi terus naik ERL dan tunggu di airport. Makan pun tak sempat, jadi semua berlapar. 

Flight delay dalam 15 minit tapi tak kisahlah. Janji semua dapat naik flight.  Jangan jadi macam last year. Siap perang lagi. Hahahaha. Flight ke Bandung was very smooth. Memandangkan penghujung cuti sekolah, ingatkan seat banyak yang kosong tapi kali ini penuh. Suasana dalam flight tak bising sangat seperti yang disangka. Kawan akak pernah cakap, flight yang dia naik ke Bandung tak lama dulu, suasananya macam dalam pasar ikan. Sabar jer lah... Touch down  dalam jam 8.50 pm waktu Indonesia. 

Urusan imigresen agak lembap sebab dua kaunter saja dibuka. Semua urusan selesai hampir satu jam kemudian. Pak supir pun dah tunggu.  Ajak pak supir ke restoran. Dia cakap restoran sudah tutup. Tak dapat makanlah kita orang malam ni.   Kesudahannya ke Alpha Mart untuk beli roti dan biskut. Makanlah itu dulu sementara nak tunggu esok pagi.

Selepas 3 tahun, kami sampai lagi ke Bandung.  Harap-harap tak kena keracunan makanan macam dulu. Siksa dik oiiii....


Hotel DPalma Bandung. 
Sebelah Holland Bakery, selang dua kedai, Alpha Mart.
Opposite Restoran Nasi Padang dan Lotteria

Hotel penginapan, DPalma Bandung yang terletak di Jalan Jendral Gatot Subroto.  Ingatkan jauh, rupa-rupanya dekat aje.  Banyak kemudahan di sini.

Harga bilik hotel semalam dalam RM100.00. Minta extra bed tambah RM40.00.  Oklah tu plus breakfast. Breakfast biasa-biasa aje.  Bilik very spacious.  Ambil 2 bilik twin bedded.



Since 2 hari saja kat sini (tak termasuk arrival dan departure), schedule memang padat.  Tak adalah nak ke Rumah Mode, Heritage dan sebagainya.  Cuma nak ke Pasar Baru, Cibaduyut, a few sports outlet dan beli kain ela. Selebihnya, bawalah ke mana-mana kalau ada masa.

Seawal jam 9.00 pagi, kami dah standby kat bawah. Pak supir bawa ke D'Fashion berdekatan dengan Pasar Kosambi. Suami nak beli kain ela untuk intern kat Jabatan dia yang tamat latihan minggu depan. Time spent kat sini hampir 3 jam.  Banyak juga membeli kat sini. Berbelas kain beli.  Itupun tak puas sebab rambang mata. 

Boleh tahan grand kedai D'Fashion ni.  
Siap ada settee boleh lepak.
Ada kejakunan sikit kat sini sebab jarang 
masuk kedai sebegini. Biasa beli di pasar-pasar aje.





 Bermacam-macam jenis dan warna kain untuk 
buat baju melayu dan baju kurung.  Geram tengok.  
Akak pula pantang tengok kain. Semua nak beli. 
Agak-agak kalau jual kain buat tuala pun akak beli. Hahaha...

 Koleksi kain Ronaldo dan Balotelli.  

Hai dik, curi tulang ker????
Ini antara kain yang dibeli.  

Keluar dari D'Fashion singgah pula di Nike dan Mitre Outlet di Jalan Dago. Beli pula T-Shirt dan Jersey. Murah jugalah harga kalau dibandingkan dengan Malaysia. Baju Mitre pun murah.  

Untuk makan tengahari, kami dibawa ke Restoran Simpang Raya berdekatan.  Standardlah, nasi padang.  Makanan ok dan biasa-biasa aje.  Cuma yang tak bestnya, kami kena tipu sebab lauk yang tak makan pun dia caj.  Mentang-mentanglah orang luar.  Salah kami juga sebab main bayar aje walaupun kita orang rasa agak mahal.  Balik hotel check resit baru perasan ada 5 extra pinggan lauk dikira sekali. Lain kali sebelum makan akak nak snap dulu gambar lauk. At least ada bukti. Geram akak tau!!!

Lepas makan ke Cibaduyut cari barangan kulit.  Sekali jalan sesak teruk.  Dekat 1 jam baru sampai.  Sampai pun dah agak lewat.  Tak belipun barangan kulit.  Sebaliknya, beli beli kemeja batik untuk suami dan anak akak sebab murah sangat di sini.  Design pun cantik-cantik.  Nama kedai jangan tanya.  Akak tak tahu. Tapi tempat ni antara tumpuan pelancong ataupun pak supir dah ada perjanjian dengan tokey kedai.  Kalau bawa pelancong ke kedai dia orang mesti dapat commission.  Banyak akak tengok bas-bas persiaran parking kat tempat parking kedai ni. Berbalik kita kat kemeja batik ni.  Paling murah dalam RM11.00 (harga sale) dan paling mahal RM75.00.

Beli kemeja ni pun untuk pakai kenduri kahwin. 

Kalau ikutkan, Cibaduyut ni syurga barangan kulit di daerah Bandung ni.  Tak kiralah, jacket ke, kasut ke, semuanya ada.  Tapi bagi akak biasa-biasa aje.  Tak ada yang luar biasa.  Kasut perempuan pada akak cantik lagi di Malaysia walaupun harga mahal. Design di sini pun banyak yang tak trendy.  Lagi pun akak pergi satu kedai aje.  Kalau explore kedai-kedai lain yang banyak sepanjang jalan kat sini mungkin ada yang cantik kot.  

Bab kasut kulit lelaki memang cantik. Jahitan pun kemas. Cuma tak tahu tahan lama ke tidak.  Harga pun murah. Bawah RM100.00 dah boleh dapat.  Kalau nak cari kasut saiz besar, kat sini tak ada ya.  Paling besar saiz 43.  Jadi tak dapatlah suami akak beli kasut sebab saiz 45 tak ada. 

Syurga Kerepek di Cibaduyut
Nama kedai Sari Nikmat.  
Tang mana nikmat makan kerepek ni pun akak tak tahu.
Suka hatilah....

 Kerepek tempe ni memang fresh.  
Masih panas sebab baru goreng.  
Sedap dan rangup tapi tak rasa nikmatpun.  


Di sini, kami banyak beli kerepek tempe, pisang cheese & kacang bandung.Kami minta packing terus untuk bawa pulang ke Malaysia. Kemas packingnya dan tak pecahpun.




Yang ini akak tak pernah tengok.  Ingatkan tempe. 
Macam batu-batu pun ada. Rupanya bukan.  
Orang sana panggil Keripik Oncom 
(sebutan onchom) yang belum dihiris dan digoreng.  
Dah cuba tapi tak sesedap kerepek tempe



Antara manisan yang dijual. Serupa dodol pun ada. 
Tak beli pun. Takut tak sedap walaupun disuruh rasa.  

 Anak akak cukup suka air ni.  
Sampai beli bawa balik Malaysia.  

Pasar Baru 
 Kalau boleh elakkan makan kat kedai Faradhiba ni.  
Cekik darah.

 
Untuk 3 pinggan nasi padang berlauk ni dicaj 
hampir RM50.00.  Mengarut!!! 
Tak adanya nak makan kat gerai ni lagi. 
Dulu makanan di gerai ni tak adalah mahal sangat.
Mentang-mentang orang luar habis diketuknya.
(Yang lauk dalam pinggan merah tu set lunch
 Nasi Ayam Penyet)

Akak recommend gerai ni.  
Nasi ayam penyet dia sedap. 
Anak akak siap order satu lagi set untuk tapau.


 Set lunch untuk 3 orang dalam RM24.00.  

Salah satu kedai menjual t-shirt yang berkualiti
Harga dari RM29.00 untuk saiz S - XL, 
RM39.00 untuk sz XXL dan RM42.00 untuk sz XXXL. 
Boleh beli.

Antara kedai yang menjual telekung.  Beli 10 pasang telekung di sini. 8 pasang cotton bersulam, 
2 pasang ala-ala Siti Khadijah. 

Itu aje tempat yang sempat kami pergi sepanjang berada di Bandung.  Insha'allah kalau umur panjang boleh pergi lagi. Kita orang ambil first flight out of Bandung iaitu jam 6.05 pagi.  Seawal jam 2.30 pagi dah bangun. Jam 3.30 pagi dah gerak ke airport. Sebaik sampai, airport tak buka lagi.  Jadi tercongoklah kat luar.  Tak tunggu lama pun. Flight balik kali ni tak penuh dan flight itself was very smooth.  Tak sampai 2 jam dah sampai.  


Overall, oklah tapi kalau spend 4 hari kat sana lagi ok.  Tak tau bila lagi nak sampai ke Bandung.  Mungkin tahun depan. Untuk hujung tahun ni dah ada rancangan ke tempat lain pula.  Tiket pun dah beli.  


Kesempatan ini nak ucap terima kasih kepada Pak Dicky dari Hayukka Bandoeng kerana suggest DPalma Hotel.  It was indeed very convience for us dan tak lupa juga kepada Pak Yayat yang menjadi supir kami sepanjang kami di sana. Insha'allah akan guna khidmat Hayukka kalau ke Bandung lagi.



As salam semua,

Kita berjumpa lagi di alam maya ni.

Kali ini akak nak bercerita pasal Pengkalan Hulu yang dulu dikenali dengan Kroh. Letaknya bersempadan dengan Betong, Thailand.  Akak memang selalu ulang-alik Kroh ni sejak tahun lepas.  Boleh dikatakan tiap-tiap minggu ke sini sebab hantar anak bongsu akak masuk asrama kat sini. Biasalah budak-budak first time masuk asrama. Asyik nak suruh mak bapak datang melawat aje. Rindulah katakan. Tapi dalam kes akak, mak bapak yang lebih-lebih.  Masa interview minta dekat dengan KL.  Sekali dihantarnya ke sini. Tak kisahlah, janji anak nak belajar.   Nasib baik akak pernah ke sini dulu-dulu ke rumah saudara. Suami akak lagilah. Tak pernah dengar pun. Cehhhh... Mula-mula tension juga datang ke sini.  Mana taknya. Jarak perjalanan 4 jam lebih dari KL. Boleh kematu pungkok wehhhh.... Lama-lama seronoklah pula sebab dapat jalan tengok negeri orang. 

Baru-baru ni akak pergi lagi sebab sekolah dah nak buka. Jadi kenalah hantar.  Kali ni kita orang pilih untuk bermalam kat hotel berdekatan.  Sebab tak larat nak balik hari.  Nanti dibuatnya jem tak ke haru.  Kadang-kadang sampai rumah 2 pagi.  Tak sanggup nak mengadap jam serupa ini.  Pagi nak kerja lagi.


Pengkalan Hulu ni kecil aje.  Macam pekan koboi. Kami stay di Hilltowne Hotel.Nak kata grand tu tidaklah. Biasa-biasa aje. Yang penting spacious dan murah.  Untuk family room kena caj RM100.00 semalam termasuk extra bed (RM20.00). Ada cable tv tapi 3 channel aje.  Celestial Movies, Fox Movie & TV3.  WIFI pun free.  Bolehlah tu. 

                    Family Room                        Toilet

Bab makan pula ada aje tempat makan yang sedap kat sini. Bagi yang bukan local selalunya depa suka cari makan kat pekan Baling yang jarak kira-kira 7 kilometer dari sini. Bagi akak pulak, yang dah memang kaki makan habis segala ceruk kita orang terjah. Pantang nampak kedai makan aje semua kita orang singgah.  So boleh tahu yang mana sedap dan tak sedap.  Kat bawah ni antara gerai favourite akak sekeluarga kalau ke sana sampai dah jadi member.  Lagi satu, kat sini famous dengan makanan Siam. Iyalah, sebab rata-rata penduduk kat sini yang akak jumpa semuanya speaking Siam. Berapa kerat aje yang speaking Utara.  So far, makanan yang sedap kat sini of courselah, tom yam. Memang sedap. Sungguh tak tipu.  

Ini gerai tom yam yang kita orang selalu makan.  
Selalu ramai orang.  Tapi kali ni kita orang lambat.  
Jam 2 lebih baru nak makan.  
Lauk nasi campur dah habis jadi kita orang order 
makanan panas. Lokasinya dekat Selarong.  
Nama kampung jangan tanya.  Haram tak tahu.  
Yang akak tahu jalan ni menghala ke Gua Gendang.  
Malam kedai ni tak buka

Ini menu makan kami sekeluarga hari tu.
 Ayam Bakar

 Daging Masak Merah

 Sambal Belacan dan Ulam-Ulaman

 Tom Yam Ayam

 Somtam paling sedap penah akak rasa


Untuk sarapan dan makan tengahari, banyak aje gerai yang jual makanan.  Tak payah nak turun pekan Baling.   

Gerai ni jual kuih muih, roti canai, nasi lemak
dan nasi berlauk di Kg. Kuak Luar.  
Kalau nak beli roti canai kena datang awal.  
Cepat habis.  Gulai ikan kat sini pun sedap.

 Gerai ni pula jual kuih muih, nasi lemak dan nasi putih.
 Gerai ini pun kat Kg. Kuak Luar juga. 
Masuk ke dalam. Ada satu lagi tempat tapi tak ada gambar.  Kedai dia betul-betul kat simpang nak ke Felda Nenering. Cuba nasi goreng dan tomyam dia.  
Memang kelas.  Tak pasti buka malam ke tidak.

 The only restoran mamak in town.
 
Kalau malam pula, boleh aje pergi makan kat Tasik Takong.  Sana pun boleh tahan juga makanannya.  
Kadang-kadang kita orang makan kat sana aje
 kalau malas turun pekan Baling.  Sorry gambar tarak.

 Bagi yang nak gunting rambut, recommend kedai ni.  Favourite anak akak. Owner dia orang Siam.


TASIK RABAN




Cantiknya permandangan kat Tasik Raban ni.  
Berpuluh-puluh kali lalu inilah first time
masuk sampai ke dalam.  Rugi tak masuk

On the way balik singgah pula di Tasik Raban nak beli ikan pekasam. Selalunya beli saja kat gerai tepi jalan sebelum sampai Restoran Tasik Raban yang famous tu. Sekali tutup pula gerai tu. Kita orang cuba cari kat kampung-kampung pula. Manalah tahu kot-kot ada tempat yang jual ikan pekasam ni.  Lepas dua kali mencari sampai sesat-sesat barulah jumpa tempat proses ikan pekasam ni.  Itu pun dalam kawasan rumah.  

Cantik rumah ni. Tempat proses ikan tu 
kat rumah sebelah kanan.  Rasanya owner yang sama.

 Macam famous aje, siap dengan bunting lagi.  
Newspaper cutting pun ada.  




Macam-macam jenis ikan ada. Ikan sepat, loma, 
lampam, ikan laut pun ada.  Favourite akak ikan loma.
Banyak juga borong ikan pekasam kali ni.  Sampai tokey tu tanya nak meniaga ke?  Hahaaha.... tak adalah... buat sedekah kat saudara mara dan kawan-kawan.  

 Sampai ke dapur kita orang masuk.  
Maklumlah, tak pernah tengok. Haruslah jakun. 


Cantik kawasan rumah tokey pekasam ni.  
Sejuk mata memandang.  Nampak tu pokok durian.
Tak nampak pula buah durian kat pokok tu.