Mengambil kesempatan bekerja di Putrajaya, seawal jam 7.30 pagi lagi saya sudah terpacak di tapak Pesta Belon Panas. Niat hati nak beli tiket untuk menaiki belon udara panas ni tapi hampa sebab ramai dah beratur untuk membeli tiket di kaunter tiket. Terus niat untuk menaiki belon dilupakan. Sebaliknya saya mengambil gambar belon-belon udara panas ini yang sedang dan tengah berlepas. Minta maaf kualiti gambar biasa-biasa saja. Maklumkan guna kamera compact dan bukannya DSLR. Belum sampai seruan lagi untuk beli DSLR ini. Dalam erti kata bajet tak mencukupi. Hahahaha......LAYANNNNN...........