HCM - Day 3

Masuk hari ke tiga dah boring habis.  Hari-hari hujan.  Tak boleh nak pergi mana. Teringin nak makan nasi lemak. Turun pergi tapau kat Restoran Basiroh. 2 nasi lemak, 4 karipap, 3 minuman kena 235,000 dong. Murahlah tu.

Lepas makan, singgah Saigon Square.  Beli benda-benda merapu anak aku. Pluggerlah, handphone casinglah, blouselah, entah apa-apa lagi.  Kat sini lagi murah dari KL.  Dari situ terus ke Ben Thanh untuk shopping kain.  Hahahaha... Acara paling berprestij buat aku.  Suka sangat-sangat.  Muka laki dengan anak aku toya aje part beli kain cotton.  Apa taknya, panas kat dalam pasar ni.  Beli kat tempat biasa. Kat makcik DAM. Anak aku panggil dia makcik Incredible.  Hahahaha.. Mungkin sebab saiz dia orang adik beradik ni kecik aje. Tak macam aku, gedabak... Hahahah.. Kenal lagi dengan kita orang. Harga kain masih sama.  Beli 9 helai cotton, 4 viscose USD100.00. Murahlah bagi aku.  Bukan aku nak meniaga pun.  Beli untuk pakai anak beranak.  Nak datang lagi entah bila.   Balik aje hotel hujan lagi.  Sangkut lagi. Dah nasib, tak boleh keluar mana-mana. Bancuh maggi aje.


Cotton dan Viscose yang beli kat kedai Makcik DAM


Dapat Free

Pukul 7.30 mlm baru keluar cari makan. Time ni hujan baru stop.  Singgah Restoran Basiroh tapi penuh. Kali ni ramai orang kita kat sini.  Baru sampai gamaknya.  Sebab siang tadi tak nampak pun. Lagipun dah masuk hujung minggu.  Haruslah ramai orang kita menyopping kat sini. Konon nak makan kat VN Halal. Cari kedai tak jumpa. Burger King jumpalah. Rupanya dah tutup.  Tak tahulah tutup terus ke? Renovate ke? Terus ke Serai Restaurant kat belakang pasar Ben Thanh.  Order Nasi Goreng tom yam, nasi Goreng special, nasi Goreng cina dan 2 nasi Goreng kangkung beserta minuman kena 682,000 dong. Lagi murah dari Restoran Kampung Melayu. Nasi Goreng kampung sedap. Yang lain biasa2 saja. 





Restoran Serai

 Sup Tulang.  Customer lain punya.  Tersalah hantar.  
Kita orang order juga tapi dah habis.

 Bingka Ubi.  Sedap juga.  Bagi free sebab makanan lambat sampai.  
Ramai sangat customer malam tu.  Siap order untuk tapau makan dalam flight

 Nasi Goreng Special.  Sambal pedas giler

 Nasi Goreng Cina.  Bolehlah...

 Nasi Goreng Tomyam.  Bolehlah...Rasa kiub tomyam semata-mata

 Nasi Goreng Kampung.  Sedap. Recommended


On the way balik, singgah beli kasut kat tempat biasa. 


Kalau nak beli kasut, aku recommend kedai ni.  Memang harga terbaik dia bagi.  Dah dua kali aku beli kat sini. 


Sebahagian dari kasut yang dibeli.  Semuanya 7 pasang.  Yang leather sandal tu dari jenama Clarks.  Rasanya bukan ori but still worth buying sebab tahan lama.  Yang beli last year pun still in good condition.  Dalam RM60.00 sepasang.   Beli hari kedua dapat RM45.00 sepasang. Yang NIKE tu off course bukan ORI tapi of good quality. Buat basahan untuk anak-anak aku jer. Yang beli last year pun still in tip top condition. Dalam RM90.00 sepasang.


Sempat lagi singgah pasar malam beli seluar jeans Levi's kat Lyna.  Kali ni beli untuk anak lelaki aku.  Laki aku pun nak tambah collection.  Katanya sedap pakai.  Dah rasmi dah pun. Dapatlah RM150.00 untuk 3 pasang.  Keseluruhan harga jeans RM810.00. Gila betul....





Fridge Magnet.  
Kalau dulu susah nak cari Fridge Magnet.  
Sekarang merata-rata jual.  Cuma kena pandai tawar harga. 


Bagi yang nak beli backpack Deuter, Crumpler dan jenama-jenama terkenal lain, aku recommend kedai ni.  Kualiti bagus.  Borong beg sekolah, belajar anak-anak aku kat sini. Lokasi tepi Pasar Ben Thanh menghala ke Saigon Square

4 comments:

  1. Nekcik pun dah berangan angan nak ke sini..cuma tak taulah bila ada rezekinya..insyaallah

    ReplyDelete
  2. Bad experience with lyna.. awal2 beli kemain entertaint.. pastu suh try kt hotel.. esok dtg semula sbb xmuat semua size xde.. layan acuh x acuh je.. ermm(nak beli kena try jugk kt kwdai die even ramai)

    ReplyDelete
  3. Lyna ni macam persistent sikit. Kalau beli nak suruh beli banyak-banyak. Mujur dah faham kerenah dia. Satu lagi, kalau dia suruh bawa balik seluar ke hotel untuk try memang tak nak sebab bila terbeli takut jadi macam kat momma.

    ReplyDelete
  4. Lyna ni macam persistent sikit. Kalau beli nak suruh beli banyak-banyak. Mujur dah faham kerenah dia. Satu lagi, kalau dia suruh bawa balik seluar ke hotel untuk try memang tak nak sebab bila terbeli takut jadi macam kat momma.

    ReplyDelete