Pengkalan Hulu & Tasik Raban, Perak


As salam semua,

Kita berjumpa lagi di alam maya ni.

Kali ini akak nak bercerita pasal Pengkalan Hulu yang dulu dikenali dengan Kroh. Letaknya bersempadan dengan Betong, Thailand.  Akak memang selalu ulang-alik Kroh ni sejak tahun lepas.  Boleh dikatakan tiap-tiap minggu ke sini sebab hantar anak bongsu akak masuk asrama kat sini. Biasalah budak-budak first time masuk asrama. Asyik nak suruh mak bapak datang melawat aje. Rindulah katakan. Tapi dalam kes akak, mak bapak yang lebih-lebih.  Masa interview minta dekat dengan KL.  Sekali dihantarnya ke sini. Tak kisahlah, janji anak nak belajar.   Nasib baik akak pernah ke sini dulu-dulu ke rumah saudara. Suami akak lagilah. Tak pernah dengar pun. Cehhhh... Mula-mula tension juga datang ke sini.  Mana taknya. Jarak perjalanan 4 jam lebih dari KL. Boleh kematu pungkok wehhhh.... Lama-lama seronoklah pula sebab dapat jalan tengok negeri orang. 

Baru-baru ni akak pergi lagi sebab sekolah dah nak buka. Jadi kenalah hantar.  Kali ni kita orang pilih untuk bermalam kat hotel berdekatan.  Sebab tak larat nak balik hari.  Nanti dibuatnya jem tak ke haru.  Kadang-kadang sampai rumah 2 pagi.  Tak sanggup nak mengadap jam serupa ini.  Pagi nak kerja lagi.


Pengkalan Hulu ni kecil aje.  Macam pekan koboi. Kami stay di Hilltowne Hotel.Nak kata grand tu tidaklah. Biasa-biasa aje. Yang penting spacious dan murah.  Untuk family room kena caj RM100.00 semalam termasuk extra bed (RM20.00). Ada cable tv tapi 3 channel aje.  Celestial Movies, Fox Movie & TV3.  WIFI pun free.  Bolehlah tu. 

                    Family Room                        Toilet

Bab makan pula ada aje tempat makan yang sedap kat sini. Bagi yang bukan local selalunya depa suka cari makan kat pekan Baling yang jarak kira-kira 7 kilometer dari sini. Bagi akak pulak, yang dah memang kaki makan habis segala ceruk kita orang terjah. Pantang nampak kedai makan aje semua kita orang singgah.  So boleh tahu yang mana sedap dan tak sedap.  Kat bawah ni antara gerai favourite akak sekeluarga kalau ke sana sampai dah jadi member.  Lagi satu, kat sini famous dengan makanan Siam. Iyalah, sebab rata-rata penduduk kat sini yang akak jumpa semuanya speaking Siam. Berapa kerat aje yang speaking Utara.  So far, makanan yang sedap kat sini of courselah, tom yam. Memang sedap. Sungguh tak tipu.  

Ini gerai tom yam yang kita orang selalu makan.  
Selalu ramai orang.  Tapi kali ni kita orang lambat.  
Jam 2 lebih baru nak makan.  
Lauk nasi campur dah habis jadi kita orang order 
makanan panas. Lokasinya dekat Selarong.  
Nama kampung jangan tanya.  Haram tak tahu.  
Yang akak tahu jalan ni menghala ke Gua Gendang.  
Malam kedai ni tak buka

Ini menu makan kami sekeluarga hari tu.
 Ayam Bakar

 Daging Masak Merah

 Sambal Belacan dan Ulam-Ulaman

 Tom Yam Ayam

 Somtam paling sedap penah akak rasa


Untuk sarapan dan makan tengahari, banyak aje gerai yang jual makanan.  Tak payah nak turun pekan Baling.   

Gerai ni jual kuih muih, roti canai, nasi lemak
dan nasi berlauk di Kg. Kuak Luar.  
Kalau nak beli roti canai kena datang awal.  
Cepat habis.  Gulai ikan kat sini pun sedap.

 Gerai ni pula jual kuih muih, nasi lemak dan nasi putih.
 Gerai ini pun kat Kg. Kuak Luar juga. 
Masuk ke dalam. Ada satu lagi tempat tapi tak ada gambar.  Kedai dia betul-betul kat simpang nak ke Felda Nenering. Cuba nasi goreng dan tomyam dia.  
Memang kelas.  Tak pasti buka malam ke tidak.

 The only restoran mamak in town.
 
Kalau malam pula, boleh aje pergi makan kat Tasik Takong.  Sana pun boleh tahan juga makanannya.  
Kadang-kadang kita orang makan kat sana aje
 kalau malas turun pekan Baling.  Sorry gambar tarak.

 Bagi yang nak gunting rambut, recommend kedai ni.  Favourite anak akak. Owner dia orang Siam.


TASIK RABAN




Cantiknya permandangan kat Tasik Raban ni.  
Berpuluh-puluh kali lalu inilah first time
masuk sampai ke dalam.  Rugi tak masuk

On the way balik singgah pula di Tasik Raban nak beli ikan pekasam. Selalunya beli saja kat gerai tepi jalan sebelum sampai Restoran Tasik Raban yang famous tu. Sekali tutup pula gerai tu. Kita orang cuba cari kat kampung-kampung pula. Manalah tahu kot-kot ada tempat yang jual ikan pekasam ni.  Lepas dua kali mencari sampai sesat-sesat barulah jumpa tempat proses ikan pekasam ni.  Itu pun dalam kawasan rumah.  

Cantik rumah ni. Tempat proses ikan tu 
kat rumah sebelah kanan.  Rasanya owner yang sama.

 Macam famous aje, siap dengan bunting lagi.  
Newspaper cutting pun ada.  




Macam-macam jenis ikan ada. Ikan sepat, loma, 
lampam, ikan laut pun ada.  Favourite akak ikan loma.
Banyak juga borong ikan pekasam kali ni.  Sampai tokey tu tanya nak meniaga ke?  Hahaaha.... tak adalah... buat sedekah kat saudara mara dan kawan-kawan.  

 Sampai ke dapur kita orang masuk.  
Maklumlah, tak pernah tengok. Haruslah jakun. 


Cantik kawasan rumah tokey pekasam ni.  
Sejuk mata memandang.  Nampak tu pokok durian.
Tak nampak pula buah durian kat pokok tu.





2 comments:

  1. Nice., akak xcerita ke masuk pekan betong? Bukit berapit ke

    ReplyDelete
  2. Menarik cerita nya.. insyaAllah kalau lalu sana boleh jer singgah tempat2 yg disebut tu.. tupun kalau masih adalah, maklumlah posting ni pun dh agak lama dulu.
    Apa2pun tksih kerana mahu sharing.

    ReplyDelete