Air Asia's free seat is back starting 18 May 2010. So, pada sesiapa yang nak dapatkan seat pada harga TIDAK PERCAYA bolehlah buat booking 18 May 2010 jam 12.01 tengah malam. Travel Period: 3 Jan 2011 hingga 8 May 2011. Take note di sini, travel period adalah bermula pada tahun depan dan bukannya tahun ni ya... Don't get confused. Jangan tunggu sampai esok paginya baru nak buat booking. Rugiiiiiii ohhhhhh......

So, pada sesiapa yang ada anak-anak yang masih bersekolah, bolehlah plan pi jalan-jalan untuk cuti penggal pertama next year. Exact date untuk penggal cuti sekolah pertama saya tak tahu bila. Pandai-pandai lah korang cari ya.



Dah lebih seminggu ambil jab H1N1 (30 April 2010) tapi still tak sihat lagi. Masuk ni dah dua (2) kali pergi jumpa doctor sebab demam on and off. First time pergi doktor kata blood pressure tinggi. Pening jugak memikirkannya sebab saya tak pernah ada history blood pressure. Doktor kata mungkin side effect jab H1N1 ni. Dapat dua (2) hari MC. Jumaat pergi kerja. Rasa badan dah sihat walafiat walaupun ada pening-pening lalat. Datang hari Sabtu, dia buat balik. Demam balik dan batuk. Dah sudahhhh.... Tak pergi klinik. Cuma makan ubat demam yang doktor bagi dulu. Still tak sihat jugak dan sakit satu badan. Bisa dia tak boleh cakap. Menyusuk-yusuk. Malam minggu paling teruk. Tak boleh tidur. Datang hari Ahad pun still tak sihat juga. Asyik telan ubat demam aje. Last-last malam tadi pergi balik ke klinik. Sah-sah demam. Kena lagi jab. Selalu kena jab tak sakit tapi kali ni punya jab punyalah sakit. Mungkin sebab badan sakit bila kena jab lagilah sakit. Dapat satu (1) hari MC Doktor suruh rest kat rumah. Kalau tak baik juga dia suruh buat blood test. Takut kena denggi atau H1N1.

Tapi hari ni datang jugak kerja. Rasanya kalau rest kat rumah lagilah sakit. Might as well datang kerja. So far demam dah takde and badan still lemah-lemah tapi still boleh buat kerja. Hopefuly tak ada apa-apa sampai time balik.

Kalau sesiapa yang nak bercuti ke Singapore, rasanya tak sah kalau tak singgah kat Arab Street untuk merasa Murtabak Singapore yang famous tu. Ada satu lagi, Nasi Beriyani dia. Memang sedap. Kalah dengan nasi beriyani kat Kuala Lumpur nih. Saya siap bungkus berbeg-beg plastik untuk dibawa balik Kuala Lumpur. Walaupun harganya mahal sedikit tapi memang berbaloi.

Insyallah, kalau takde apa-apa hujung tahun ni ada plan nak ke sana lagi macam tahun lepas.
Interior Tarbush Restaurant


Wild Mushroom Soup

Chicken Soup

Chicken Biryani

Mixed Berries

Masa pergi kursus 2 hari di Hotel Marriot Bukit Bintang, saya berpeluang makan di Varns Restaurant (hari pertama) dan Tarbush Restaurant (Hari Kedua) di Starhill. Set Lunch ini dah termasuk dalam jadual kursus. Nak tak nak terpaksalah makan. Kalau tak rugi.

Experience makan di Varns Restaurant, restoran yang menyajikan makanan Utara India (Northern India) memang tak dapat dilupakan. Rasa-rasanya kalau ada sesiapa yang nak belanja makan kat sana, tak payah susah-susahlah... sebab memang tak sedap.... Yang boleh masuk, air teh herba dan ais krim dia aje.... Yang lain faham-faham ajelah... hahahahah.. (Minta maaf x de gambar)

Di Restoran Tarbush pulak, nasib baik set lunch dia Biryani Chicken or Biryani Lamb, so kira bolehlah masuk anak tekak ni. Oleh kerana saya tak makan kambing, saya pilih Biryani Chicken, Chicken Soup dan air Mixed Berries. Overall rating bolehlah tahan. Tapi kalau ajak datang ke sini rasanya tak payahlah sebab tempat lain lagi sedap rasanya. Tapi kalau nak cater untuk foreigner bolehlah. Kalau orang-orang macam saya ni rasanya tak berbaloi. Saya lebih sayang duit saya, Baik pergi makan nasi biryani kat Restoran Mahbub kat Bangsar lagi sedap.
Baked Cheese Cake Sempoi

minta maaflah gambar tak menikam kalbu

Bahan - Bahan

250gm Philadelphia Cream Cheese
1 Mangkuk Sour Cream
3 Sudu Besar Tepung Gandum
1 Sudu Besar Esen Vanilla
Sedikit Perahan Lemon
80gm Gula Halus (tak manis sangat)

Untuk basenya, boleh guna biskut jacobs wheatmeal, crackers ataupun oreo. Cara buat sama seperti base cheesecake yang lain.

Cara-Cara

Masukkan semua bahan dalam blender dan blend sampai semuanya sebati. Tuang ke dalam loyang dan bakar selama 45 minit pada kepanasan 160 darjah celcius. Saya bakar style bain-marie bagi mengelakkan permukaan kek merekah semasa dibakar.. Letak air dalam loyang yang lebih besar. Lepas masukkan loyang adunan kek dalam loyang yang besar. Make sure jangan masuk air pulak dan jangan lupa tutup permukaan loyang yang ada adunan kek tadi dengan aluminium foil bagi mengelakkan permukaan kek itu hangit. Bila dah masak biarkan sejuk dan boleh masukkan ke dalam peti ais.


Rezeki lagi... Alhamdulillah..... Kalau hari Jumaat lepas dapat free injection H1N1, hari ni pulak dapat susu Magnolia Good Morning, Good Night secara percuma. Terima kasihlah banyak-banyak. Esok lusa tak tahu dapat free apa pulak.

Rating untuk susu ni, overall okay sebab saya memang kuat minum susu sejak dari kecil lagi. Memang berkotak-kotak stok Dutch Lady Low Fat Milk kat rumah.