Showing posts with label Travel Guide. Show all posts
Showing posts with label Travel Guide. Show all posts
Hari ini nak cerita pasal Airport Incheon.  Boleh tak? Boleh kan.... Sebenarnya banyak lagi cerita pasal travel kat Seoul yang belum habis lagi. Lagipun, aku ni pun bukannya pandai nak ringkaskan ayat.  Kalau bercerita mesti panjang lebar punya. Kalau menaip lagilah, entah apa-apa yang aku taip.  Kadang-kadang sendiri pun tak faham. Hahahaha...

Oklah, bagi siapa-siapa yang nak kejar flight pagi dan takut terlepas flight boleh aje tidur kat Incheon Airport malam sebelumnya macam kita orang. Boleh jimat duit  tak payah bayar guesthouse 1 malam.  Duit tu boleh juga buat belanja beli souvenir ke apa-apa yang patut. Pukul 12.00 tengahari kita orang check-out. Letak beg kat reception. Book transport pukul 7.00 malam pergi Airport. Sementara tu, kita orang buat last minute shopping.

Kat sini semua complete, toilet free, tempat charge handphone free, ada WIFI lagi dan "katil"pun free. Korang cuma sediakan selimut dan bantal aje.  Kalau ada dua-dua ni confirm tidur lena tak sedar dirilah korang. Hahahaha... Kalau tak boleh tidur korang lepak kat tingkat bawah minum kopi/teh. Buka 24 jam.

Kalau nak tahu bersepah "katil" kat airport ni. Pilih aje mana korang nak. Nak tepi escalator, tepi toilet, tepi pintu entrance, tepi kaunter semua boleh. Kita orang pilih kat belah belakang sikit dan dekat dengan toilet sebab tak ramai orang. Nak pi toilet pun senang khennnn...
Kalau tak selesa, kat lantai pun boleh landing.  Ko tengok tu...

Yang ni pulak tak reti nak tidur. Tak habis-habis cerita  KPop. 


 

  
Yang ni pulak, dah lama terbungkang.




Tempat charge handphone. Semua jenis ada.  Aku tinggal aje handphone dalam sejam dua, okay jer.  

Kat arrival hall.  Siap ada pokok dalam airport.

Ps.  Kalau ada anak kecil rasanya tak sesuai tidur kat Airport.  Takut anak meragam.  Tapi kalau yang jenis lasak belasah aje.


Pss.  Travel Guide to Korea melabuhkan tirainya di sini.  Next story on Travel Guide pasal negara/negeri lain pulak.  Entah bila lagi tu. 

Directions: Naik subway (Line 1 - Navy Blue) ke Bupyeong Station. Ikut signboard ke Bupyeong Underground Market. Dalam kawasan tu juga. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 50 minit dari Myeondong sebab kena tukar Line.




Tak ada apa yang special di sini kecuali kedai-kedai yang berderet-deret panjang yang bersimpang siur. Memang layak dengan gelaran "the largest underground market in South Korea". Harga pakaian lebih kurang sama dengan kedai-kedai di Seoul. Sempat juga beli baju dan kasut.

Recommendations: Kalau nak pergi boleh, tak pergi pun boleh. Terpulang. Kalau bawa budak-budak rasanya leceh sikit sebab tak ada tempat nak rehat sekejap. Kalau ada pun tempat-tempat duduk dimonopoli oleh warga emas.

Bagi sesiapa yang menginap di Singapore dan ingin ke Universal Studios Singapore di Sentosa Island via MRT, ini caranya. Untuk makluman, Station Harbour  Front terletak bersebelahan dengan HarbourFront Centre and VivoCity.  Jadi tak perlu gelabah.  Gerenti tak sesat punya.

Directions:  Naik MRT sampai ke Stesen Harbour Front.  Dari situ ikut arahan ke Sentosa Express Terminal di Tingkat 3 VivoCity.  Beli tiket monorail ke Sentosa Island.  Harga tiket  $3.00 pergi balik.  Turun di stop pertama.
 
 HarbourFront Bus Interchange

Bagi yang nak naik bas dari HarbourFront  ke Sentosa pun boleh.  Ambil aje bas dekat HarbourFront Bus Interchange kat sebelah stesen.  Yang ini kena keluar dari bangunan.




Inside Universal Studios
 
Tak sempat nak masuk. Masa ni kena beratur 50 minit.
Tak sanggup.


Another roller coaster inside. As waiting time for the rides is nearly one hour,
we decided not to go.
Note: Handbags / bags are not allowed inside and to be kept
in the locker allocated nearby.

Met with some Korean boys at the Madagascar rides.
Very friendly and supporting



Dare to be on this ride? Not me. Well, my daughters did.

Transformers, The Ride.
Although we have to wait for more than 2 hours, it was worth waiting for


Air (Sprite or Coke) ni pulak boleh refill. Harga refill $2.00.Boleh refill berkali-kali. Silalah minum sampai kembung. Hahahah.

Makanan halal. Makan macam ni kena $72.00 dalam RM176.00.
Punyalah mahal!!!

Souvenirs from Universal Studio Singapore.



Directions: Naik subway Line 1 – Navy Blue ke SUWON STATION. EXIT #1 dan turun tangga. Jalan menghala ke kiri sampai jumpa stesen bas. Sebelum tu akan jumpa Tourist Information Centre. Naik bas nombor 39 atau 11 ke Paldalmun Gate (antara banyak-banyak gate yang kita orang naik) yang terletak kira-kira 5.7km dari SUWON STATION. Tak perlu risau. Ada direction untuk ke sana. Senang saja.

Note: Perjalanan dari Seoul ambil masa lebih dari 1 jam. Letih jugak bergayut dalam train.


Suwon Tourist Information Centre




Pintu Masuk Hwaseong Fortress dari Paldalmun Gate. Sangat tidak digalakkan untuk makcik, pakcik dan budak

kecil ke tempat ni melalui Gate ini. Boleh pitam dibuatnya kalau naik sampai ke atas.  Sila guna Gate lain.  Kalau ikut direction gambar kat atas ni, ada simpang ke kanan.  Masuk simpang tu dan jalan terus aje.  Korang nanti lalu kedai kiri kanan.  Terus lagi.  Sampai kat hujung nanti nampak banyak bas persiaran parking sebelah kiri.  Situlah Gate satu lagi.  Kat situ, kalau tak larat jalan boleh naik Hwaseong Fortress Trolley.  Merata-rata dia bawa pusing.  Kena bayar 1500 won.  


Hwaseong Fortress Trolley. 
Apasal dia panggil trolley aku pun tak tau.
Tak ada rupa macam trolley pun.










Yang ini pulak kat luar Fortress.  On the way balik. 

Ps.  Boleh korang bayangkan macamana aku sekeluarga boleh sampai kat atas melalui Paldamun Gate?  Hahahaha... Nak termuntah ada, semput ada, nak pitam pun ada.  Sepanjang ikut jalan ni, entah berapa kali aku stop.  Itu belum masuk segala mak pak peluh keluar.  Dalam musim sejuk pulak tu.  Tulah, nak lagi pi Suwon.  Rasakan.  Tapi kalau tak pergi tak tahu.  Kesimpulannya, lain kalau  nak pergi check dulu berapa Gate yang dia ada.  Kalau ada jalan alternatif yang mudah ikut jalan tu.  Jangan main terjah aje macam aku ni.  Hahahaha...

Macamanapun, pengalaman yang best buat aku sekeluarga.

Bus 5002 from Gangnam to Everland

Masa kita orang balik bas berhenti kat sini


Public Transport (By Bus) To Everland

 

  • Naik subway (Line 2) ke Gangnam Stesen. Keluar Exit 6 dan jalan terus. Anda akan lalu kedai-kedai seperti Etude House, Giordano. Jalan sikit lagi sampai kat depan Krispy Kreme. Tak payah lintas jalan. Tunggu bas 5002 datang. Kalau bas tu tak berhenti depan Krispy Kreme korang pandai-pandailah kejar ya. Nanti kena tinggal pulak. Jarak dari Exit 6 Gangnam Stesen ke tempat menunggu bas ni lebih kurang 300 ++ meter. Mengah jugak berjalan.

  • Tambang lebih kurang 1,800kwn dalam RM5.00 sehala. Cakap aje kat driver bas tu nak pergi Everland, pastu masukkan duit 2,000kwn dalam peti duit (macam naik bas Rapid). Nanti driver tu pulangkan baki. Tak macam bas Rapid kat sini, confirm sedekah ajelah duit tu. Perjalanan kalau jalan tak sesak dalam 45 minit dah sampai. Kalau sesak lebih sejam baru sampai. Sampai sajadi Everland, bas akan berhenti di stesen bas Everland. Waktu balik nanti ambil bas kat sini juga. Jangan lupa nombor bas 5002 tau.

  • Bagi yang Muslim tu jangan lupa bawa bekal ya. Confirm memang tak ada kedai/gerai makanan halal kat sini. Setakat minum kopi, teh tu bolehlah. Yang lain-lain even roti pun kita orang tak berani beli. Iyalah, kalau dah hati was-was janganlah makan ya. Seperti biasa, kita orang bawa bekal biskut, coklat, energy bar dan lain-lain kudapan. Takut juga barang makanan tak boleh bawa masuk macam kat Disneyland Hong Kong dan Sunway Lagoon. Nasib baik tak periksapun beg.