Tengah layan Ebay tiba-tiba berkenan pulak tengok bag Coach Laura kat atas ni.  Nak beli ke tak nak, nak beli ke tak nak.  Lagipun seller ni antara yang termurah jual beg ni.    Kena pulak dah lama aim beg ni. Entah macamana tergatal pulak tangan aku click Buy It Now.  Huhuhu....Rasa macam menyesal pun ada.  Tapi lebih kepada tak menyesal.  Hahaha... Adussss.... kopak aku bulan ni.  Semalam baru aje menang bid bag Banana Republic kat bawah ni.  




Bagi sesiapa yang nak stay area Myeondong / Namsan, dibawah saya senaraikan guesthouse yang berada di sekitar kawasan ini.  Tempat ni semuanya within walking distance to subway Station Myeondong. Nak komen lebih-lebih pasal stay kat mana paling bagus, tak pandailah pulak memandangkan experience kita orang stay di Namsan VIP 2 Guesthouse aje.  


Namsan Guesthouse 1 
(tak digalakkan untuk makcik/pakcik.
Boleh tahan juga mendaki dari subway station
tapi sangat dekat dengan Namsan Tower)
Namsan Guesthouse 2.  
Kalau Namsan 2 VIP kat  bangunan sebelah kanan.  


 Yang bangunan kelabu ni Namsan 3.  
Setakat 2 orang nak stay boleh stay kat Namsan 3.
Kalau lebih dari 2 boleh kat Namsan 1 dan 2.
Rombongan Cik Kiah pun boleh.
Guesthouse ni antara pilihan ramai.

Happy Garden Guesthouse.  
Yang ni memang sure kena mendaki.  
Memang tinggi.
  IB Ville Guesthouse
Zaza Hostel
 Alps Seoul.  
Yang ni pun ok juga.
Betul-betul belakang Namsan 2.  
Ikut jalan tepi aje.
 Myeondong Guesthouse. Antara pilihan ramai
Seoul Tower Ville.
Sabtu lepas ke Kuantan jenguk anak kat Bukit Sekilau. Since sampai sana pun dah malam, kita orang buat keputusan bermalam aje kat sana.  Jadi carilah hotel yang murah sebab rasanya tak berbaloi booking hotel mahal lewat malam macam ni.  Lagipun untuk tidur aje. Dapatlah satu hotel murah dekat dengan East Coast Mall.  RM80.00 semalam.  Macam cap ayam pun ada.  Tapi tak bolehlah nak komplen sebab nak yang murah.   


Bolehlah untuk lelapkan mata aje

Pagi-pagi pukul 9.00 dah check-out.  Konon nak balik KL terus. Sangkut pulak kat Pasar Tani Putra Square. Boleh tahan juga pasar tani kat sini. Macam-macam ada jual.  Sempat beli jersey bola kat situ.  Walaupun tak ori tapi bolehlah.  Untuk anak. Maklumlah sekarang ni kan Euro 2012.  Semua pun nak pakai jersey bola.  Siap lekat nama dan nombor. 














PASAR TANI @ PUTRA SQUARE









  
 Beg Longchamp ko... belambak jual kat sini..ko ada??    
 Pilih aje satay apa nak... Semua ada..
Ha!  Korang minat kain ela tak?  Bagi sesiapa yang nak shopping kain kat Seoul ni disarankan pergi ke Kwangjang Market.  Memang terbaik.  Pada akulah.  Ada juga tempat-tempat lain tapi yang aku tahu dan survey kat sini yang paling famous jual kain.  Kat sini aku beli 6 pasang kain.   Itu pun pergi dah last day.  Kalau dari awal lagi aku pergi mesti berpuluh pasang aku dapat.  Hahahaha. Menyesal  babe.  Takpe...takpe.... next time kan ada. Cewah!! Berangan nak datang lain kali.  

Directions:  Senang aje.  Korang ambil Subway Line 1.  Turun kat Jongno 5 (oh)-ga Station.  Keluar Exit 8.  Jalan terus.  Nanti nampak signboard Kwangjang Market sebelah kiri.  Kalau ikutkan Kwangjang Market ni banyak sangat gatenya.  Korang masuk aje gate pertama sebelah kiri yang korang jumpa.  


Ni gambar entrance market tu.  Dapat snap gambar ni aje.    Gambar lain nan hado sebab mata berpinar-pinar tengok kain ela sampai terlupa ambil gambar.  Hahaha...Sorilah.  

Pic courtesy of dannycrichton.com
Kat dalam macam nilah kedai kain dia. 
Bersepah-sepah dengan kain.  
Pilih aje mana nak


Kat sini memang dah sedia kain 4 meter untuk dijual.  Agaknya ramai Malaysian shopping kain kat sini.  Ahjumma n Ahjussi siap angkat kain cakap "4 meter baju kurung" bila nampak kita orang.  Cewahhhh... pandai pulak cakap Melayu. Bila aku tanya lebih-lebih terkebil pulak.  Hahahaha...  

Harga standard 10,000 won bagi 4 meter.  Bagi kain sutera mahal lagi.  Aku beli semua cotton @ 10,000 sepasang.  Kain cotton pulak bermacam-macam jenis.  Swiss cotton, stretch cotton, lawn cotton, semua ada kat sini.  Aku beli kat tingkat bawah aje. Tak larat nak naik atas sebab baru balik dari Suwon terus datang sini. Tak larat nak panjat tangga lagi.  


Satu lagi kalau shopping kat sini, jangan lupa tebar kain 4 meter yang korang nak beli.  Jangan jadi macam aku.  Kena tipu.  Dah balik rumah baru aku perasan kain aku yang sepasang tu cuma 2 meter aje.  Hampehhh!!!  Jaga ko ahjumma nanti aku datang balik siap ko...


Kalau korang dari Dongdaemun Station, janganlah berangan nak menapak ke Kwangjang Market ni.  JAUHHHH....  Anak aku sampai bising-bising jalan sampai ke Dongdaemun Station. Nasib baik cuaca sejuk. Tu belum masuk bab kena ikut dengan orang gila lagi.  Macam-macam hal.
Are you a CHOCOHOLIC?  Pernah tak korang ditanya soalan begini?  Bagi aku dan family dah biasa sangat dengan soalan begini dan jawapannya ialah Yes, we are chocoholic.  Satu family hantu coklat.  


Nah, layan gambar coklat..............





  





Masjid Kowloon, Tsim Sha Tsui









Sport Goods Street

Jordan - Pemandangan dari bilik hotel