Percutian ke Korea Selatan

Korea lagi. Masuk kali ni sudah kali ke 2 ke Korea Selatan.

Niat asal nak ke Jepun. Tapi bila fikirkan nak kena study & buat homework pasal Jepun ni yang lemah sikit. Anak-anak pula nak ke Korea sebab minat sangat dengan K-Pop. Yang bapa pula menurut aje cakap anak-anak.



Kami masih lagi stay di Guesthouse yang sama seperti dulu, Namsan Guesthouse 2 VIP Room, di bilik yang sama. Keadaan bilik, bilik air dan dapur tetap tidak berubah seperti dahulu. Cuma staff sahaja yang berubah. Terasa macam balik kampunglah pulak. Seperti biasa breakfast disediakan; ramen, kopi, teh, roti dan butter.


VIP Room di Namsan Guesthouse 2 for 5 pax
@ 100,000kwn per night (RM275.00)


Banyak juga tempat yang dah dirancang tak pergi; World Cup Stadium, Everland, Trick Eye Museum, Namsan Tower (walaupun dekat sangat dengan tempat kita orang tinggal). Han River pun tak pergi.  Huhuhu. Tapi 3 kali jugalah lalu Han River ni.

Tempat paling jauh kita orang pergi; Suwon dan Bupyeong Underground Market, Incheon. Lain-lain tempat dalam Seoul saja; Namdaemun, Deoksugung Palace, Dongdaemun, Myeondong (hari-hari), Itaewon (hari-hari), Seoul Animation Centre, KBS Building.

Kali ni lebih banyak kepada program free and easy sebab kita orang nak rehat secukupnya. Kat rumah bukan tak boleh rehat tapi banyak sangat gangguan. Kejap ada orang datanglah, nak masaklah, nak basuh bajulah, nak itulah, nak inilah dan segala-gala macam nak buat. Di sini, acara kita orang bermula jam 11.00 pagi dan berakhir dalam kul 9.00 malam. Penat tu penat tapi tak rasa sangat sebab cuaca sejuk. Cuma kaki saja yang tak tahan. Penat menapak. Maklumlah pergi mana-mana semuanya menapak. Naik train, naik bas. Kena jalan 2, 3 kilometer pun ada. Kena panjat tangga lagi. Tangga dia bukan macam kat sini. By the time balik bilik semua tersadai terlentang.

Nah! Tengok tangga dia. Kalau kena escalator rosak, 
mau tak pitam panjat tangga.  Kalau aku rasanya dlm kategori merangkak sampai kat atas tu. Kalau dah biasa oklah tu.
Itaewon

Seoul Mosque, Itaewon. Hari-hari singgah sini.


Permandangan dari National Assembly Building Station.
Masa ni baru balik dari KBS dan Hendel and Gretel


Hendel and Gretel

Dari dalam Deoksugung Palace
Dapat ambil gambar siput kat Cheonggye Plaza aje.
Ini saja yang dapat ambil sebab bateri kamera dah habis.






Figurines kat Seoul Animation Centre.  
Comel-comel belaka
 Ladies @ Seoul Animation Centre
Men's @ Seoul Animation Centre


HASIL SHOPPING
Tak adalah banyak manapun.  Paling banyak pun kasut sukan.  Kebetulan tengah sale.




Beli kat kedai CD @  Station Myeondong


Kedai bag kat Suwon.  Malas nak fikir beli apa terus
 rembat 6 bag untuk mak, makcik, mak mertua.
Tak elok pun tak apa janji ada buah tangan.


13 comments:

  1. mahalnya semalam RM275. tak da yang murah lagi?

    ReplyDelete
  2. Rate kat Namsan 2 ni rasanya dah murah dan selesa untuk kami berlima. Kat Namsan 1 harganya murah sikit aje tapi kena mendaki sikitlah.

    ReplyDelete
  3. kedai hendel & gretel?? owner dia parents yesung super junior tu ke??hehehehe

    ReplyDelete
  4. ah'ah.. dapat amik gambar dgn mak dia aje.

    ReplyDelete
  5. Nk mintak tolong
    dalam oktober maybe akn pergi ke seoul tuk super show 5 (klu jadilah) klu x end year
    leh x bg guide dari guesthouse ke itaewon,hansel and gretel,bngunan KBS senang citer sumer tmpat kat ats
    1st time nk g ni hehehhe
    lpas thu x nk g ke olympic gymnastic stadium camner?

    ReplyDelete
  6. Salam zetty,

    Guide saya senang aje. First sekali kena ada subway map. Belambak2 ada kalau google. Study subway map tu. Kira kalo dari guesthouse nak ke satu tempat, kena naik line berapa. Kuar exit mana. Begitulah seterusnya. Google juga ke tempat2 lain. Mesti jumpa direction punya. Nak ke Olympic Stadium pun camtu juga. Jgn lupa refer kat forum CARI juga. Byk membantu. :)

    ReplyDelete
  7. Kepada yg ingin melancong ke korea (rm1500) or beijing (rm400)...sangat murahhh! :D Sila lawati laman web kami n follow ya blog + fb

    www.muslimtravelbug.com

    thanks u all :D

    ReplyDelete
  8. Salam kak..

    Saya nak minta tolong akak untuk join survey yang saya sediakan. Saya dapat blog akak daripada keyword "bercuti di korea" :) saya harap akak ada kelapangan masa untuk join survey ni..

    kalau akak sudi, akak reply di email saya boleh? skygur85@gmail.com

    saya tercari-cari email akak, tapi tak jumpa, bila akak email, baru saya bagi link details ek..
    btw, ni survey dari saya: https://docs.google.com/spreadsheet/viewform?formkey=dHhqRWdhNElrdDZCc1lxX2Vld1JoM1E6MQ#gid=0

    thanks kak :)

    ReplyDelete
  9. salam, saya nk tanye kamu pegy korea naik travel ape??

    ReplyDelete
  10. salam....saya rasa perjalanan sndiri saudri ke korea ini mcm prjln kami ke osaka , jepun. byk guna subway....kalau caranya sama mcm di osaka, mungkin tak susah utk kami ke sana ,insyallah. saya suka sgt gunakan subway di osaka. saya juga sdh kaji subway di korea, wpun jumlahnya lebih byk, tapi dari cara saudari beritahu cara utk gunakanya, saya rasa mmg tk sukar....mmmg penat utk turun naik tangga ....yg penting kena stdy dulu perjalanan guna subway tu....tq kerana beri idea utk berjln ke sana....

    ReplyDelete
  11. Salam...Kalau namsan guesthouse 3 cmne? Rmai ckp blik dia kecik tp jarak dia lbh dekat dr Namsan Guesthouse 1 and 2 kan? Kwn ckp Namsan Guesthouse mmg curam dan agak scary. Btol ke?

    Please advise.

    Thank you.

    ReplyDelete
  12. salam kenal dari nekcik..sama lah kita ..low cost traveller!!!

    ReplyDelete
  13. amirhamzahpunyablog.blogspot

    sy backpackers.. baru blik dr korea mggu lepas...

    ReplyDelete