Nak kongsi tempat makan di sekitar tempat kita orang stay di Larkin. Kebanyakan tempat makan yang kita orang pergi dicadangkan oleh blogger-blogger.  Nak pergi jauh- jauh takut sesat pulak. Ada yang menepati selera dan ada yang tidak. Ikut selera masing- masing.


Sudah 3 hari saya sekeluarga serta ahli keluarga yang lain berada di Johor Bahru bercuti.  Kalau ikutkan, trip kali ini adalah first time bagi kami ke Johor.  Kami stay di Hotel Seri Malaysia.  Sebab kami stay di sini ialah berdekatan dengan Terminal Bas Larkin bagi memudahkan kami ambil bas ke Singapura. Tahun ni  stay di Johor instead of Singapore macam tahun sebelumnya sebab ramai yang nak mengikut. Kena save budget.

Alhamdulillah 2 hari berturut-turut masuk Singapore dengan senang sekali. Bagi sesiapa yang tak pasti nak ke Singapore naik bas nanti aku tunjuk caranya in details.  Cuma nasihat akulah, kalau bawa warga emas dan budak kecil kena fikir 2 kali sebab nanti kesian kena naik turun bas banyak kali.




Sepanjang berada di Ho Chi Minh, restoran-restoran inilah tempat kita orang makan.  Makanan halal di sini boleh tahan mahal harganya.  Selalunya kalau berjalan kat luar Malaysia, kita orang makan sekali sahaja makanan berat di restoran.  Yang lain-lain tu makan aje apa (maggi, roti, buah) yang ada kat bilik hotel.  

RESTORAN VN HALAL










Siap ada plaque JJCM TV3


RESTORAN HALAL SAIGON


Kedudukan Restoran Halal Saigon ni jauh sikit dari Pasar Ben Thanh.  Dalam 1km atau lebih sikit.  Nasib baik cuaca tak berapa panas so tak adalah terasa penat berjalan.  Tapi kalau bagi makcik dan pakcik yang sakit lutut atau sakit kaki, kurang digalakkan.


Restoran ni satu jalan dengan Hotel Shangri - La. Jumpa Shangri-La dulu lepas tu jumpa masjid.  Betul-betul depan   masjid.  Kat kawasan ni ada dua lagi restoran halal, D'Nyonya & Bombay.


 Nasi Goreng.  Ok, sedap

Yang ni namanya Vietnam Pancake.  Tak berapa nak sedap.  Tak payah order. Nasib baik ada kuah cili tu.  

Air tebu dihidang masa ambil order.  Ingatkan air apa.  Pakat tak nak minum.  Bila tau air tebu masing-masing minta refill lagi.




Kopi Vietnam.  Tak sah kalau tak minum kopi ni kat sini.  Memang sedap.

 Spring Rolls
 Yang ni pun sedap tapi cicah dengan kuah cili spring rolls kat atas lagi sedap.  

 Chicken Chop

Mexican Chicken Grill


RESTORAN KAMPUNG MELAYU

Lupa pula amik gambar restoran Kampung Melayu ni.  Restoran ni senang cari sebab satu deret dengan kedai Hajah Basiroh.  






Dah selamat sampai Malaysia pun. Tak dapat nak update secara live sebab demam dan batuk pada hari ke 3 dan 4 sepanjang berada di Ho Chi Minh.  Malang betul. Tahun lepas kena keracunan makanan masa pergi Bandung.  Selang 3 4 hari lepas tu demam dan diarrhea masa pi Singapore time X'mas.  Pergi Universal Studios pun  tak seronok.    Kali ini pun sama.   Nasib baik sorang saja yang kena.  Kalau tak naya jugaklah.

Alhamdulillah, sekarang dah sihat.  Itu pun ambil masa 3 minggu baru sihat sepenuhnya.  

Korang layan ajelah gambar-gambar ni.











 Geram tengok pokok ni.  Macam nak angkut bawa balik



Barang-barang yang sempat diborong

Ada ke laki aku beli helmet ni untuk sepupu aku pakai pi kerja.  Dia tak tahu yang tak boleh pakai helmet ni kat Malaysia.  Itulah, main beli aje.  Bukan nak tanya.  

 Beg Crumpler - Brown Noser


Backpack Deuter.  Beli 2. Satu lagi warna biru



Nike ni bukan original rasanya.  Made in Vietnam

Kasut Converse

Anak dara aku yang sorang lagi ni pantang nampak kedai Converse. Mesti nak masuk.  Kalau tengok-tengok takpe.  Ini terus nak beli. 2 hari pujuk laki aku baru dapat beli.  Katanya tak ada model ni kat Malaysia. Sanggup menapak jauh semata-mata nak beli kasut Converse. Compared dengan harga di KL, Ho Chi Minh murah lagi.

Kalau ikutkan banyak juga kita orang belanja especially last minute shopping macam t-shirt, kain cotton viscose, baju kurung, jubah, kasut, selipar dan last but not least, beg & purse jenama Kipling yang dibeli kat Saigon Square.    


Bersiaran langsung lagi dari Ho Chi Minh lagi.....

Macam semalam, sepanjang hari kita orang habiskan masa dengan menemani mak dan makcik bershopping.  Plan asal nak ke bangunan Post Office Dan Notre Dame Catheral yang tak jauh dari hotel. Entah macamana, boleh pulak tersinggah Taka Plaza. Apalagi, dah tersangkut dekat dua jam kat Taka Plaza. Terus tak menjadi plan asal.


Taka Plaza

Baju kurung siap kat sini lebih murah dari pasar Ben Thanh. RM45 dah boleh dapat. Tapi corak terhad. Mungkin cepat habis sebab harga murah. Bagi kain ela pulak tak banyak macam kat dijual di pasar Ben Thanh. Jubahpun banyak jual terutama di Rohani Collection.  Cantik-cantik semuanya.  T-shirt kat sini pun lebih murah dari pasar Ben Thanh.  RM10 tak kira size.  Kat sini boleh guna USD, RM dan Viet Dong.

Lepas shopping, singgah pulak makan tengahari di Saigon Halal. Kita orang jalan kaki aje walaupun jauh sikit.  Senang aje cari restoran ni sebab tokey kedai Rokiah kat Taka Plaza bagi guide. Macam biasa, harga boleh tahan mahal. Maklumlah, halal food. Lebih mahal dari VN Halal.  Lagipun, banyak juga kita orang order. Sampai tak larat makan. Lepas tu, singgah pulak di masjid depan restoran.  Lepas solat gerak balik ke hotel. Sempat singgah di Continental Hotel dan Rex Hotel untuk ambil gambar kat kawasan ni. Cantik.


Dah balik hotel ingatkan nak keluar balik tapi kalau dah dah gila bola (family aku) terpaksalah tunda sampai Malaysia Habis lawan dengan Singapore. Sekarang tengah half-time. Hampeh sungguh Malaysia main harini. 2 - 0 dah. Kejap lagi nak ke pasar malam.
Bersiaran langsung dari Ho Chi Minh City....

Alhamdulillah, selamat sampai Ho Chi Minh tengahari tadi. Sebaik sampai, hujan lebat. Nasib baik smooth landing. Ini adalah first trip kita orang ke Saigon. Kalau ikutkan memang tak ada plan nak ke Saigon lepas ke Seoul bulan March lepas. Dah terbeli tiket ke Saigon, apa lagi redah ajelah. Dah selamat sampaipun.

Homework langsung tak buat dan tak study apa-apa pun.   Cuma google sikit aje kat blog dan forum cari and the rest main terjah aje. Nasib baik jugalah, everything went smoothly dari turun flight, ambil teksi dari airport sampailah ke hotel.


Teksi Vinasun di Airport



Bilik Double Room; 2 katil besar @ USD$40 per night


Bilik Air

Kita orang stay di Ruby Hotel aka Hoang Tram Hotel. Bilik double room besar, bersih and selesa.  Bilik air pun bersih.  Memang puas hati.  WIFI connection pula memang terbaik.  Lokasi hotel sangat dekat dengan pasar Ben Thanh. 

Lepas check in, lepak sekejap baru turun ke Pasar Ben Thanh.  Sempat beli cotton viscose kat kedai Dam seperti yang diwarwarkan oleh forumer kat Cari Forum.  Lepas tu singgah pula beli baju kurung kat kedai Hasanah (satu deret dengan Restoran Kampung Melayu).  Sebelum balik ke hotel, singgah makan  di Restoran VN Halal.



Kedai Hasanah


 

Restoran VN Halal

Sebelah malamnya dalam pukul 11.30 kita orang turun bawah untuk ke pasar malam.  Memang meriahlah kat sini dan memang cekik darah juga.  Barang-barang yang dijual mahal-mahal.  Jadi, kalau nak beli kenalah pandai tawar menawar sehingga 70%.  Tak beli apa-apa kat sini.  Sekadar tengok-tengok dan survey harga sebab esok malam nak datang balik.




Macam biasalah, aku ni bila dah senang sikit MALAS pula nak update blog ni.  Padahal belambak-lambak cerita boleh kongsi. Penyakit MALAS memang POWER betul..... Hahahaha.... Ni nak cerita sikit aje.  Sister aku pergi South Korea minggu lepas dan baru balik semalam.  Apa lagiiiii..... Mengirim sakanlah..... Dari anak sampai ke mak.  Untuk aku kirim kain kat Kwangjang Market buat baju kurung aje.  Anak pulak, tak sah kalau tak kirim beli CD & stokin K-Pop kat subway Myeondong tu.  Gambar pun tak boleh nak post sebab barangnya tak dapat lagi.....  Tapi yang pasti, adik aku cakap, memang dia nak pergi lagi.  Hebat betul penangan South Korea. Kalau dah pergi sekali mesti tak puas...

Bagi planning tahun ni pulak, minggu depan insyallah aku satu family akan ke Ho Chi Minh jalan-jalan ukur jalan.  Hahaha... bukan jalan-jalan cari makan ke... shopping ke... tapi ukur jalan.  Lagipun, sekadar nak menjenguk tempat yang ramai orang aku labelkan sebagai shopping heaven untuk beli kain..



Minta maaflah lama sungguh tak bersiaran kat sini.  Almaklumlah, sibuk sangat kekdahnya. Sejak dari bulan puasa sampailah ke hari ini.  Memang tak ada masa langsung nak update blog ni dan belum lagi rasanya nak kuburkan blog ni.  Sayanggggg wehhhhhh....  

Sejak pertengahan bulan puasa hari tu, aku kena transfer ke department lain kat dalam ofis ni.  Itu yang tak boleh nak santai macam selalu.  Aku kena transfer juga bukan sebab masalah disiplin ke apa ya.  Pandai-pandailah korang fikir yang positif ya. Walaupun sedih kena transfer namun aku bersyukur juga sebab ini untuk kebaikan kerjaya aku.  


Insyaallah, kalau ada masa terluang aku update lagi blog ni.   Updates baru memang banyak cuma tak ada masa nak masukkan aje.

By the way, Air Asia ada buat free seats start hari ini kalau tak silap aku.  Ketinggalan sungguh aku.  Ini pun dapat tahu dari kawan. Selamat rembat merembatlah ya. Aku tak join kali ni sebab dulu-dulu selalu juga try rembat merembat ni tapi haram tak pernah dapat satu pun.  

Sejak mula puasa ni malas sungguh nak update blog.  Penat dan tak ada mood langsung.  Mood mengantuk memanjang.  Asal masuk ofis aje mesti tersengguk-sengguk kepala ni.  Hahahaha, biasalah tu kannnn...


Actually nak bagi tahu yang Air Asia sekarang ni ada buat Year-End Holiday Sale. Aku rasa korang pun tahu.  Aku pun tahu dah lambat. Itulah, malas lagi buka email.  By the time nak rembat, semua destination dah mahal.  Melepas...sob..sob..sob... Apa boleh buat....



Tapi tak kisahlah,  Tak adalah mahal mana pun, kira still murah lagi weiiiii kalau compare dengan MAS.  Offer sampai 5 Ogos aje.  Kalau ikut hari ni ada lagi 3 hari aje kalau  nak merembat tiket. Aku pun dapat juga rembat tiket untuk perjalanan hujung tahun nanti.  Mana destinasinya nanti dah nak dekat nak pergi aku bagitahu.  Tak thrill kalau bagitahu awal-awal. 

Kiranya plan asal aku dulu nak pergi Singapore time Christmas kena tunda dulu.  Pergi Langkawi dan Penang still on lagi.

Macam biasa, tempat-tempat baru yang nak terjah ni kenalah buat homework dulu.  Pening lagilah kepala aku  nak  buat itinerary.  Tapi aku rasa tempat yang aku nak pergi ni tak payahlah buat itinerary macam pergi South Korea dulu.  Yang ni pun banyak menapak tapi tak adalah naik lrt, subway bagai....  Menapak aje lebih...

Sempena bulan Ramadan yang mulia, saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Puasa kepada seluruh umat Islam tak kira di mana mereka berada.  



Happy Fasting Month to All Muslim around the world.

INGAT!!!

Credits:  kaskus.co.id