Restoran Sup Husin


 Dah lama tak pekena sup.  Hari Jumaat lepas singgah kat Restoran Husin, Taman Setapak kat belakang masjid baru dekat Jalan Pahang.  Boleh tahan sedap dan lebih sedap lagi dari sup kat Dorai tu.  Kat Dorai tu mahal dan cekik darah.  Sup ni kalau cicah dengan roti, perghhhhh....



Sup Daging

Sup Tunjang

Sup Ayam & Telur

Popiah

Selalunya yang popular kat sini; sup dan popiah.  Segala jenis sup ada, aku lebih suka sup telur ayam tak jadi  (kira telur ayam yang belum menetas dalam perut mak ayam) dan sup daging.  Kedai ni dulu asalnya kat tepi jambatan kat Taman Setapak ni, lepas tu kena roboh sebab bagi laluan pembinaan Duke Highway dan berpindah kat shoplot kat Taman Setapak ni.  Kalau yang teringin  nak pergi, dari Jalan Pahang ke Jalan Genting Kelang.   Lalu aje depan masjid ni terus bagi signal kiri.  Belok kiri, alan terus sikit belok kiri lagi betul-betul kat masjid baru (yang kat belakang tu).  Nampaklah restoran tu.

Lalu depan ni pastu belok kiri.  
Kedai sup ni kat belakang masjid baru
 

0 comments:

Post a Comment