Hari pertama puasa saya dah terlambat 6 minit masuk pejabat. Sepatutnya masuk pukul 7.30 pagi. Ini semua gara-gara Pak Mat (driver bas) yang sakit perut tiba-tiba dan hari ini juga saya mula naik bas pergi balik Wangsa Maju-Putrajaya sepanjang bulan puasa. Nak tengok pukul berapa boleh sampai kat Stesen LRT Wangsa Maju. Harap-harap tidaklah lewat sangat sebab sepanjang bulan puasa ni saya kena balik memasak untuk family. Kalau beli lauk kat luar pun belum tentu sedap selain dari harganya yang mahal.
Nak komen sikit pasal keadaan salah satu tandas di pusat beli belah di Putrajaya. sebab waktu rehat lepas sempat singgah di di sana. Sebut saja nama pusat beli belah ini, terlintas dalam fikiran masing-masing pusat membeli belah yang gah di Putrajaya sebab itu saja pusat beli belah yang ada di kawasan itu. Kedai-kedai yang ada di sanapun bukannya yang cekai. Kira gah jugalah. Tetapi yang menyedihkan ialah tandas di sana. Kalau disuruh bagi rating saya akan bagi rating 3/10. DISGUSTING. Itu yang boleh saya katakan. Kalau tengok dari gambar yang saya ambil, memang bersih and tiptop tapi bila jejak aje pintu masuk tandas dah berbau semerbak. Boleh muntah. Kembang kempis hidung menahan bau. Kalau ikutkan hati memang tak mahu masuk tapi dah terpaksa. Tak boleh tahan. Pusat beli belah sikit punya besar tapi kebersihan tandas tak dijaga. MEMALUKAN. Dengan ventilation system tak jalan, air freshener pun tak ada. Pengurusan pun satu. Sekali sekala pegilah jengah. Sekurang-kurangnya tahu apa yang berlaku di sekeliling Alamanda lebih-lebih lagi keadaan tandas tu. Kebersihan tandas ni jangan ambil sambil lewa. Nanti orang cop kita pengotor. Buat malu aje bila orang komplen. Rasanya kat mana-mana tandas awam di Malaysia semua pun macam tu.
5:59 PM
Baru-baru ni berpeluang bercuti ke Hong Kong dan Shenzhen di China bersama keluarga. Satu pengalaman yang menarik dan menyeronokkan. Rasa gementar dan takut pun ada sebab pergi sendiri tanpa menggunakan khidmat travel agency. Semuanya kena buat sendiri. Dari A sampai ke Z. Bak kata orang sehelai sepinggang. Kalau jadi apa-apa tak adanya orang nak tolong. Nanti saya ceritakan and share experience di sana. Kepada sesiapa yang plan nak ke Hong Kong atau Shenzhen tanpa menggunakan khidmat travel agency saya boleh bagi sedikit tips untuk memudahkan perjalanan anda. Ianya tidak sukar seperti yang disangka. TUNGGUUUUUU......
10:51 AM
Lama juga tinggalkan blog ni. Dekat 2 bulan lebih. Ni semua gara-gara malas nak berblogging. Kat pejabat sibuk dengan kerja pejabat, kat rumah lagi teruk. Segala jenis kerja rumah kena buat. Biasalah.. orang perempuan. Masak jangan ceritalah... Macam2 jenis lauk masak tapi tak sempat nak ambil gambar and post kat sini.. Kesudahannya blog ni terbengkalai. Nasib baik ini ada masa sikit nak luang kat sini. Banyak yang happenin dan saya akan update later. Kalau ada siapa-siapa yang sudi menjengah tu, sila kan... BE MY GUEST.. :)
10:26 AM





