Semalam sempatlah singgah Jalan TAR sekejap untuk beli barang anak and cuci-cuci mata, makan kt kedai mamak belakang SSF dan lain-lain lagilah.  Jalan punyalah sesak.  Maklumlah cuti sekolah dah mula.  

Jalan punya jalan sampailah ke Maju Junction.  Nampak pulak Starbucks Coffee.  Anak-anak aku ni memang pantang tengok Starbucks, mesti nak membeli. Belanja kat sini aje dah dekat RM80.00 untuk minuman aje.  Mak aiii... Kalau hari-hari mau rabak poket.  Our favourites, Caramel Macchiato dan Java Chip Frapuccino.






Masa kat Seoul dulu, hari-hari minum kopi yang instant beli kat Family GMart yang macam gambar atas ni. Baru 2,000 won. Murah tu. Beli hari-hari pun takpe.  Kat sini tak ada pulak dijual.  Kelibat pun tak nampak.

Balik pada cerita Starbucks tu. Masa beli barista tu pun bagilah Starbucks Card (bagi pembelian melebihi RM50.00). Starbucks Card ni lebih kurang macam top up card.  Boleh reload kat any Starbucks outlet.   Kira ada balance dah dalam akaun kita (sebelum tu kenalah register card yang kita dapat ini kat website Starbucks).  So next time beli kita nak beli minuman, kalau balance kita banyak then tak payahlah bayar.  Dia just tolak dari kad Starbucks kita ni.  Bagi kad tu kat cashier tu nanti.
Inilah rupa kad Starbucks.  Kecik aje. Senang hilang ni...

Dengan kad ni juga, every time kita beli minuman (handcrafted beverages) akan dapat satu point.  Kumpul 10 points (kira 10 kali beli minuman) dapatlah 1 minuman free.  Kalau beli tumbler Starbuck atau 1 biji kek (bukan slices) dapatlah 1 free handcrafted beverages.   Berbaloi ke? Pada aku tak berbaloi pun, sebab still kena beli dengan normal price.  10 kali beli minum baru dapat free satu.  Tapi dah dia bagi aku card tu aku ambil aje lah since aku pun selalu minum Starbucks ni.  Tapi make sure reload dulu kad ini.  Sia-sia aje korang tunjuk kad ni kalau xde balance dalam kad.


Ps.  Kalau kerja dengan Berjaya lagi best, hari-hari boleh minum Starbucks at a discounted rate tapi harganya tak adalah murah sangat but still boleh belilah.  Just show your staff card. Btw, I'm not a Berjaya staff ya.


Special thanks to Mr. Kim Young Chul for taking your time to take picture with us even though we are aware that you might miss your flight to the Philippines.   Once again, thank you and good luck with your new book.  Hope it sells well.  YOU ROCK!!!

Also thank you  to the lead singer of Supernova, Mr. Yoon Sungmo for letting us taking pictures of you  at Talent Comestic, Myeondong.  As promised, you won’t be seeing your pictures with us in the internet because we value your privacy.  By the way, we like Supernova's Stupid Love song :)

(gambar cilok dari internet) 

Ps.  Nak kata x hensem masa tu, hensem gilerlah pulak... tinggi pulak tu... hmmm... entahlah...  



Bagi yang nak ke Nami Island, laluan melalui Stesen Keretapi Cheongyangni terus ke Stesen Keretapi Gapyeong tidak lagi boleh digunapakai. Sebaliknya, korang boleh mencuba laluan ini.

Sebagai contoh, bagi yang menginap di Myeondong bolehlah cuba laluan ini.  Bagi yang menginap kat tempat lain boleh jadikan laluan ini sebagai panduan.  Dari Myeondong, laluan untuk ke Stesen Gapyeong adalah seperti berikut:-

Dari subway dari Stesen Myeondong (Line 4) ke Stesen Dongdaemun History & Culture Park (2 stops). Dari Stesen Dongdaemun History & Culture naik subway Line 2 ke Stesen Wangshimni (3 stops). Dari Stesen Wangshimni ke Stesen Sanbong (Jungang Line) - 4 stops. Dan dari Stesen Sanbong ke Stesen Gapyeong (Gyeongchun Line) - 11 stops.


Contoh Laluan Dari Nami Island Ke Stesen Chungmuro. 
Peta ni boleh juga dijadikan panduan untuk ke Nami Island





Map Courtesy of Lonelytravelog.


Agak berserabut juga laluannya jika dibandingkan dengan laluan dahulu, yang mana ianya lebih mudah.

Perjalanan bagi laluan baru ini memakan masa kira - kira 1 jam 45 minit.







Hari ini kita cerita psal burger pulak ya. Asyik cerita pasal travel, vacation memanjang boringlah pula. Ni nak tanya ni, siapa yang pernah dengar pasal Burger Bakar dan Burger Bob ni angkat tangan? Hahahaha. Mesti pernah dengar kan... Menurut kata kawan-kawan yang tinggal kat kawasan ni burger ni punyalah famous sampai orang yang tinggal sekitar Kuala Lumpur ni sanggup beratur lama nak buat pesanan burger ni.

Ingatkan weekend ni nak pergi terjah gerai Burger Bakar ni kat Seksyen 2 Wangsa Maju tu. Burger Bob pula dah pernah pergi dan pernah order tapi oleh kerana sistem order macam hampas kelapa terus cancel order tu. Bayangkan, tunggu 1 jam setengah masih  tanya suami "abang order apa tadi?" Kalau tanya sekali tak apa. Ini 3 kali tanya kita order apa. Betul-betul sakit hati dibuatnya. Harap-harap burger bakar kat sini, Seksyen 2 tak adalah macam gitu ya.  Dengar khabar, pakai nombor.


Adakah burger bakar tu menyerupai burger yang ni?


Untuk percutian kami seterusnya, perancangan sudah dibuat dan destinasi kami kali ini, dalam negeri iaitu Langkawi. Lama rasanya tak bercuti dalam negeri. Kalau ada pun sekejap saja dalam 2 hari. Kali ini target date ialah pada bulan November. Banyak lagi masa. Lebih seronok drive ke sana dari naik flight sebab banyak tempat boleh singgah. Mungkin akan ke Kuala Kangsar dulu 1 malam, kemudian terus ke Langkawi 4 malam dan on the way balik, akan singgah di Pulau Pinang 2 malam dan terus balik Kuala Lumpur.


Asam Pedas Ikan Kerapu.

Ayam Goreng Sambal Kari. My all time favourite
KARNIVAL PENGAJIAN TINGGI


MALAYSIAN SHOE FESTIVAL 2012


Minggu lepas, kita orang berkampung di PWTC sebab teman anak ke Kempen Pengajian Tinggi. Maklumlah baru keluar result SPM. Dah terlanjur sampai kat sana singgah pula ke Malaysian International Shoe Festival (MISF) kat Exhibition Hall nun sebalik sungai sana. Nasib baik masuk free, kalau kena bayar tak masuk kot.

Ingatkan Shoe Festival hanya display kasut untuk pembekal atau pemborong, rupanya jual kasut juga. Rupa pun dah macam Warehouse Sale. Kita orang apa lagi, seronoklah. Ada kasut yang mahal dan ada juga kasut yang murah dijual. Bagi saya, harga mahal ke, murah ke itu belakang kira. Yang penting kasut tu mestilah comfortable habis. Ada juga kasut yang berkenan tapi tak ada saiz. Anyway, sempat juga beli 3 pasang kasut kat booth LANBAHARIN. Cantik-cantik design kasut LANBAHARIN ini.



Saiz 45 untuk suami. Besar gila

Warna nampak kusam. Bila pakai cantik. Kasut anak punya.
Nasib baik kaki sama saiz. Boleh kongsi