Ingatkan hujung tahun ni nak rest dan tak ke mana-mana.  Maklumlah, hujung tahun lepas dah berderet-deret jalan sampai ke bulan Mac.  Nak kumpul balik duit yang habis masa jalan dulu bukannya senang.  Melainkan kalau laki aku stamp duit.  hahahaha... 

So, ingat kali ni cuma nak pergi Langkawi, Penang dan Kuala Kangsar aje.  Tiba-tiba tukang sponsor ajak pergi Singapore pulak time Krismas.  Aikkkk!!! Singapore lagi!!! Baru aje Krismas lepas pergi pastu nak pergi lagi..  Apalah punya sengal..  Cubalah cakap pergi Vietnam ke, Siem Reap, Chiang Mai ke... seronok jugak aku..  Barulah bersemangat sikit.  Singapore ni dah banyak kali pergi so tak adalah rasa seronok.  Kalau seronok pun tang Universal Studios atau tang shopping kain... hehheheh... itu aje... yang selebihnya bolehlah... Anak-anak pulak lagi suka nak kalau ayah dia orang ajak pergi Singapore.  Boleh ke Universal Studios lagi kata dia orang.  Habislah kopak. 

Tugas aku pulak kenalah buat itinerary macam biasa.  Nak pergi ke sana naik apa? MRT mana? turun kat stesen mana? dan lain-lainlah. 


Arghhhh... pening nak buat itinerary ni.  Kang salah buat kena lahar.... Kalau ikut aku nak pergi kedai kain kat Joo Chiat tu.  Uncle tu pun dah kenal aku.  Apa lagi, borong kain ajelah....




Semalam anak teringin nak makan burger.  Jadi pergilah ke Rawang Burger Bakar yang dekat Arena Cafe tu.  Sampai kat Arena Cafe tengok tak ada pun orang.  Tutup ke?  Tak nampak pun orang bakar burger kat situ.  Rupanya dah berpindah. Dekat aje.  Betul-betul depan Affin Bank dekat traffic light. Memang tak boleh miss gerai ni kalau datang dari Carrefour ke AU 5/Wangsa Melawati.  Meriah sungguh dengan lampu lip lap.




Nasib baik tak lama tunggu.  Adalah dalam setengah jam.  Order 4 jenis berlainan tapi output dia lebih kurang sama aje. 





Ps.  Paling suka Ombak Rindu.  Lepas ni nak cuba burger bakar kat Wangsa Melawati pula.  Satu deret dengan gerai karipap panas.  
Satu lagi tempat makan favourite aku sekeluarga.  Capati Santa dekat belakang Gulati's Silk House, Jalan TAR.  Rasanya dah lebih 20 tahun aku sekeluarga makan kat sini.  Makanan favourite, of courselah capati dan kari ayam.  Selalunya kalau orang datang sini mesti order capati dan kari ayam.  Bagi aku lebih suka roti canai dia.  Memang antara yang tersedap pernah aku makan.  Serious, tak tipu punya.  Kari ayam dia pulak jangan cerita.  Marbeles...tak letak santan.  Nak melantak banyak mana pun boleh.  Tak payah risau pasal colestrol.  





 

Teh Susu Lembu

Owner restoran ni keturunan Singh tapi tukang masak dia  Melayu.  Setahu aku dah lama dah abang ini kerja kat sini. Owner dah passed away sebab kencing manis. Kita orang kenal jugaklah owner ni dulu.  Sekarang si wife take over. 

Dah  dekat 3 bulan balik dari Korea, barulah teringat nak post gambar-gambar tempat kami sapde' kat area Itaewon.  MIA sekejap gambar-gambar ni.  Rupanya salah letak and baru semalam jumpa balik.  Sepanjang stay kat Seoul kita orang samada makan or tapau  kat 3 tempat ini aje; Muree, Mr. Kebab dan Salam Bakery di Itaewon.   Kalau dari Stesen Itaewon confirm akan lalu tempat-tempat ni sebab ini laluan ke Masjid Seoul.

Restoran Muree - Korean Muslim Food

Interior dalam Muree Restaurant.  Cosy

Restoran ni tak jual 100% makanan korea.  Menu dia Pakistan and Korean.  Rasanya restoran ini husband n wife team.  Si husband, Pakistan dan wifenya Korean.   2 kali kita orang makan kat sini, 2nd day and last day. Harga boleh tahan mahal.  First time kena 76,000 won.  2nd time dalam 83,000 won. Makan apa? Order menu yang sama juga.

Order tak ingat... mana tak mahal.  Tapi kita orang kalau bab makan ni tak ada restriction.  Tak adalah nak catu ke apa.  Apa budak-budak nak makan order aje.  Yang penting halal.  

Yang aku ingat masa order tu.  Ada 2 korean set.  Salah satu tu bulgogi, satu lagi tak ingat.  Nasi goreng Korean style, briyani ayam, briyani kambing, kari ayam dan  1 roti nan.

Yang ini dah lupa nama dia. Set daging.  Sebijik macam daging masak halia chinese style.  Satu set harga 15,000 won.  Ada kimchi, tauge, sohoon, kimchi pancake., seaweed, sekali dengan nasi.  Memang sedap.  Aku ni seumur hidup tak pernah makan Korean food.  First try, kira bolehlah.


Kimchi Pancake




Yang ini pulak, sebiji macam sup daging masak halia tambah dengan kicap.  Pada akulah.  Rasanya senang kalau nak masak kat rumah.  Set yang ni sama macam set kat atas cuma yang ini ada sup yang itu tak ada.  Harga pun lebih kurang sama.


 
Briyani Chicken.  Aku mati-mati ingat dia lambat hantar ayam.  Rupa-rupanya ayam dia campur sekali dengan nasi. Ketul kecil-kecil aje.  Udahlah tak ada kuah ke apa.  Macam nak tercekik jugalah makan nasi briyani ni.  Mengkelan banyak kali babe.  Nasib baik ada kuah kari ayam.  Bolehlah makan. 
  
Kari Ayam.  Memang sedap.  Terasa kari dia.  Thumbs Up. Harga jangan tanya dah lupa. 

Roti Kosong.  Macam Roti Nan pun ada. 


 Pic courtesy of ripcitytoseoul.com

Pilaf Kebab Chicken.  

Bolehlah makan tapi kalau selalu tak lalu.  Nasib baik ada bawa sambal tempe ikan bilis.  Laju aje makan.  Ada juga order Pilaf Kebab Lamb, Turkish Kebab Lamb tapi gambar takdak.  Sori ek...  Lapar sangat sampai tak sempat ambil gambar.
Yang ini pula, kita orang punya favourite bakery kat Itaewon.  Paling sedap, dia punya baklava.  2nd day kat sana siap tapau baklava bawa balik guesthouse.  Last day pun sama, siap tapau balik Malaysia. Beratus juga beli baklava bawa balik.  Owner dia very friendly.  Siap bagi free sample lagi untuk kita orang makan.  Banyak pula tu.  Baker dia, Caleb masih kerja lagi kat situ.  Masih kenal lagi dengan kita orang.  Too bad tak dapat sembang macam dulu.  Sibuk di dapur kekdahnya.... 

4,000 won untuk 100gm  

Berbaloi beli sebab sedap.  Sesiapa yang ada sweet tooth bolehlah borong ya.  Rasanya taklah manis sangat.  Tapi kalau yang ada diabetes makan sikit aje.


Kalau ke Seoul, korang tak perlu risau pasal makanan halal sebab banyak restoran halal kat  Itaewon tu.  Keluar aje subway berderet-deret restoran halal sampailah ke Masjid Seoul.  Supermarket halal pun ada.

Ps.  Sampai sekarang tak jumpa baklava yang sedap  kat KL ni macam Caleb buat.  
Ayam Bakar
Empal Bakar
Ayam Penyet


Sedap makanan kat sini.  Harga reasonable.  Paling suka sambal yang dihidangkan dengan nasi.  Tapi awas, kalau tak tahan pedas, colek sikit aje.  Nanti tercungap-cungap menahan pedas. 


Recommendations:  Ayam Bakar, Empal (Daging) Bakar & Gado-Gado



Ombak Rindu

Yang ini tak ada nama.  Lupa dah.

Burger KLCC.   Tak ada rupapun.

Hari tu ada post kat blog pasal burger bakar kan.  Jadi satu hari tu adalah pergi kedai Burger Bakar kat Seksyen 2, Wangsa Maju.  Sampai aje kat sana, mak aiiii punyalah ramai yang mengorder.  Beratur panjang pulak tu.   Since memang xnak tunggu berjam-jam, kita orang pun pergi pulak Rawang Burger Bakar kat Seksyen 5 Wangsa Maju.  Rawang Burger Bakar ni letaknya dalam Arena cafe satu deret dengan Toyota showroom. Nampak macam tak ramai orang.  Bila order dia kata 1 jam lagi siap.  Kalau setakat 1 jam takde hal sebab kita orang balik mandi dulu, pastu cukup time pergi ambil.  Lagipun rumah dekat.  3 burger RM45.00 share 5 orang.  Nak kata sedap bolehlah.  Sama aje rasa antara satu sama lain.  





 Dah lama tak pekena sup.  Hari Jumaat lepas singgah kat Restoran Husin, Taman Setapak kat belakang masjid baru dekat Jalan Pahang.  Boleh tahan sedap dan lebih sedap lagi dari sup kat Dorai tu.  Kat Dorai tu mahal dan cekik darah.  Sup ni kalau cicah dengan roti, perghhhhh....



Sup Daging

Sup Tunjang

Sup Ayam & Telur

Popiah

Selalunya yang popular kat sini; sup dan popiah.  Segala jenis sup ada, aku lebih suka sup telur ayam tak jadi  (kira telur ayam yang belum menetas dalam perut mak ayam) dan sup daging.  Kedai ni dulu asalnya kat tepi jambatan kat Taman Setapak ni, lepas tu kena roboh sebab bagi laluan pembinaan Duke Highway dan berpindah kat shoplot kat Taman Setapak ni.  Kalau yang teringin  nak pergi, dari Jalan Pahang ke Jalan Genting Kelang.   Lalu aje depan masjid ni terus bagi signal kiri.  Belok kiri, alan terus sikit belok kiri lagi betul-betul kat masjid baru (yang kat belakang tu).  Nampaklah restoran tu.

Lalu depan ni pastu belok kiri.  
Kedai sup ni kat belakang masjid baru