Nak cerita sikit pasal holiday trip kami ke Malang dan Surabaya, Indonesia baru-baru ini.  Kalau ikut plan, nak ke Jepun.  Tapi oleh kerana anak sulung baru mula kerja dan dapat cuti 2 hari terpaksa divert ke Malang dan Surabaya.  2 malam di Malang dan 2 malam di Surabaya. Oleh kerana waktu yang kami pergi jatuh pada cuti umum  di sana, maka malanglah nasib kami kerana jalan sesak kerana semua pun nak bercuti. Konsep cuti kami seperti cuti-cuti yang lepas ialah SANTAI.  So tak adalah nak terkejar sana terkejar sini.  Rasa nak pergi, kita orang pergi.  Rasa nak lepak, kita orang lepak.  



Lawa sangat permandangan dari atas... terpana sekejap

HARI PERTAMA


Untuk makluman, kami menggunakan khidmat brader supir.  Brader supir ni sebenarnya kawan akak punya suami punya uni classmate yang ada company travel agency kat Surabaya. Si abang tak dapat nak entertain sebab menunaikan umrah.  Jadi dihantarnya si adik jadi supir kami.  Bolehlah.    

Kami sampai di airport jam 9.20 pagi ikut pesawat Malaysia Airlines.  Sampai di airport, kami minta brader supir ni hantar kami ke restoran dulu sebelum memulakan perjalanan ke Malang. Lapaq babe. Ingatkan restoran biasa-biasa sekali dia bawa ke restoran ini.  Restoran ni dekat dengan airport.  Tepi jalan aje. Harga pun faham-faham je lah. Lantaklah, janji kenyang.  


Kedai baru nak mula bisnes for the day. Service very the slow.  Pelayan perempuan openly tengah bersiap depan customer.  Selamba aje. Lantaklah. 

Minta soto ayam. Ingatkan datang dengan nasi himpit. Namun haram. Kena order asing.  Nasi himpit tak ada. Order nasi kosong.



 Anak akak ni kalau tak ada hidangan ayam tak sah. Boleh stress depa ni


Permandangan on the way ke Malang.  Malang sungguh. Jam teruk.  4 jam lebih baru sampai.  Oh no... Nasib baik dah makan.


Epal di mana-mana.  Tak payah beli.  Tak sedap.  Sedap lagi buah bidara. 

HOTEL PENGINAPAN - 


Untuk penginapan, kami memilih Hotel Swiss-Belinn Malang untuk 2 malam.  Sebab apa kami memilih hotel ni? Sebab dekat dengan shopping mall.  Tak ingat mall apa.  Tak pergi pun sebab kesuntukan masa.  Hotel cantik, bilik agak kecil tapi yang penting; comfortable. Ruang solat dalam bilik pun cukup-cukup.  Hotel kami booking dengan Agoda aje.

Disebabkan kepenatan kali ni macamana boleh termiss ambil gambar bilik hotel. Sorang pun tak teringat nak ambil gambar bilik. Aiseymen, tepuk dahi.... 


 Gambar hotel semua courtesy of Mokcik Google
Bagus hotel ni.  Masa check-in, siap bagi kami juice sorang satu.  Memang macam tu ke?  Tempat lain tak ada pulak. 

Bilik ni exactly yang kita orang dapat.  Kecik kan? Tapi ok aje.  Janji tidur lena.  Room service pun bagus. Kami ada order late night dinner.  Sedap.

 Jamban pun cantik tapi dapat kat anak teruna akak lecah jadinya.

Coffee house ni bersebelahan dengan swimming pool.  You can choose to eat outside or inside.  Kita orang makan kat dalam aje. Malas nak makan kat luar sebab kat luar tu dah macam chimney pot gayanya.  Asap rokok penuh.  Great buffet breakfast.  Wide variety of food selection.  Puas hati.  Akak bagi 5 bintang.



MUSEUM ANGKUT




Sebaik aje sampai di sini, hujan turun dengan lebat sekali.  Untuk makluman, kami dapat diskaun kerana kami tourist.  So kami diminta terus ke ofis, tunjuk passport.  Staff sana akan photocopy muka dengan passport kita, then bayar kat dia orang.  Tak ingat berapa kena bayar.

Nak cerita lebih lanjut pasal museum ni tak pandai sangat.  Tapi antara tempat yang wajib korang pergi kalau berkunjung ke Malang.  Segala jenis pengangkutan semua ada di sini. Bapa lori pun ada.  3 jam kami kat museum ni.  Hujan bukan main lebat.  Lama pulak tu.  Nah, layan gambar.











 Macam nak naik.. tapi kang takut jatuh pulak.. Tak ke nanya.. Tak pasal-pasal kena bayar gantirugi...










Favourite akak ni..



Macam Paddington Bear.. Iya lah kot..

 Mr. Bean pun ada ko... 


Balik ke hotel pun seksa juga. Dekat 2 jam lebih.  Nak dekat jam 10 sampai hotel. Minta berhenti kat kedai makan pun seksa.  Kedai makan kehabisan makanan. Oh mai god sekali lagi.  Kesudahannya sampai hotel order room service. Nasib baik sedap.

 Nasi Goreng Seafood

 Nasi Ayam Penyet









Weekend lepas kami ke Rantau Panjang, Kelantan.  Saja-saja jalan.  Memang tak pernah jejak Kelantan sebelum ni.  Paling jauh pun, Terengganu lebih 20 tahun dulu.  Teruk kan? Negara lain dah pergi tapi negeri dalam Malaysia pun ada yang tak jejak lagi. 

Seawal 6.20 pagi dah bertolak dari rumah.  Kali ni tak guna Waze, sebab Waze ni dalam Kuala Lumpur pun mengarut. Segala ceruk dia bawa.  Tak mustahil lalu belakang jamban orang.  Sabar jer lah. Jadi kami guna Google Map aje.  Kalo ikut destinasi akan sampai dalam 5 jam setengah.  Musykil juga sebab cepat benar sampai ke destinas.  Kalau ikut Waze dalam 6 jam lebih.  Pada firasat kami, mungkin jalan kurang sesak. Itu yang boleh sampai cepat. 

Memang benar kami sampai dalam 5 jam setengah lebih sikit  (+- isi minyak, pi toilet). Rupa-rupanya jalan yang dibawa oleh Google Map ni lagi dashyat dari Waze.  Dah hampir sampai Gua Musang, disuruh belok ke kiri.  Kesudahannya kami lalu kat jalan yang agak sunyi, jalan sempit, jalan tanah merah dan paling win, kena seberang jambatan kayu.  Kalau tahu nak kena seberang jambatan ni, memang tak guna jalan yang Google Map suruh ikut.  Menurut mokcik google, jambatan ni dipanggil Jambatan Sungai Nenggiri. Tiap kali musim hujan sure tenggelam jambatan ni.  Seram babe. Satu lane pulak tu. Mujur tak hujan walaupun hari agak mendung.  Mujur time balik kami ikut Machang - Kuala Krai - Gua Musang.

Layan ya gambar-gambar di bawah..


Tiba-tiba boleh pulak sampai ke Sg. Kolok.

Lain macam nama kedai ni.. tapi hakikatnya begitulah ejaan dan sebutannya....




Sebelum check in hotel kami singgah makan kat medan selera ni.  Makan besar kami petang tu.  Nak bagitahu kat mana pun kami tak sure.  Banyak sangat lorong.

Yang ni pulak, tengah berjalan balik ke hotel terjumpa pulak gerai ni.. sempat beli bungkus pulut mangga untuk di makan di hotel.



 Green View Boutique Hotel, Sg. Kolok. Terletak agak tersorok dari main road.  Di kelilingi rumah persendirian, bangunan tinggal, kedai dan restoran.  Balcony bilik kami betul-betul mengadap bangunan tinggal.  OMG, scary I tell you.  Sebiji macam sekolah dalam citer hantu Make Me Shudder.  Lupa pulak nak snap gambar.  Kang snap keluar pulak benda yang tak sepatutnya.  Akak katup aje langsir tu all the time. Hahahaha..






Bilik yang agak luas. Kami ambil 2 bilik.  RM120 satu malam untuk 1 bilik.  Berbaloi.  


Bilik mandi yang luas

  

Disebabkan kami keluar mencari makan malam agak lewat, Gerai brader ni aje yang kami jumpa.  Nak kata lewat tak jugak.  Dalam jam 8 lebih gitu. tapi time kita dalam 9 lebih.  Jarak antara hotel dengan gerai ni dalam 400 meter gitu. Sebelah jalan keretapi. Jenuh menapak sampai hotel.  Hujan pulak tu.. 

Special dari Sg. Kolok.  Daging Burger salut Roti Canai. Recommmended gitu.  Brader nih siap tanya "Kak, KL ada jual macam ni ke?".  Memang tak adalah jawab akak.


Yang ini pun special jugak.  Lupa tah apa kat dalam dia..


 Berhadapan hotel ada restoran halal tapi tutup pulak..



Tak tahu nak panggil apa.. macam nasi biryani pun ada.. macam nasi minyak pun ada.. macam nasi ayam pun ada...


Sarapan pagi di salah sebuah restoran halal berdekatan hotel.  Bersebelahan dengan sekolah. Nak cakap sedap, tak adalah sedap mana tapi bolehlah.. Nak alas perut.

Kami check-out dari hotel dalam jam 11.30 pagi waktu Siam dan sampai ke Rantau Panjang dalam jam 1.00 tengahari.  Sekejap aje dah sampai.  Naik motor aje.  Kami 5 beranak.  5 motor kami naik.  Padahal ada aje shuttle bas dari hotel sampai imigresen.  Lepas shopping sikit di Rantau Panjang, kami bertolak ke KL dalam jam 4.00 gitu dan sampai di rumah dalam jam 11.00 lepas singgah di Restoran Lemang To'ki untuk makan malam. 








Pun tak sedap mana makanan di restoran ini. Mungkin tak kena dengan selera. 
Salam sejahtera kepada semua. Diam tak diam, sudah beberapa tahun berlalu tanpa akak buka pintu rumah ni.  

Insha Allah akan cuba buka segala pintu, tingkap rumah ni untuk tatapan umum. Itu pun kalau ada yang sudi singgah di rumah ini.

Masih belum terlambat rasanya untuk kakak ucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua.  Semoga hari ini lebih baik dari semalam dan membawa keberkatan kepada semua, insha Allah.


Ok, seperti yang dijanjikan akak nak kongsi cerita pasal trip akak sekeluarga ke Xián, China pada Christmas tahun lepas.  Akak cerita ringkas-ringkas aje ya.

Seperti biasa, bab parking, kita orang parking kat Putrajaya Sentral saja sebab situ parking paling murah.  Banyak boleh jimat dari parking kat KLIA.  Bermula Januari 2016 rasanya rate parking dah naik dalam RM10.00 satu hari.  Kira okaylah tu. Dari situ kita orang naik ERL ke KLIA 2.  Kalau dulu tambang seorang dalam RM6 lebih gitu.  Sekarang dah naik tapi tak adalah membebankan.  

Pengalaman dalam flight dengan ramai pelancong Xián cukup tak berkenan. Rasanya bukan akak sorang.  Passenger lain pun sama.  Suasana kecoh macam pasar dari mula terbang sampailah mendarat.  Bercakap macam nak bergaduh. Bingit telinga. Steward/Stewardess pun kita boleh tengok dia orang tension.  Rata-rata tak nak dengar cakap.  Suruh off handphone, degil, suruh duduk tak mau. berebut tempat duduk. Macamlah tak ada nombor seat kat tiket dia orang. Macam-macam kerenah. Sampai ada sorang stewardess ni dah gaya macam cikgu besar akak tengok.  Garang bila bercakap dengan tourist ni.  Katanya kebanyakan pelancong Xián ni tak nak dengar kata. Itu yang terpaksa jadi garang. Kesian juga ya.  Kalau akak tak sanggup layan karenah dia orang. 

Peristiwa yang tak dapat lupakan, dengan selamba passenger kat seat sebelah aisle tu boleh tukar skirt dia dan pakai seluar di seat dia.   Mau tak terkebil-kebil mata memandang. Termasuklah suami akak.   

Sebaik sampai kat airport ingatkan dah tak ada episod macam kat atas flight tadi. Kot-kot dah civilise sikit perangai masing-masing.  Hampeh... masih juga perangai yang sama.  Siap serbu kaunter imigresen like there's no tomorrow.  Kita yang beratur elok-elok  dengan selamba dilanggar dan dipotong queue. Seriously.  Passenger flight lain yang sama bangsa dia orang pun sama perangai.  Typical. Kesudahannya, kami paling last keluar dan masa tu dah dekat jam 12.30 tengah malam.

Keluar aje kat arrival hall, driver pun dah tunggu.  Nasib baik driver tu baik nak tunggu.  Rasanya kalau taxi driver mungkin dah angkat kaki.  Driver ni kami booking direct dengan hostel yang kami stay. 

P.S. Akak skip pasal sejarah Xián dan bla-bla-bla sebab mesti semua orang dah tahu pasal Xián ni.  Kalau tak tahu pun bersepah kalau google sana sini ya.  Terima kasih.

HOSTEL

Memandangkan first time sampai ke Xián, kita orang pilih hostel yang berdekatan dengan Muslim Quarter dan segala kemudahan seperti pengangkutan, 7-E dan lain-lain. Jadi pilihan kami, Ancient City International Youth Hostel.  Itupun jenuh google sana sini.  

Urusan mendaftar hostel senang aje sebab booking guna Agoda, so just tunjuk email Agoda tu saja.  Lagipun, sampai dalam jam 1 pagi lebih.  Semua dok buat taik mata.  


 Gambar diambil keesokan hari dari tepi. Tak berapa jelas sangat. 

Dari luar nampak sempoi aje.  Cuba pulak intai ke dalam.

Teringin nak pegang kayu snooker tu.  Nampak mengamcam. 


Ini diambil dari Reception Area.  Memang happening kat sini.  Bak kata anak akak.. Hebat!!!  (yang hebat interior aje).  Yang lain-lain biasa saja.

ACCOMMODATION

Tengok gambar bilik pula.  Disebabkan hostel ni tak ada family room aka bilik berlima, maka terpaksalah book Double dan Triple Room.  So berpecahlah kami berlima.  Yang perempuan ambil bilik triple, yang lelaki ambil bilik double.  Nasib baik dapat berdekatan. Bilik agak kecil tapi selesa. Untuk makluman, hostel ni ada dorm juga tau.  Ramai benar mat salleh time ni.  Maklumlah, cuti X'mas.

Triple Room.  

Double Room

Keseluruhan kos 2 bilik untuk 5 malam adalah RM1,200++.  Kira berpatutanlah juga.

Nak bagi rating untuk bilik ni boleh tak?  Keseluruhan akak bagi 6 bintang aje walaupun selesa.  Cleanliness wise, tak berapa nak setuju sangat  sebab cleaner sapu lantai guna penyapu.  Padahal bilik berabuk habis.  Bawah katil pun dia tak sapu.  Apa salahnya kalau guna mop basah atau vacuum.  Bilik air ok.  Lupa pula nak ambil gambar bilik air dia.  g aje ala-ala penyapu.  




Minta maaf sebab lama sungguh tak update blog ini.  Tahun 2016 pun dah suku tahun berlalu.  Tak sempat nak ucap Selamat Tahun Baru ke apa.  Walau macamanapun, akak harap tahun 2016 ini lebih baik dari tahun yang sebelumnya.

Pasal apa tak update?  Sebab  malas pun ya, sibuk pun ya.  Kalau ikutkan memang sibuk memanjang.  Nak-nak dekat ofis akak ni. Nak masuk blog pun susah.  Kejap-kejap kena panggil dengan bos, kejap-kejap orang ni call, kejap-kejap orang tu nak tu.  Memang tak menang tangan.  Nama pun pejabat.  Of courselah kena buat kerja.  Takkan  makan gaji buta kot.  Cuma petang ini akak curi masa sikit sementara nak tunggu time balik.

Banyak yang nak diceritakan tapi tak tahu nak mula kat mana.  Esok lusa insha Allah akak akan update.   


As salam semua, harap semua sihat-sihat hendaknya.  Hari ni akak terpanggil nak cerita pasal sarapan pagi yang akak dan abang makan kat satu gerai ni.  Al kisahnya, semalam pagi rasa nak makan capati seperti yang dicanang-canang kawan-kawan dan juga disiar di TV sedikit masa dulu.  Famous katanya.

Oleh sebab berdekatan dengan rumah, sepantas kilat kami pergi. Pelanggan memang ramai masa tu tapi tak adalah sampai penuh tempat duduk.  Akak dan abang order capati sorang 2.  Kuahnya kari daging cincang.  Itulah, tamak lagi mengorder. Iyalah, jangkakan sedap sebab tengok tukang buat capati tu tak memang tangan.

Sekali makan, alahai.... tak kena dengan selera tapi bolehlah.  Abang pun macam tu juga.  Nak buat macamana, dah order makan sajalah. Itulah, kadang2 kalau kawan-kawan beriya-iya promote tempat makan itu sedap, ini sedap, memang susah sikit nak percaya. Sekadar nak mencuba tak apa.  

Maaf gambar kurang memuaskan.... 

P.s.  Balik rumah akak kena alahan yang teruk.. Mungkin sebab makanan atau habuk. Wallahu a'alam.