Keluar dari Cheongyangni subway terus nampak Stesen Keretapi Cheongyangni sebelah kanan. Naik escalator untuk terus ke kaunter tiket

Kaunter tiket ke Gapyeong Stesen di hujung sebelah kiri

Dalam keretapi KORAIL ke Stesen Gapyeong


Stesen Keretapi Gapyeong

Perhentian teksi di depan Stesen Gapyeong. Ambil teksi di sini untuk ke Jeti Nami

  • Naik subway Line 1 ke Stesen Cheongyangni. Keluar dari stesen dan ikut signboard ke Stesen Keretapi Cheongnangyi. Masuk ke dalam stesen. Kaunter tiket terletak di hujung sekali sebelah kiri. Beli tiket untuk ke Stesen Gapyeong. Tiket berharga 3,800kwn sehala.

  • Setiba di Stesen Gapyeong keluar dan jalan ke depan sikit. Boleh nampak banyak teksi di perhentian teksi. Naik teksi untuk ke Jeti Nami. Pemandu teksi akan berhenti di stesen teksi berdekatan dengan Jeti Nami. Jalan kaki sikit aje dan boleh nampak kaunter tiket ke Nami Island. Masa balik pun ambil teksi di sini. Cakap nak pergi Gapyeong Train Station. Fahamlah driver tu.

  • Tiket ke Nami Island berharga 8,000kwn untuk pergi dan balik menaiki feri. Makan kat sana kena bayar ya. Kalau tak silap ada kedai makanan halal tapi masa kita orang pergi haram tak jumpa sebab tak larat nak jalan. Cuaca terlampau sejuk sampai naik kejang badan. Lagipun kita orang bawa bekal; roti cream, biskut, potato Pringles, air mineral dan coklat.

  • Waktu nak balik jangan lupa beli tiket keretapi kat Stesen Keretapi Gapyeong. Perkhidmatan dia tak ada jual tiket pergi dan balik ke Seoul. Time tu nak pegi time tu kena beli. Sama juga time balik.
Nami Island





Buchon Hanok Village, Changdeok Palace, Itaewon, Namsan Tower
  • Pagi - Sarapan disediakan di Namsan 2 Guesthouse; roti buku, noodles, kopi, teh, butter, peanut butter. Kami bawa sendiri makanan seperti roti, energy bar, nutella, milo dan nescafe 3 in 1, coklat, potato chips, biskut dan macam-macam jenis makan. Penuh satu beg. Macam inilah scenario kami bila keluar negara . Makanan halal mesti diutamakan dulu. Lepas tu ubat-ubatan. dan seterusnya.
  • Selesai sarapan kami terus ke stesen Myeondong untuk ke destinasi pelancongan pertama dalam itinerari, Buchon Hanok Village. Mujur stesen Myeondong berdekatan dengan tempat penginapan kami. Kira-kira 3 minit berjalan kaki. Ketika ini cuaca amat sejuk. Masing2 menggigil kesejukan. Iyalah, di Malaysia mana ada 4 musim. Kena pulak musim sejuk. Mau tak gigil.
  • Pertama kali beli tiket keretapi terpaksa minta bantuan pegawai yang bertugas di Stesen Myeondong. Lepas diajar cara-cara membeli tiket sekejap saja anak-anak dah boleh pick-up. Senang saja. Kira lulus ujian pertama. Ada banyak lagi ujian yang nak kena tempoh.
  • Perjalanan mengambil masa kira-kira 15 minit. Sekejap saja. Keluar dari exit 3 terus ke tempat yang hendak dituju. Oleh kerana banyak simpang, maka kami berpusing-pusing di kawasan yang sama selama 30 minit. Pening juga mencari Buchon Hanok Village ni. Rupa-rupanya tempat yang kami pusing itulah Buchon Hanok Village. Cuma berlainan simpang aje. Di sini banyak rumah-rumah tradisional lama yang masih lagi didiami oleh penduduk setempat. Memang cantik rumah-rumah lama di sini. Masih terjaga dan dipulihara.

Buchon Hanok Village


Changgyeonggung Palace

  • Destinasi kami seterusnya, Changgyeonggung Palace yang terletak berdekatan dengan Buchon Hanok Village. Kami berjalan kaki sahaja ke sana. Ada juga terserempak dengan famili dan pelajar dari Malaysia. Masing-masing bagi salam dan senyuman.
  • Kagum dengan keindahan Changgyeonggung Palace ni. Memang cantik. Kami berada sini tak lama lebih kurang 30 minit dah keluar sebab masing-masing sudah lapar. Sempat juga ambil gambar sini sana.

Itaewon


  • Itaewon; syurga makanan halal di kota Seoul bagi kami sekeluarga. Sebaik keluar dari stesen Itaewon, kiri kanan semua ada kedai makanan halal. Untuk hari pertama, kami memilih untuk makan di Foreign Restaurant. Memandangkan hari ini hari Ahad restoran ini turut menyediakan sajian buffet selain Ala Carte. Kami memilih buffet. Makanan boleh tahan ala-ala Pakistan. Nak kata sedap, biasa-biasa saja. Janji perut tak lapar. Harga agak mahal sedikit tetapi memang dijangkakan. Kena dalam 80,000kwn lebih kurang RM200++ untuk 5 orang.

Namsan Tower






  • Pada sebelah malam kami berjalan kaki ke Namsan Tower dari Namsan Guesthouse, tempat kami tinggal. Kalau ikut jam baru pukul 6.30 petang, (waktu Malaysia 5.30 petang) tapi di sini jam 4.30 dah mula gelap. Jarak perjalanan ke Namsan Tower dari guesthouse lebih kurang 10 hingga 15 minit berjalan. Termengah-mengah juga ke Namsan Tower sebab jalannya bercerun, seakan-akan mendaki.

  • Kami membeli tiket cable car one way untuk ke Namsan Tower dan turun sendiri. Pada ketika ini stesen cable car penuh dengan pengunjung walaupun pada hari Ahad. Permandangan dari kaki bukit Namsan Tower begitu cantik sekali.


  • Perjalanan turun dari Namsan Tower mengambil masa sedikit kerana ingin menikmati permandangan kota Seoul yang mengasyikkan. Terasa macam tak mahu turun tetapi sebab tak tahan sejuk, turun jugaklah. Seperti biasa, ambil gambar sana sini.


  • Sampai guesthouse, prepare makan malam; maggi dan nescafe panas, tengok tv walaupun tak faham dan tidur.









Syukur alhamdulillah, pada bulan lepas saya bersama keluarga berpeluang melancong ke Korea Selatan selama seminggu. Pengalaman ini saya kongsi bersama

  • Seawal jam 8.00 pagi saya sekeluarga bertolak ke Stesen Putra di kawasan perumahan kami untuk ke Stesen KL Sentral bagi menaiki bas ke LCCT. Sempat singgah di McDonalds untuk sarapan pagi

  • Tiba di LCCT pada jam 10.30 pagi. Terus ke kaunter check-in. Urusan kaunter agak lembap disebabkan hanya 2 kaunter beroperasi. Sempat membeli kudapan untuk dimakan sementara menanti panggilan ke pesawat.

  • Pesawat berlepas mengikut jadual pada jam 1.55 tengahari. Perjalanan yang agak lama iaitu 6 jam. Bermacam-macam ragam penumpang atas pesawat. Lucu, geram, marah pun ada. Biasalah tu. Aktiviti kami sekeluarga for the next 6 hours; makan, minum, tidur, jalan-jalan sekejap, tidur balik sampai bosan. Ini baru 6 jam, belum 13 jam. Aduhhh, bosannya. Agak-agak macamana kalau trip lepas ni ke New Zealand. Mau telan ubat tidur ni. Muahahaha.

  • Pesawat selamat mendarat tepat jam 9.10 malam di Incheon Airport. Syukur alhamdulillah, sampai juga di bumi Korea Selatan. Suhu ketika ini 8 darjah celcius. Sejuk tu. Rata-rata penumpang masing-masing sudah memakai pakaian tebal (winter clothing). Urusan mengambil bagasi, imigresen dan kastam berjalan lancar tanpa masalah.

  • Perjalanan ke tempat penginapan, Namsan 2 Guesthouse berjalan lancar kerana tempahan teksi telah dibuat seawal sebulan sebelum pergi melalui forumer cari. Cik Jelita, terima kasih banyak-banyak.

  • Tiba di Namsan 2 Guesthouse lebih kurang jam 11.15 malam. Terus check-in dan settle down. Sangat berpuas hati dengan sleeping conditions guesthouse ini. Bilik besar, lantai heated. Bilik mandi in tip-top conditions. Ada LCD TV 42" di dalam bilik. Very big kitchen for guest's use across the room. Semuan ya fully-equipped. Sempat masak maggi sebelum tidur sebab lapar sangat-sangat.

Namsan 2 Guesthouse - VIP Room







View From Namsan Tower




Namsan Tower


Kawasan Buchon Hanok Village

Itaewon


Masjid Seoul di Itaewon

The Famous Nami Island



Wishing Each New Day Brings Us
Happiness, Prosperity, J
oy & Continued Success