Korea lagi. Masuk kali ni sudah kali ke 2 ke Korea Selatan.

Niat asal nak ke Jepun. Tapi bila fikirkan nak kena study & buat homework pasal Jepun ni yang lemah sikit. Anak-anak pula nak ke Korea sebab minat sangat dengan K-Pop. Yang bapa pula menurut aje cakap anak-anak.



Kami masih lagi stay di Guesthouse yang sama seperti dulu, Namsan Guesthouse 2 VIP Room, di bilik yang sama. Keadaan bilik, bilik air dan dapur tetap tidak berubah seperti dahulu. Cuma staff sahaja yang berubah. Terasa macam balik kampunglah pulak. Seperti biasa breakfast disediakan; ramen, kopi, teh, roti dan butter.


VIP Room di Namsan Guesthouse 2 for 5 pax
@ 100,000kwn per night (RM275.00)


Banyak juga tempat yang dah dirancang tak pergi; World Cup Stadium, Everland, Trick Eye Museum, Namsan Tower (walaupun dekat sangat dengan tempat kita orang tinggal). Han River pun tak pergi.  Huhuhu. Tapi 3 kali jugalah lalu Han River ni.

Tempat paling jauh kita orang pergi; Suwon dan Bupyeong Underground Market, Incheon. Lain-lain tempat dalam Seoul saja; Namdaemun, Deoksugung Palace, Dongdaemun, Myeondong (hari-hari), Itaewon (hari-hari), Seoul Animation Centre, KBS Building.

Kali ni lebih banyak kepada program free and easy sebab kita orang nak rehat secukupnya. Kat rumah bukan tak boleh rehat tapi banyak sangat gangguan. Kejap ada orang datanglah, nak masaklah, nak basuh bajulah, nak itulah, nak inilah dan segala-gala macam nak buat. Di sini, acara kita orang bermula jam 11.00 pagi dan berakhir dalam kul 9.00 malam. Penat tu penat tapi tak rasa sangat sebab cuaca sejuk. Cuma kaki saja yang tak tahan. Penat menapak. Maklumlah pergi mana-mana semuanya menapak. Naik train, naik bas. Kena jalan 2, 3 kilometer pun ada. Kena panjat tangga lagi. Tangga dia bukan macam kat sini. By the time balik bilik semua tersadai terlentang.

Nah! Tengok tangga dia. Kalau kena escalator rosak, 
mau tak pitam panjat tangga.  Kalau aku rasanya dlm kategori merangkak sampai kat atas tu. Kalau dah biasa oklah tu.
Itaewon

Seoul Mosque, Itaewon. Hari-hari singgah sini.


Permandangan dari National Assembly Building Station.
Masa ni baru balik dari KBS dan Hendel and Gretel


Hendel and Gretel

Dari dalam Deoksugung Palace
Dapat ambil gambar siput kat Cheonggye Plaza aje.
Ini saja yang dapat ambil sebab bateri kamera dah habis.






Figurines kat Seoul Animation Centre.  
Comel-comel belaka
 Ladies @ Seoul Animation Centre
Men's @ Seoul Animation Centre


HASIL SHOPPING
Tak adalah banyak manapun.  Paling banyak pun kasut sukan.  Kebetulan tengah sale.




Beli kat kedai CD @  Station Myeondong


Kedai bag kat Suwon.  Malas nak fikir beli apa terus
 rembat 6 bag untuk mak, makcik, mak mertua.
Tak elok pun tak apa janji ada buah tangan.


Selang 2 hari balik ke Malaysia dari Bandung, Indonesia, kami ke Singapura pula.  Kami naik keretapi aje.  Kali ni pergi berlima aje.  Kalau pergi ramai-ramai sure rabak poket.  Iyalah, kalau bawa mak dan mertua takkan nak suruh dia orang bayar.  Macam biasalah kalau naik KTM ni mestilah lambat perjalanannya.  Railway track pun satu aje.  Dari dulu sampai sekarang.  8 jam jugalah duduk dalam train.  Kena pulak sakit kat Bandung hari tu tak baik-baik lagi.  Apa lagi, demamlah jawabnya kat dalam train.  Nasib baik ada bawa ubat.  Telan ubat lepas tu tidur.  Apa lagi yang boleh buat dalam train selama 8 jam.  Kalau ikutkan tak nak pergi tapi memandangkan hotel dah bayar dan tiket Universal Studio dah beli, terpaksalah pergi.  Kalau tak pergi kali ni belum tentu hari lain boleh pergi. 


Keretapi berhenti di stesen di Woodlands Checkpoint. Dari Woodlands Checkpoint kita orang naik bas nombor 178 ke Stesen MRT Woodlands dan dari situ ambil MRT terus
ke Bugis untuk ke  Landmark Village Hotel. Leceh naik MRT ni.  Sudahlah sesak, kena pula berdiri hampir satu jam.  Macam nak tercabut kaki beb.  Tu lah siapa suruh pergi time Christmas. Kan..kan..kan..




Ada direction untuk ke Stesen MRT yang berdekatan.
Kita orang naik bas no. 178



Landmark Village Hotel. Dah dua kali menginap di sini.
Lokasi strategik. Dekat sangat dengan restoran Zam Zam,
Masjid Sultan dan Bugis Junction. Jalan kaki aje.

Bilik Hotel (tempah pakai Asia Rooms)

Permandangan dari tingkap bilik hotel. Cuaca tak berapa nak cerah.

Masjid Sultan seberang jalan

Orchard Road on Christmas Day. Sesak. 
Kalau boleh janganlah pergi Orchard Road time ni.  
Nak jalan pun susah weiiii... Dah jadi macam Jalan Silang.
Sesak dengan foreigners. 

Nak berjalan pun tak seronok.



Makanan wajib, Murtabak, Nasi Briyani.
Nasi Briyani dah ngap habis.  Tak sempat bergambar.

Siap bungkus awa balik KL.

Fridge Magnet


Coklat - Barang wajib beli. Murah. Kalo kat KL mahal lorrrrr....

Beg corak paisley tapi bukan buatan Singapore ponggg...  
Siam mari..

Percutian yang paling tak seronok sebab semua ahli keluarga; mertua, mak, makcik, adik ipar, anak saudara semua kena keracunan makanan / air. Kesudahannya, sempat ke Rumah Mode shopping pada hari pertama, tempah seluar jeans di Aria Jeans dan beli telekung di butik Sir Cinta di Pasar Baharu. Hari selebihnya, terbungkang atas katil demam, muntah dan cirit birit.



Penginapan di Hotel Cemerlang

Tempahan seluar jeans di Aria Jeans.
Ini pun kira nasib baik sempat tempah.
Kalau tak balik dengan tangan kosong aje.
Biasa tempah seluar jeans kat sini kalau ke Bandung



Terjumpa sign ini berdekatan dengan hotel. Serious lawak.


Makanan pertama sebaik sampai di Bandung. Nama restoran, Sangkuriang.
Rasanya makanan ini yang buat kita orang semua jatuh sakit.
Kalau bukan makanannya mungkin airnya.


Beli telekung di butik ini

Kedai makan di Pasar Baharu. Boleh tahan makanan dia.
Masakan Padang.


Trans Studio. Tak masuk pun sebab dah malam.
Saja singgah untuk makan malam di food court

dan beli Donut JCo untuk bawa balik ke hotel
.


Tak banyak gambar dapat ambil sebab semua sakit. Hazab betul masa tu. Bayangkan tiga famili kena sekali gus. Nasib baik ada bawa ubat-ubatan dari Malaysia. Kalau tak naya nak cari apotek.


Flight ditunda lebih dari 2 jam. Kena pulak hujan lebat.
Inilah penangan kalau satu family gila bola. Kalau nak tahu, ibaratkan makan bola, tengok bola, tidur mimpi bola, pakai baju bola, itulah family saya. Tak ada cerita lain melainkan cerita pasal bola aje. Tak kiralah perlawanan dalam Malaysia ke luar Malaysia ke semuanya ada. Selain Piala Dunia satu lagi kelab yang paling best ialah kelab terkemuka English Premier League; Manchester United, Liverpool, Arsenal, Chelsea. Kalau cerita pasal kelab-kelab ni semua boleh jadi gila. Hahaha... Kena pulak Liverpool, Arsenal dan Chelsea nak datang Malaysia bulan Julai ni, lagilah meroyan. Yang meroyan bukan saya, tapi suami and anak-anak. Anak sulung dan kedua sokong Manchester United, yang bongsu Chelsea, yang bapa pula Manchester City. Hentamlah korang. Bagi saya perlawanan bola sebegini biasa-biasa saja sebab tak berapa minat sangat. Sekadar tengok dan melalak kat padang bolehlah. Hahahaha... Bagi perlawanan kali ini, tiket untuk perlawanan persahabatan Chelsea dan Malaysia sudahpun dibeli. Apa-apa pun harap permainan sengit macam perlawanan dulu di antara Manchester United dan Malaysia pada tahun 2009.



Training Pass

Tiket


Kalau tak ada aral melintang, insyallah destinasi family vacation kami seterusnya ialah ke Bandung, Indonesia dan Singapore. Niat di hati pada penghujung tahun ini nak ke New Zealand, Jepun ataupun Seoul, Korea Selatan (sesi repeat) tapi memandangkan dua dari tiga destinasi yang disebutkan (Jepun dan New Zealand) masih dalam tahap berjaga-jaga akibat gempa bumi yang melanda baru-baru ini, maka hajat nak ke sana terpaksa dilupakan buat sementara waktu. Kena pula, masa terluang yang ada kali ini pada minggu ke dua bulan Disember, lagilah payah nak ke mana-mana sebab festive season (musim Krismas). Mana-mana destinasi ke luar negara pun semua mahal.

Untuk ke Bandung kali ini, kami akan membawa Rombongan Cik Kiah seramai 14 orang. Semuanya saudara mara. Tempat penginapan belum lagi kami tempah lagi sebab tak sure nak stay di mana. Selalunya kalau satu family kami stay di Hotel Cemerlang saja.

Bagi Singapore trip kali ini, seperti yang lepas-lepas, kami akan menaiki keretapi (KTMB) hingga ke Stesen Woodlands. Nak kena survey Stesen Woodlands ni sebab sebelum ni turun di Stesen Tanjung Pagar. Kata orang jauh juga kalau menapak dari Stesen Woodlands ni ke MRT yang terdekat. Tempat penginapan macam biasa di Landmark Village di Arab Street. Senang nak makan kat kawasan ni.




Sejak tahun 2009, aku ni peminat tegar Ebay.  Asal ada barang yang berkenan mesti Ebaylah sasaran aku.  Sebelum Ebay ni, selalu juga beli online.  Faham-fahamlah kalau beli online, of courselah barang mahal.  Biasalah orang nak meniaga, mesti nak untung punya.  Aku pula kalau nak membeli nak yang murah aje melainkan kalau laki aku yang bayar.  Hahahaha... Betul apa.... Jadi bila dah selalu beli rasa macam tak berbaloi beli mahal-mahal sedangkan boleh dapat murah lagi kat Ebay ni.   


Lama juga aku study pasal Ebay ni.  Adalah dekat 6 bulan.  Dah confident sikit barulah aku berani beli kat Ebay ni.  After first buy dah jadi macam addicted pula.  Sampailah sekarang.  Kalau nak beli apa-apa, aku akan beli kat Ebay aje.   Cakap aje apa benda semua aku beli kat Ebay. Handbag Coach (favourite aku), jam, cd korea, kasut, kain dalam, suaq dalam, semua aku beli kat Ebay...Hahaha...  So far, belum kena tipu lagi, alhamdulillah.  Minta-minta tak adalah kena tipu ek...



THE BIG SALE IS BACK.... Jangan lepaskan peluang anda.... Saya pun tak terkecuali....

Selepas lebih 3 jam berhempas pulas (macamlah buat kerja berat), akhirnya tercapai juga impian sebab dapat beli tiket ke Seoul, Korea Selatan bagi bulan Mac tahun depan. Kiranya balik kampunglah ni. Hahahaha.... Paling seronok anak-anak sebab boleh beli CD. Entah apa-apalah dia orang ni.