Sekiranya pada bulan Jun lepas saya sekeluarga bercuti ke Hong Kong dan Shenzhen, China, kali ini kami ke Seoul, South Korea. Sememangnya percutian ini memang dinantikan oleh kami sekeluarga memandangkan kami sudah lama memasang niat bercuti di negara yang mempunyai 4 musim. Kami memilih Korea Selatan kerana ianya paling dekat dengan Malaysia (6 jam perjalanan dengan kapal terbang) dan paling murah sekiranya dibandingkan dengan negara2 4 musim yang lain. Dan kebetulan pula, tarikh pemergian kami selama seminggu jatuh pada musim sejuk. Kalau bernasib baik boleh jumpa salji.
Seperti percutian yang lalu, percutian kali ini juga tidak menggunakan khidmat Travel Agency. Jadi segala-galanya perlu diatur terlebih dahulu dari A hingga ke Z. Alhamdulillah, semua berjalan lancar.

0 comments:
Post a Comment