Burger

Hari ini kita cerita psal burger pulak ya. Asyik cerita pasal travel, vacation memanjang boringlah pula. Ni nak tanya ni, siapa yang pernah dengar pasal Burger Bakar dan Burger Bob ni angkat tangan? Hahahaha. Mesti pernah dengar kan... Menurut kata kawan-kawan yang tinggal kat kawasan ni burger ni punyalah famous sampai orang yang tinggal sekitar Kuala Lumpur ni sanggup beratur lama nak buat pesanan burger ni.

Ingatkan weekend ni nak pergi terjah gerai Burger Bakar ni kat Seksyen 2 Wangsa Maju tu. Burger Bob pula dah pernah pergi dan pernah order tapi oleh kerana sistem order macam hampas kelapa terus cancel order tu. Bayangkan, tunggu 1 jam setengah masih  tanya suami "abang order apa tadi?" Kalau tanya sekali tak apa. Ini 3 kali tanya kita order apa. Betul-betul sakit hati dibuatnya. Harap-harap burger bakar kat sini, Seksyen 2 tak adalah macam gitu ya.  Dengar khabar, pakai nombor.


Adakah burger bakar tu menyerupai burger yang ni?

0 comments:

Post a Comment