Rawang Burger Bakar

Ombak Rindu

Yang ini tak ada nama.  Lupa dah.

Burger KLCC.   Tak ada rupapun.

Hari tu ada post kat blog pasal burger bakar kan.  Jadi satu hari tu adalah pergi kedai Burger Bakar kat Seksyen 2, Wangsa Maju.  Sampai aje kat sana, mak aiiii punyalah ramai yang mengorder.  Beratur panjang pulak tu.   Since memang xnak tunggu berjam-jam, kita orang pun pergi pulak Rawang Burger Bakar kat Seksyen 5 Wangsa Maju.  Rawang Burger Bakar ni letaknya dalam Arena cafe satu deret dengan Toyota showroom. Nampak macam tak ramai orang.  Bila order dia kata 1 jam lagi siap.  Kalau setakat 1 jam takde hal sebab kita orang balik mandi dulu, pastu cukup time pergi ambil.  Lagipun rumah dekat.  3 burger RM45.00 share 5 orang.  Nak kata sedap bolehlah.  Sama aje rasa antara satu sama lain.  




0 comments:

Post a Comment