XIÁN, CHINA - Intro

Ok, seperti yang dijanjikan akak nak kongsi cerita pasal trip akak sekeluarga ke Xián, China pada Christmas tahun lepas.  Akak cerita ringkas-ringkas aje ya.

Seperti biasa, bab parking, kita orang parking kat Putrajaya Sentral saja sebab situ parking paling murah.  Banyak boleh jimat dari parking kat KLIA.  Bermula Januari 2016 rasanya rate parking dah naik dalam RM10.00 satu hari.  Kira okaylah tu. Dari situ kita orang naik ERL ke KLIA 2.  Kalau dulu tambang seorang dalam RM6 lebih gitu.  Sekarang dah naik tapi tak adalah membebankan.  

Pengalaman dalam flight dengan ramai pelancong Xián cukup tak berkenan. Rasanya bukan akak sorang.  Passenger lain pun sama.  Suasana kecoh macam pasar dari mula terbang sampailah mendarat.  Bercakap macam nak bergaduh. Bingit telinga. Steward/Stewardess pun kita boleh tengok dia orang tension.  Rata-rata tak nak dengar cakap.  Suruh off handphone, degil, suruh duduk tak mau. berebut tempat duduk. Macamlah tak ada nombor seat kat tiket dia orang. Macam-macam kerenah. Sampai ada sorang stewardess ni dah gaya macam cikgu besar akak tengok.  Garang bila bercakap dengan tourist ni.  Katanya kebanyakan pelancong Xián ni tak nak dengar kata. Itu yang terpaksa jadi garang. Kesian juga ya.  Kalau akak tak sanggup layan karenah dia orang. 

Peristiwa yang tak dapat lupakan, dengan selamba passenger kat seat sebelah aisle tu boleh tukar skirt dia dan pakai seluar di seat dia.   Mau tak terkebil-kebil mata memandang. Termasuklah suami akak.   

Sebaik sampai kat airport ingatkan dah tak ada episod macam kat atas flight tadi. Kot-kot dah civilise sikit perangai masing-masing.  Hampeh... masih juga perangai yang sama.  Siap serbu kaunter imigresen like there's no tomorrow.  Kita yang beratur elok-elok  dengan selamba dilanggar dan dipotong queue. Seriously.  Passenger flight lain yang sama bangsa dia orang pun sama perangai.  Typical. Kesudahannya, kami paling last keluar dan masa tu dah dekat jam 12.30 tengah malam.

Keluar aje kat arrival hall, driver pun dah tunggu.  Nasib baik driver tu baik nak tunggu.  Rasanya kalau taxi driver mungkin dah angkat kaki.  Driver ni kami booking direct dengan hostel yang kami stay. 

P.S. Akak skip pasal sejarah Xián dan bla-bla-bla sebab mesti semua orang dah tahu pasal Xián ni.  Kalau tak tahu pun bersepah kalau google sana sini ya.  Terima kasih.

HOSTEL

Memandangkan first time sampai ke Xián, kita orang pilih hostel yang berdekatan dengan Muslim Quarter dan segala kemudahan seperti pengangkutan, 7-E dan lain-lain. Jadi pilihan kami, Ancient City International Youth Hostel.  Itupun jenuh google sana sini.  

Urusan mendaftar hostel senang aje sebab booking guna Agoda, so just tunjuk email Agoda tu saja.  Lagipun, sampai dalam jam 1 pagi lebih.  Semua dok buat taik mata.  


 Gambar diambil keesokan hari dari tepi. Tak berapa jelas sangat. 

Dari luar nampak sempoi aje.  Cuba pulak intai ke dalam.

Teringin nak pegang kayu snooker tu.  Nampak mengamcam. 


Ini diambil dari Reception Area.  Memang happening kat sini.  Bak kata anak akak.. Hebat!!!  (yang hebat interior aje).  Yang lain-lain biasa saja.

ACCOMMODATION

Tengok gambar bilik pula.  Disebabkan hostel ni tak ada family room aka bilik berlima, maka terpaksalah book Double dan Triple Room.  So berpecahlah kami berlima.  Yang perempuan ambil bilik triple, yang lelaki ambil bilik double.  Nasib baik dapat berdekatan. Bilik agak kecil tapi selesa. Untuk makluman, hostel ni ada dorm juga tau.  Ramai benar mat salleh time ni.  Maklumlah, cuti X'mas.

Triple Room.  

Double Room

Keseluruhan kos 2 bilik untuk 5 malam adalah RM1,200++.  Kira berpatutanlah juga.

Nak bagi rating untuk bilik ni boleh tak?  Keseluruhan akak bagi 6 bintang aje walaupun selesa.  Cleanliness wise, tak berapa nak setuju sangat  sebab cleaner sapu lantai guna penyapu.  Padahal bilik berabuk habis.  Bawah katil pun dia tak sapu.  Apa salahnya kalau guna mop basah atau vacuum.  Bilik air ok.  Lupa pula nak ambil gambar bilik air dia.  g aje ala-ala penyapu.  




4 comments:

  1. salam akak.
    saya setuju betapa sakitnya hati bila satu flight dengan kaum mainland ni. Bising, tak jaga kebersihan dan macam2 lagi lah.

    ReplyDelete
  2. salam akak.
    saya setuju betapa sakitnya hati bila satu flight dengan kaum mainland ni. Bising, tak jaga kebersihan dan macam2 lagi lah.

    ReplyDelete
  3. Salam perkenalan,
    Nampak blog ni masa tengah blogwalking kat blog nekcik...hehehe....;)harga youth hostel tu ok kan... lagi pulak senang nak crik makan...

    ReplyDelete