Dr. Jart Rejuvenating Blemish Base Cream Silver Label


Baru terima Dr. Jart Rejuvenating BB Cream Silver Label pagi tadi. Dah pakai BB Cream ni since 2008 tapi susah sangat nak beli yang bersesuaian dengan kulit. Paling last sekali pakai Skin79 DermaRX. Memang bagus tapi entah kenapa dah tak jual lagi. Mungkin ada masalah agaknya. Takpun sebab tak laku. Kalau nak cari kat kedai-kedai memang tak pernah nampak jual. Jadi terpaksalah tukar brand lain. Mujur terbaca kat salah satu forum online ni yang mentioned Dr. Jart BB Cream Silver Label ni elok untuk muka yang berminyak Definisi "elok" tu depends on orang yang memakainya. Kalau sesuai dengan kulit maka eloklah dia, kalau tak kenalah cari yang lain. Nasib baik ada jual trial size yang boleh saya cuba dan selepas tiga minggu pakai memang elok. Jadi sayapun beli Dr. Jart BB Cream yang normal size. Harga untuk 50ml RM65 termasuk postage. Memang berbaloi sebab dapat jimat RM10. Rata-rata kedai blog yang lain jual pada harga yang agak tinggi RM75 ke atas. Alhamdulillah.

Ps. Pesanan saya kalau nak membeli barang secara online ni kita kena compare harga dengan kedai-kedai blog yang lain. Sebab harga tak semuanya sama untuk barangan yang sama.

2 comments:

  1. Salam dear, boleh tahu kat website mana nak beli dr jart bb cream ni ya

    ReplyDelete
  2. Hi,

    Saya ada jual rangkai BB Cream Skin79, Dr, Jart ++

    Boleh tengok @ www.facebook.com/FabulousLane4u

    Terima kasih :)

    ReplyDelete