Nak komen sikit pasal keadaan salah satu tandas di pusat beli belah di Putrajaya. sebab waktu rehat lepas sempat singgah di di sana. Sebut saja nama pusat beli belah ini, terlintas dalam fikiran masing-masing pusat membeli belah yang gah di Putrajaya sebab itu saja pusat beli belah yang ada di kawasan itu. Kedai-kedai yang ada di sanapun bukannya yang cekai. Kira gah jugalah. Tetapi yang menyedihkan ialah tandas di sana. Kalau disuruh bagi rating saya akan bagi rating 3/10. DISGUSTING. Itu yang boleh saya katakan. Kalau tengok dari gambar yang saya ambil, memang bersih and tiptop tapi bila jejak aje pintu masuk tandas dah berbau semerbak. Boleh muntah. Kembang kempis hidung menahan bau. Kalau ikutkan hati memang tak mahu masuk tapi dah terpaksa. Tak boleh tahan. Pusat beli belah sikit punya besar tapi kebersihan tandas tak dijaga. MEMALUKAN. Dengan ventilation system tak jalan, air freshener pun tak ada. Pengurusan pun satu. Sekali sekala pegilah jengah. Sekurang-kurangnya tahu apa yang berlaku di sekeliling Alamanda lebih-lebih lagi keadaan tandas tu. Kebersihan tandas ni jangan ambil sambil lewa. Nanti orang cop kita pengotor. Buat malu aje bila orang komplen. Rasanya kat mana-mana tandas awam di Malaysia semua pun macam tu.
0 comments:
Post a Comment