Ebay Shopping

Nak update pasal bag Coach Laura yang beli kat Ebay hari tu. Rasanya baru hari Khamis lepas beli bag ni.  Tahu-tahu hari ni dah sampai.  Cepat betul penghantaran dia. Tucson, Arizona bukannya dekat tau.  Mengalahkan pos biasa dalam Malaysia.  Packaging pun cantik. Memang salute betul kat seller ni.  Jaime ape tah nama dia.  Thank you very much Jaime dear.  Nice to do business with you. :).  Hahaah.... bukan dia baca pun aku punya post.




Patutlah cepat delivery dia.  Tak sampai seminggu dah dapat. Rupanya guna USPS Priority Mail.  Murah pun murah.  Tapi harga tak tentu juga.  Depends on seller.  Kalau dia charge murah macam ni kira nasib baiklah.  Dapatlah cepat.  Kalau yang biasa dalam 10 - 14 hari dapatlah.

Nah gambar Coach Laura aku ni.  Besar gabak.  Memang cantik. Pada mata aku lah. Mata korang tak tahu pulak.  Macam-macam boleh masuk. Suka sangat.



Yang ni pulak packaging handbag Banana Republic direct  from California.  Packaging dia idaklah cantik manapun.  Tak kisahlah asal tak memudaratkan beg aku.  Cepat pulak sampai kali ni.  Kalau tidak berhari-hari.  




Tak menyesal bid beg ni.  Memang cantik in real life.  Leather and yang paling penting BESAUUUU. Lagi BESAUUU lagi bagus.  Thank you Richard.  Pleasure doing business with you.  Kalau nak tahu aku dah berkali-kali beli handbag dengan si Richard ni. Dah tujuh kali rasanya. One of the top rated sellers in Ebay.  Memang professional dia ni.  Raya sakanlah aku tahun ni dengan bag. 

0 comments:

Post a Comment