Shopping Minyak Wangi @ StrawberryNET.com


Penggemar perfume?  Kalau nak tahu, akak ni memang penggemar perfume.  Tak kisahlah bau lelaki ke perempuan ke. Asal sedap dihidu dan murah, confirm akak beli.  Seingat akaklah, dari akak belajar lagi akak memang minat perfume ni.  Masa lepas habis sekolah dulu manalah ada duit nak beli perfume. Mampu beli Impulse aje.  Bila dah masuk U beli  yang mahal sikit.  Itupun, makcik cleaner kat kampus yang jual.  Itupun beli 2 kali bayar.  Hahahah.. Anak dia keje pramugari ke hape. Ingat lagi perfume tu jenama Maxim's.   Memang kebaboom bau dia.  Tak boleh lupa zaman tu.  



Kali ini akak nak share website yang akak selalu beli perfume pada harga yang jauh lebih rendah.  Nama website StrawberryNET.com. Akak percaya mesti ramai yang tahu pasal Strawberry ni.  Dah banyak tahun juga akak beli dengan Strawberry ni dan masih lagi membeli.  Last purchase 3 hari sudah.  Perfume juga. Memang murah.  Tak perlu risau takut imitation ke apa sebab yang ini original.  Setakat membeli kat sini, tak pernah pula kena tipu. Dulu selalu aje beli kat kaunter kat SOGO atau Metrojaya, Tapi sejak stumble upon Strawberry ni, dah tak pandang tempat lain dah, melainkan kalau ada sale kat mana-mana ada juga akak beli.  

Selain dari perfume, barang penjagaan diri dan make up pun ada jual. Jarang akak beli barang-barang ni kecuali perfume.  Ini antara perfume-perfume yang akak beli dengan Strawberry.  Yang ulang banyak kali pun ada. 


Sori presentation tak cantik sebab malas nak susun. Main tindan-tindan aje. Kalau jual barang confirm orang tak beli punya sebab presentation fail. Hahaha...

Kebanyakan perfume yang akak beli semua harga kurang dari RM100 sebab beli masa Daily Specials yang dibuat tiap-tiap hari bermula jam 8.00 pagi waktu Malaysia.  Kadang-kadang tak tentu juga.  Jam 6.00 petang pun ada.  Ikut mood dia gamaknya.  Tiap-tiap hari perfume bertukar jenama. Bagi akak kat Daily Specials inilah yang akak boleh beli dengan harga yang sangat murah, provided kalau perfume yang dia tawarkan tu akak dah tahu macamana baunya. Tapi peruntukan perfume tak banyak.  Kira siapa cepat dia dapat.  Kadang-kadang baru aje mula dah habis.  Akak rasa dia let go kurang dari 5 botol untuk Daily Specials ni.  Kalau tak percaya cubalah.


Ini antara contoh Daily Specials.  Masuk website StrawberryNET.com, click di bahagian Gifts & Specials, click lagi di Daily Specials.  Kalau dia paparkan harga USD, click kat atas sebelah kanan yang ada currency tu dan tukar kepada MYR.  Nanti keluarkan harga dalam RM.

Ni pulak Loyalty Programme yang dicilok dari website dia.  Macam akak, layak dapat potongan 10% dari harga normal.  Baca juga kat bawah ni:-

You can obtain frequest customer benefits without all the hassle of membership
Special Loyalty Discounts
Automatically calculated from your second order onwards
2nd order extra 1% off
3rd order 2% off
4th order extra 3% off
5th order extra 4% off
Extra 5% off your 6th order (6th until 9th order)
Extra 7.5% off your 10th order (10th until 19th order)
Extra 10% off your 20th order (and all future orders)

You don't have to fill any forms, create a password, or do any registration. You're automatically added once your first order is placed and recorder under your e-mail address

The discount is automatically calculated at the checkout page (not in the shopping cart) after entry of your email address

Plus, you'll receive an extra 1-5% off when you order 2 or more products

Plus FREE Shipping Worldwide on qualified orders for skincare, makeup and haircare

Jadi, kalau beli perfume saja akan dicaj RM35.00 sebagai penghantaran.  Kebanyakan barang yang akak beli dipos dari Singapore.  Ada juga yang diterima dari Sweden dan Hong Kong bergantung kepada stock availability.  Nak jimat, beli bersama sebarang barangan yang bukan berasaskan perfume seperti losyen yang murah-murah, lipliner ke, automatic shipping free.  Dan satu lagi, pembayaran menggunakan PayPal. Senang kan?

Ps. Akak bukan duta Strawberry.  Apa salahnya share information sebegini.  Boleh jimat.


0 comments:

Post a Comment