Suria Restoran @ Jalan Tuanku Abdul Rahman

Hari ini nak post pasal makan lagi.  Kali ni ke Restoran yang menyajikan makan Arab dan Syria di Jalan Tuanku Abdul Rahman. Husband akak dah pernah ke sini. Tak pernah pun tahu ada kedai Nasi Arab kat kawasan ni. Iyalah, akak bukannya kaklong kawasan ni.  Tempat ni senang aje nak cari.  Betul-betul satu deret dengan Sendayu Tinggi yang kat Chow Kit tu.  Betul-betul kat traffic light nak masuk ke Bake With Yen tu. Kalau tak tahu juga, selang dua kedai dengan Wholesale barang-barang makanan dari Arab tu. Nama pun Suria juga.  Rasanya satu tokey ni. 

Makanan kat sini lebih murah berbanding dengan restoran-restoran Arab yang lain kat Kuala Lumpur ni.  Entah bila masa buka pun kurang pasti. Yang pasti, ramai jer pengunjung kat restoran ni.  Baik makan situ, mahupun yang tapau bawa balik.  


Interior restoran ni, boleh tahan cantik.  Yang tak boleh tahan, gambar YDP Agong yang dah outdated.  Entah mana dia orang kutip pun tak tahu. Dah cakap dengan cashier suruh tukar gambar YDP Agong.  Main angguk-angguk aje.  Entah faham entah tidak.

Masa ni tak ramai orang sebab baru jam 11.40 pagi.  Adalah 3, 4, 5 orang.  Masa nak bayar baru meriah sikit.

Chicken Mandy (Quarter) RM6.00.  Nak half chicken pun boleh, RM9.00. Tak boleh nak komen sedap ke tidak sebab belum betul-betul lapar masa makan.  Anak-anak cakap sedap.  

Lamb Mandy RM12.00.  Hubby akak cukup suka dengan menu ni. Memang favourite dia.  Portion lamb dia pun besar.  

Dessert nampak mengancam tapi tak sesedap mana.  Melayang RM20.00.  Susah nak cari yang betul-betul sedap macam saudara Caleb buat dari Salam Bakery, Itaewon. 
 Roti fresh from oven.  RM1.50 satu.  Boleh beli.

Dessert yang betul-betul menggugat keimanan. Yang ini kena timbang dulu.  Tang kacang aje sedap.  
Tengok ayam golek ni dah kecur lidah.  

Ps. Jangan expect layanan istimewa sebab rata-rata pelayan berbangsa Timur Tengah. Ada yang faham dan ada yang tak berapa fasih cakap Bahasa Melayu dan Inggeris.  Dan ada yang kasar juga. 



0 comments:

Post a Comment