Masak Apa Hari Ini

Baked Cheese Cake Sempoi

minta maaflah gambar tak menikam kalbu

Bahan - Bahan

250gm Philadelphia Cream Cheese
1 Mangkuk Sour Cream
3 Sudu Besar Tepung Gandum
1 Sudu Besar Esen Vanilla
Sedikit Perahan Lemon
80gm Gula Halus (tak manis sangat)

Untuk basenya, boleh guna biskut jacobs wheatmeal, crackers ataupun oreo. Cara buat sama seperti base cheesecake yang lain.

Cara-Cara

Masukkan semua bahan dalam blender dan blend sampai semuanya sebati. Tuang ke dalam loyang dan bakar selama 45 minit pada kepanasan 160 darjah celcius. Saya bakar style bain-marie bagi mengelakkan permukaan kek merekah semasa dibakar.. Letak air dalam loyang yang lebih besar. Lepas masukkan loyang adunan kek dalam loyang yang besar. Make sure jangan masuk air pulak dan jangan lupa tutup permukaan loyang yang ada adunan kek tadi dengan aluminium foil bagi mengelakkan permukaan kek itu hangit. Bila dah masak biarkan sejuk dan boleh masukkan ke dalam peti ais.

0 comments:

Post a Comment