Tak Sihat

Dah lebih seminggu ambil jab H1N1 (30 April 2010) tapi still tak sihat lagi. Masuk ni dah dua (2) kali pergi jumpa doctor sebab demam on and off. First time pergi doktor kata blood pressure tinggi. Pening jugak memikirkannya sebab saya tak pernah ada history blood pressure. Doktor kata mungkin side effect jab H1N1 ni. Dapat dua (2) hari MC. Jumaat pergi kerja. Rasa badan dah sihat walafiat walaupun ada pening-pening lalat. Datang hari Sabtu, dia buat balik. Demam balik dan batuk. Dah sudahhhh.... Tak pergi klinik. Cuma makan ubat demam yang doktor bagi dulu. Still tak sihat jugak dan sakit satu badan. Bisa dia tak boleh cakap. Menyusuk-yusuk. Malam minggu paling teruk. Tak boleh tidur. Datang hari Ahad pun still tak sihat juga. Asyik telan ubat demam aje. Last-last malam tadi pergi balik ke klinik. Sah-sah demam. Kena lagi jab. Selalu kena jab tak sakit tapi kali ni punya jab punyalah sakit. Mungkin sebab badan sakit bila kena jab lagilah sakit. Dapat satu (1) hari MC Doktor suruh rest kat rumah. Kalau tak baik juga dia suruh buat blood test. Takut kena denggi atau H1N1.

Tapi hari ni datang jugak kerja. Rasanya kalau rest kat rumah lagilah sakit. Might as well datang kerja. So far demam dah takde and badan still lemah-lemah tapi still boleh buat kerja. Hopefuly tak ada apa-apa sampai time balik.

0 comments:

Post a Comment