Kalau tak ada aral melintang, insyallah destinasi family vacation kami seterusnya ialah ke Bandung, Indonesia dan Singapore. Niat di hati pada penghujung tahun ini nak ke New Zealand, Jepun ataupun Seoul, Korea Selatan (sesi repeat) tapi memandangkan dua dari tiga destinasi yang disebutkan (Jepun dan New Zealand) masih dalam tahap berjaga-jaga akibat gempa bumi yang melanda baru-baru ini, maka hajat nak ke sana terpaksa dilupakan buat sementara waktu. Kena pula, masa terluang yang ada kali ini pada minggu ke dua bulan Disember, lagilah payah nak ke mana-mana sebab festive season (musim Krismas). Mana-mana destinasi ke luar negara pun semua mahal.
Untuk ke Bandung kali ini, kami akan membawa Rombongan Cik Kiah seramai 14 orang. Semuanya saudara mara. Tempat penginapan belum lagi kami tempah lagi sebab tak sure nak stay di mana. Selalunya kalau satu family kami stay di Hotel Cemerlang saja.
Bagi Singapore trip kali ini, seperti yang lepas-lepas, kami akan menaiki keretapi (KTMB) hingga ke Stesen Woodlands. Nak kena survey Stesen Woodlands ni sebab sebelum ni turun di Stesen Tanjung Pagar. Kata orang jauh juga kalau menapak dari Stesen Woodlands ni ke MRT yang terdekat. Tempat penginapan macam biasa di Landmark Village di Arab Street. Senang nak makan kat kawasan ni.

0 comments:
Post a Comment