Kalau Dah Gila Bola

Inilah penangan kalau satu family gila bola. Kalau nak tahu, ibaratkan makan bola, tengok bola, tidur mimpi bola, pakai baju bola, itulah family saya. Tak ada cerita lain melainkan cerita pasal bola aje. Tak kiralah perlawanan dalam Malaysia ke luar Malaysia ke semuanya ada. Selain Piala Dunia satu lagi kelab yang paling best ialah kelab terkemuka English Premier League; Manchester United, Liverpool, Arsenal, Chelsea. Kalau cerita pasal kelab-kelab ni semua boleh jadi gila. Hahaha... Kena pulak Liverpool, Arsenal dan Chelsea nak datang Malaysia bulan Julai ni, lagilah meroyan. Yang meroyan bukan saya, tapi suami and anak-anak. Anak sulung dan kedua sokong Manchester United, yang bongsu Chelsea, yang bapa pula Manchester City. Hentamlah korang. Bagi saya perlawanan bola sebegini biasa-biasa saja sebab tak berapa minat sangat. Sekadar tengok dan melalak kat padang bolehlah. Hahahaha... Bagi perlawanan kali ini, tiket untuk perlawanan persahabatan Chelsea dan Malaysia sudahpun dibeli. Apa-apa pun harap permainan sengit macam perlawanan dulu di antara Manchester United dan Malaysia pada tahun 2009.



Training Pass

Tiket

0 comments:

Post a Comment