Korea Selatan - Hari Ketiga
Hari Ketiga
Rock n RollKat background tu steepest roller coaster in the world. Anda berani? First time tengok burung hantu warna putih - Perjalanan ke Everland mengambil masa hampir 1 jam kerana lokasinya yang terletak di luar kota Seoul, Terlebih dahulu kami menaiki subway (Line 2) ke Gangnam sebelum menaiki bas awam bernombor 5002 ke Everland. Dalam bas ada juga pelancong dari Thailand, Singapore dan Malaysia. Perjalanan berjalan lancar. Ketika sampai suhu di Everland -6. Sejuk tak terhingga.
- Harga tiket selepas 10% discount 149,000kwn lebih kurang RM424++ . Boleh tahan jugak mahal tapi berbaloi. Mainlah apa pun, redahlah manapun, semua dah include; European Adventure, Magic Land, Zoo-Topia, American Adventure dan Global Fair.
- Memang menakjubkan theme park ini. Apa yang boleh saya katakan ialah WOW. Lebih gah dari Sunway Lagoon. Maksud saya theme park, bukan water park ya. Kalau dah sampai sini main semua sekali. Rugi kalau tak main. Theme rides paling laris sekali, Lets Twist (paling lama menunggu. lebih kurang 1 jam jam) dan Rock n Roll. Kalau terlebih berani boleh naik the steepest roller coaster in the world. ANDA BERANI??? Kalau saya, minta maaflah.... bagi RM1,000 pun belum tentu naik. Takut kena heart attack pulak kat atas. Dengar orang yang terjerit-jerit naik coaster ini pun dah cukup gerun. Hahahah...
- Selepas hampir 7 jam berada di sini, kami pun pulang. Sayang sekali tak semua tempat sempat kami cover sebab kawasannya yang terlampau besar. Kalau luangkan masa dari awal pagi hingga ke malam mungkin boleh cover. Lagipun hari dah gelap. Takut sesat pulak nanti. Kami bertolak lebih kurang pukul 5.30 petang. Nasib baik sempat kejar bas 5002 yang dah nak jalan. Kalau tak terpaksa tunggu bas yang seterusnya. Apa pun jangan risau. Bas 5002 ke Gangnam berlepas setiap 15 - 20 minit.
- Tiba di Gangnam lebih kurang pukul 6.45 petang. Waktu ini jalan sesak sebab waktu puncak (time orang balik kerja). Sempat singgah memborong di Etude House, Gangnam sebelum ke Namdaemun untuk beli makan malam.
- Untuk makan malam kami singgah di kedai kebab ini di Namdaemun untuk take-away. Terjumpa kedai ni masa balik dari Nami Island. Berhenti di Hoehyeon Stesen sebab nak singgah Namdaemun Market. Apa lagi punyalah happy dapat jumpa kedai halal kat kawasan ini. Lagipun kira dekatlah juga dengan Myeondong kalau nak dibandingkan dengan Itaewon. Jalan kaki aje.
0 comments:
Post a Comment