Syukur alhamdulillah, pada bulan lepas saya bersama keluarga berpeluang melancong ke Korea Selatan selama seminggu. Pengalaman ini saya kongsi bersama
- Seawal jam 8.00 pagi saya sekeluarga bertolak ke Stesen Putra di kawasan perumahan kami untuk ke Stesen KL Sentral bagi menaiki bas ke LCCT. Sempat singgah di McDonalds untuk sarapan pagi
- Tiba di LCCT pada jam 10.30 pagi. Terus ke kaunter check-in. Urusan kaunter agak lembap disebabkan hanya 2 kaunter beroperasi. Sempat membeli kudapan untuk dimakan sementara menanti panggilan ke pesawat.
- Pesawat berlepas mengikut jadual pada jam 1.55 tengahari. Perjalanan yang agak lama iaitu 6 jam. Bermacam-macam ragam penumpang atas pesawat. Lucu, geram, marah pun ada. Biasalah tu. Aktiviti kami sekeluarga for the next 6 hours; makan, minum, tidur, jalan-jalan sekejap, tidur balik sampai bosan. Ini baru 6 jam, belum 13 jam. Aduhhh, bosannya. Agak-agak macamana kalau trip lepas ni ke New Zealand. Mau telan ubat tidur ni. Muahahaha.
- Pesawat selamat mendarat tepat jam 9.10 malam di Incheon Airport. Syukur alhamdulillah, sampai juga di bumi Korea Selatan. Suhu ketika ini 8 darjah celcius. Sejuk tu. Rata-rata penumpang masing-masing sudah memakai pakaian tebal (winter clothing). Urusan mengambil bagasi, imigresen dan kastam berjalan lancar tanpa masalah.
- Perjalanan ke tempat penginapan, Namsan 2 Guesthouse berjalan lancar kerana tempahan teksi telah dibuat seawal sebulan sebelum pergi melalui forumer cari. Cik Jelita, terima kasih banyak-banyak.
- Tiba di Namsan 2 Guesthouse lebih kurang jam 11.15 malam. Terus check-in dan settle down. Sangat berpuas hati dengan sleeping conditions guesthouse ini. Bilik besar, lantai heated. Bilik mandi in tip-top conditions. Ada LCD TV 42" di dalam bilik. Very big kitchen for guest's use across the room. Semuan ya fully-equipped. Sempat masak maggi sebelum tidur sebab lapar sangat-sangat.
Namsan 2 Guesthouse - VIP Room
Salam owner blog,
ReplyDeletesaya insyallh akan ke seoul bulan may akan datang and kteorang x pergi ngn travel agency so memang nak gather sebanyak mungkin info.
klu boleh,can i have your email so that boleh minta rujukan n maklumat lanjut..
tq.
salam supersempoi.. :).. dlm cariforum apa username yek.. sedang geledah info ni psl korea.. your blog byk membantu :) (dlm cari i'm qif)
ReplyDeleteHi Ma'am,
ReplyDeleteMay i ask if the VIP rooms are within the same building of Namsan2 Guesthouse itself? Or do u have to walk across the road (separate building)? I read somewhere it says, next building.
Appreciate your advise.
Thanks.