Korea Selatan - Hari Keempat




  • Plan asal untuk ke Yangji Pine Resort terpaksa ditukar kepada jalan-jalan sekitar Namdaemun dan Myeondong kerana tak cukup kuorum. Anak-anak letih dan tidak mahu ke sana.

1/3 souvenir yang dibeli. Tunjuk sikit aje. Kalau tunjuk
banyak-banyak nanti orang ingat kita orang nak meniaga
pulak
  • Di Namdaemun dan kawasan sekitarnya kami membeli souvenir dan barang-barang lain untuk saudara mara dan kawan-kawan ofis. Banyak juga barang yang kami borong; T-shirt Korea, brooch, bookmark, nail clipper logo Korea, bantal Korea, fridge magnet dan sebagainya. Kalau nak list down banyak sangat. Paling ralat beli brooch 6 set kena RM300 lebih. Tapi sebab beli untuk mak, mak mertua, makcik kira tak kisahlah. Lagipun orang kata brooch korea ni kualiti bagus. Sibuk beli untuk depa, untuk diri sendiri lupa beli. Sedih betul. Isk..isk..

Nampak tak salji turun?

  • Tengah sibuk memborong salji pulak turun. Apa lagi, jadi jakunlah sekejap. Siap ambil gambar lagi. Punyalah seronok bila tengok salji turun. Maklumlah, first time tengok salji. Selalu kat tv aje. Walaupun salji tak lebat turun, kira memadailah tu. Salji turun sekejap saja. Tak sampai 15 minit.


  • Habis memborong di Namdaemun kami ke Lotte Daparment Store yang terletak di Namdaemun sebab nak pergi ke Star Avenue. Kalau ikutkan nak pegi Lotte World yang terletak di Jamsil. Star Avenue di sana lagi gempak. Tapi tak larat punya pasal terima kasih sahajalah. Mungkin lain kali kita orang pergi. Masa ini cuaca mendung macam nak hujan. Kira hujan saljilah ni. Tunggu juga manalah tahu kot-kot salji turun lagi. Tak pulak turun.



  • Sampai di Star Avenue ramai tengah ambil gambar. Excited semacam aje tengok dia orang ni. Anak-anak saya pun tak terkecuali. Gila mengambil gambar sana sini. Artis dia sorang dua kenallah. Yang lain haram tak kenal.

Star Avenue - Namdaemun



Myeondong

  • Sebelum balik kami ke Myeondong untuk cuci mata. Sempat singgah beli kebab di Namdaemun untuk dibawa balik ke bilik.


  • Memang hapenning betul area Myeondong ini. Kalau dibandingkan dengan Kuala Lumpur kawasan dia lebih kurang macam kat Pavillion Lot 10, Sungei Wang, Bukit Bintang dan Berjaya Times Square. Penuh sesak dengan manusia. Kedai-kedai pakaian mahupun kedai kasut, kedai bag semua yang up-to-date dan trendy.



2 comments:

  1. Salam akma,

    selamat bercuti! jangan lupa singgah namdaemun untuk beli souvenir. Dah dekat tu. Mudah2an anak tak meragam:)

    ReplyDelete
  2. salam, barang2 dkt sane mahaL x??

    ReplyDelete