Bus 5002 from Gangnam to Everland
Masa kita orang balik bas berhenti kat sini
Public Transport (By Bus) To Everland
- Naik subway (Line 2) ke Gangnam Stesen. Keluar Exit 6 dan jalan terus. Anda akan lalu kedai-kedai seperti Etude House, Giordano. Jalan sikit lagi sampai kat depan Krispy Kreme. Tak payah lintas jalan. Tunggu bas 5002 datang. Kalau bas tu tak berhenti depan Krispy Kreme korang pandai-pandailah kejar ya. Nanti kena tinggal pulak. Jarak dari Exit 6 Gangnam Stesen ke tempat menunggu bas ni lebih kurang 300 ++ meter. Mengah jugak berjalan.
- Tambang lebih kurang 1,800kwn dalam RM5.00 sehala. Cakap aje kat driver bas tu nak pergi Everland, pastu masukkan duit 2,000kwn dalam peti duit (macam naik bas Rapid). Nanti driver tu pulangkan baki. Tak macam bas Rapid kat sini, confirm sedekah ajelah duit tu. Perjalanan kalau jalan tak sesak dalam 45 minit dah sampai. Kalau sesak lebih sejam baru sampai. Sampai sajadi Everland, bas akan berhenti di stesen bas Everland. Waktu balik nanti ambil bas kat sini juga. Jangan lupa nombor bas 5002 tau.
- Bagi yang Muslim tu jangan lupa bawa bekal ya. Confirm memang tak ada kedai/gerai makanan halal kat sini. Setakat minum kopi, teh tu bolehlah. Yang lain-lain even roti pun kita orang tak berani beli. Iyalah, kalau dah hati was-was janganlah makan ya. Seperti biasa, kita orang bawa bekal biskut, coklat, energy bar dan lain-lain kudapan. Takut juga barang makanan tak boleh bawa masuk macam kat Disneyland Hong Kong dan Sunway Lagoon. Nasib baik tak periksapun beg.
0 comments:
Post a Comment