Cara Ke Nami Island


Keluar dari Cheongyangni subway terus nampak Stesen Keretapi Cheongyangni sebelah kanan. Naik escalator untuk terus ke kaunter tiket

Kaunter tiket ke Gapyeong Stesen di hujung sebelah kiri

Dalam keretapi KORAIL ke Stesen Gapyeong


Stesen Keretapi Gapyeong

Perhentian teksi di depan Stesen Gapyeong. Ambil teksi di sini untuk ke Jeti Nami

  • Naik subway Line 1 ke Stesen Cheongyangni. Keluar dari stesen dan ikut signboard ke Stesen Keretapi Cheongnangyi. Masuk ke dalam stesen. Kaunter tiket terletak di hujung sekali sebelah kiri. Beli tiket untuk ke Stesen Gapyeong. Tiket berharga 3,800kwn sehala.

  • Setiba di Stesen Gapyeong keluar dan jalan ke depan sikit. Boleh nampak banyak teksi di perhentian teksi. Naik teksi untuk ke Jeti Nami. Pemandu teksi akan berhenti di stesen teksi berdekatan dengan Jeti Nami. Jalan kaki sikit aje dan boleh nampak kaunter tiket ke Nami Island. Masa balik pun ambil teksi di sini. Cakap nak pergi Gapyeong Train Station. Fahamlah driver tu.

  • Tiket ke Nami Island berharga 8,000kwn untuk pergi dan balik menaiki feri. Makan kat sana kena bayar ya. Kalau tak silap ada kedai makanan halal tapi masa kita orang pergi haram tak jumpa sebab tak larat nak jalan. Cuaca terlampau sejuk sampai naik kejang badan. Lagipun kita orang bawa bekal; roti cream, biskut, potato Pringles, air mineral dan coklat.

  • Waktu nak balik jangan lupa beli tiket keretapi kat Stesen Keretapi Gapyeong. Perkhidmatan dia tak ada jual tiket pergi dan balik ke Seoul. Time tu nak pegi time tu kena beli. Sama juga time balik.

0 comments:

Post a Comment