Korea Selatan - Hari Pertama

Buchon Hanok Village, Changdeok Palace, Itaewon, Namsan Tower
  • Pagi - Sarapan disediakan di Namsan 2 Guesthouse; roti buku, noodles, kopi, teh, butter, peanut butter. Kami bawa sendiri makanan seperti roti, energy bar, nutella, milo dan nescafe 3 in 1, coklat, potato chips, biskut dan macam-macam jenis makan. Penuh satu beg. Macam inilah scenario kami bila keluar negara . Makanan halal mesti diutamakan dulu. Lepas tu ubat-ubatan. dan seterusnya.
  • Selesai sarapan kami terus ke stesen Myeondong untuk ke destinasi pelancongan pertama dalam itinerari, Buchon Hanok Village. Mujur stesen Myeondong berdekatan dengan tempat penginapan kami. Kira-kira 3 minit berjalan kaki. Ketika ini cuaca amat sejuk. Masing2 menggigil kesejukan. Iyalah, di Malaysia mana ada 4 musim. Kena pulak musim sejuk. Mau tak gigil.
  • Pertama kali beli tiket keretapi terpaksa minta bantuan pegawai yang bertugas di Stesen Myeondong. Lepas diajar cara-cara membeli tiket sekejap saja anak-anak dah boleh pick-up. Senang saja. Kira lulus ujian pertama. Ada banyak lagi ujian yang nak kena tempoh.
  • Perjalanan mengambil masa kira-kira 15 minit. Sekejap saja. Keluar dari exit 3 terus ke tempat yang hendak dituju. Oleh kerana banyak simpang, maka kami berpusing-pusing di kawasan yang sama selama 30 minit. Pening juga mencari Buchon Hanok Village ni. Rupa-rupanya tempat yang kami pusing itulah Buchon Hanok Village. Cuma berlainan simpang aje. Di sini banyak rumah-rumah tradisional lama yang masih lagi didiami oleh penduduk setempat. Memang cantik rumah-rumah lama di sini. Masih terjaga dan dipulihara.

Buchon Hanok Village


Changgyeonggung Palace

  • Destinasi kami seterusnya, Changgyeonggung Palace yang terletak berdekatan dengan Buchon Hanok Village. Kami berjalan kaki sahaja ke sana. Ada juga terserempak dengan famili dan pelajar dari Malaysia. Masing-masing bagi salam dan senyuman.
  • Kagum dengan keindahan Changgyeonggung Palace ni. Memang cantik. Kami berada sini tak lama lebih kurang 30 minit dah keluar sebab masing-masing sudah lapar. Sempat juga ambil gambar sini sana.

Itaewon


  • Itaewon; syurga makanan halal di kota Seoul bagi kami sekeluarga. Sebaik keluar dari stesen Itaewon, kiri kanan semua ada kedai makanan halal. Untuk hari pertama, kami memilih untuk makan di Foreign Restaurant. Memandangkan hari ini hari Ahad restoran ini turut menyediakan sajian buffet selain Ala Carte. Kami memilih buffet. Makanan boleh tahan ala-ala Pakistan. Nak kata sedap, biasa-biasa saja. Janji perut tak lapar. Harga agak mahal sedikit tetapi memang dijangkakan. Kena dalam 80,000kwn lebih kurang RM200++ untuk 5 orang.

Namsan Tower






  • Pada sebelah malam kami berjalan kaki ke Namsan Tower dari Namsan Guesthouse, tempat kami tinggal. Kalau ikut jam baru pukul 6.30 petang, (waktu Malaysia 5.30 petang) tapi di sini jam 4.30 dah mula gelap. Jarak perjalanan ke Namsan Tower dari guesthouse lebih kurang 10 hingga 15 minit berjalan. Termengah-mengah juga ke Namsan Tower sebab jalannya bercerun, seakan-akan mendaki.

  • Kami membeli tiket cable car one way untuk ke Namsan Tower dan turun sendiri. Pada ketika ini stesen cable car penuh dengan pengunjung walaupun pada hari Ahad. Permandangan dari kaki bukit Namsan Tower begitu cantik sekali.


  • Perjalanan turun dari Namsan Tower mengambil masa sedikit kerana ingin menikmati permandangan kota Seoul yang mengasyikkan. Terasa macam tak mahu turun tetapi sebab tak tahan sejuk, turun jugaklah. Seperti biasa, ambil gambar sana sini.


  • Sampai guesthouse, prepare makan malam; maggi dan nescafe panas, tengok tv walaupun tak faham dan tidur.









3 comments:

  1. sy pun akan stay di namsan2.. and i think boleh tiru sebijik le itenerary supersempoi :)

    ReplyDelete
  2. best la.. apa nama guest house tu? Ada tv sekali ka? ada tak bilik untuk 2 orang..? berapa harga?

    ReplyDelete
  3. penmerah,

    nama guesthouse namsan 2. Amik bilik VIP ada LCD tv. Tuk harga boleh refer kat namsanguesthouse.com. TQ.

    ReplyDelete